Thursday, March 31, 2011

BULAN TERAKHIR DI SHANGRI-LA KL

Sejak dari tahun 2005 lagi aku dah jejakkan kaki di shangrila hotel kl. kat situ jugalah banyak pengalaman dan kenangan samada manis mahupun pahit yang tak akan pernah aku lupakan dalam lipatan sejarah hidup.


Shangri-La hotel Kuala Lumpur

Bermula sebagai partime staf kat bahagian banquet selama beberapa bulan. cukup indah tatkala aku mula mempelajari banda baru dalam hidup. tambahan pula di hotel bertaraf 5 bintang. berjumpa kawan2 baru memang menyeronokan. banyak benda yang aku belajar kat sana. cara bekerja,  belajar menyerap tekanan, mengeratkan hubungan dan macam2 lagi pengalaman yang ditimba. 
selepas beberapa waktu aku diterima sebagai full time staf dalam syarikat. sangat seronok saat tue. bermula pula di department baru. cabaran dan tekanan aku sudah boleh terima ketika itu. sehinggalah pada tahun 2008 aku berhenti shangrila pada bulan mei kerana aku akan sambung diploma di unirazak dalam jurusan pengurusan hotel bermula pada julai 2008. 
ketika aku masih bergelar graduan pun aku masih juga bertandang ke hotel untuk buat kerja sambilan. english cakap partime job. disamping mencari duit poket aku datang kerja disebabkan untuk tambah pengalaman dan sekaligus shangrila adalah tempat untuk aku buat rujukan bagi assignment dan tugasan matapelajarn.
aku juga tetap pilih shangrila untuk aku jalani latihan industri selama 3 bulan. bukan aku tak mahu cuba hotel lain tapi mungkin aku dah terbiasa dengan persekitaran dan juga aku punya ramai kawan2 kat sana. tambahan pula shangrila akan bagi duit elaun ketika latihan industri. sebenarnya tak banyak hotel bertaraf 5 star yang menyediakan elaun kepada student practikal.
sebelum tamat diploma aku sudah mula mencari pekerjaan. banyak surat permohonan yang aku hantar ke beberapa syarikat bertujuan untuk dapat kerja sejurus tamat belajar. aku mohon kerja bukan saja di hotel2 malah ke beberapa syarikat yang bukan bersifat hospitaliti. hanya sekadar ingin mencuba nasib mahupun mencari pengalaman baru.
setelah tamat diploma disember 2010 aku masih menunggu panggilan kerja dan akhirnya shangrila diantara beberapa syarikat yang mula2 menawarkan aku kerja. aku terima kerja sana walaupun hanya sebagai room service waiter. masa kerja kat shangrila aku juga masih menunggu panggilan2 kerja lain sekiranya ada yang sudi menawarkan aku berkhidmat di syarikat mereka. 
pada mac 2011 setelah 3 bulan kembali di shangrila, akhirnya aku mengambil keputusan untuk berpindah kerja dan terima tawaran di tempat lain. demi ingin luaskan pengalaman dan mencari yang lebih baik dari sumber gaji mahupun bentuk kerja aku sanggup mengambil risiko tatkala melepaskan sebuat hotel yang cukup hebat iaitu shangrila kl. 
buat sahabat2 di shangrila aku tak akan lupakan mereka. jika ada masa terluang pasti aku akan singgah bertemu kalian. doakan aku berjaya di tempat kerja baru..



Monday, March 28, 2011

BOWLING & KARAOKE

Lebih seminggu aku tak update blog. agak sibuk dengan urusan harian. tambahan pula aku tak ada idea nak buka cerita dalam entry blog ni. sehinggalah hari nie aku berminat nak kongsi cerita pasal hari semalam bersama sahabat2..
abang jefri seorang staf unirazak ajak aku masuk pertandingan bowling semalam kat sunway piramid. kene cari 4 orang dalam 1 team. memandangkan aku belum lagi konvo jadi aku masih berpeluang menyertai apa jua aktiviti di universiti. so aku ajak fendi, jushua dan hasman masuk team aku. nak jadikan cerita hari sabtu kelmarin hasman bagitahu yang dia ada rehearsal final unirazak idol pada jam yang sama waktu pertandingan semalam. jadi aku kene cari pengganti hasman. aku call aizuddin nak ajak dia masuk team. akhirnya haddie yang jadi pengganti. aizuddin jadi pengiring, penyokong dan sekaligus jurulatih emosi buat team kami. 
masuk pertandingan nie untuk suka2 jer. dapat juga jumpa kawan2 semula masa study di U dulu. team kami tak ada pun buat latihan intensif. baju biru adalah pilihan untuk team. masa pertandingan kami diletakkan dalam group 9 di line 37. kategori lelaki ada 10 team. tengok gaya memang kami nampak semua yang bertanding hebat2. habislah team kami akan dapat nombor corot.
selesai game pertama kami boleh dikatakan sangat cemerlang. sebabnya kami ditangga no 2. dalam pertandingan semua team mesti main 3 game untuk setiap orang. rase macam nak tercabut jari jemari lempar bola. maklum sajelah kami jarang2 sekali main bowling. lagipun tak ada latihan untuk pertandingan. haddie, jushua dan fendi menunjukkan skill dan kehebatan masing2. aizuddin tak putus2 bagi sokongan moral pada kami.
usai pertandingan tibalah masa2 yang ditunggu2 semua team. keputusan akan diumumkan dengan team yang paling banyak dapat jatuhan pin untuk ketiga2 game akan diumumkan sebagai team juara. hadiah yang disediakan pihak u hanya untuk juara, ke-2 dan ke-3 je. tak ada saguhati bagi team yang tak menang. bila keputusan diumumkan. team kami hanya ditangga ke-4 keseluruhan daripada 10 team yang join. dengar2 team kami hanya ketinggalan 9 mata jatuhan pin berbanding team no 3. tak mengapalah mungkin bukan hari rezeki untuk team kami. lagipun matlamat adalah sekadar suka2 dan paling penting dapat mengeratkan hubungan aku dan sahabat2.
pertandingan tamat jam 4 lebih. kami makan kejap kat giant sunway then pergi ke subang airport. jushua nak beli tiket balik sarawak bulan 5 nti. waktu nak balik singgah di Big Apple beli donut. melepak pula di tasik kelana jaya. makan donut sambil menikmati pemandangan kawasan tasik. borak2 dan gelak ketawa dengan sahabat adalah saat2 yang memang best. dah nak maghrib kami pergi giant besar kelana jaya. jalan2 cuci mata kat sana. mulanya nak g karaoke dalam tu. tapi bila tengok harga karaoke agak mahal so kami tukar destinasi. last2 pergi karaoke 'jamban' kat helikopter. dengan bayar 10 lagu dapat extra 4 lagi lagu sebab ada promosi. kami pilih vip room. amek 28 lagu. so nyanyi lah sampai hilang suara, terkeluar anak tekak pun tak pe. start dalam jam 9 dan habis lagu terakhir jam 11 lebih. balik rumah jer mandi2 dan tido.
pagi nie aku nak pergi U nak tengok hasman nyanyi. dia masuk final unirazak idol. sokongan untuk sahabat2 juga penting. mesti dapat jumpa lagi kawan2 kuliah dan lecturer di sana nanti. buat hasman semoga berjaya. kalau menang duit tu simpan then kita ramai2 pergi lepak kat sungai congkak hari sabtu nanti...

Friday, March 18, 2011

INSAN TERSAYANG

kalau nak berkongsi cerita pasal insan tersayang dalam dunia nie memang tak kan habis 1 hari. berjelar2 mengalahkan kain rentang. dalam hidup semua orang mesti ada orang yang tersayang yang mereka dampingi. termasuk juga lah dalam hidup  aku. ramai dan sememangnya ramai. kalau tak ada oarang tersayang tu namanya dia kurang bernasib baik dalam hidup. ape2 pun kehidupan orang memang berbeza2.
aku dikategori dalam kelompok manusia yang cukup bernasib baik. mempunyai ramai orang yang aku sayang ketika ini. ramai juga yang menyayangi aku. dalam ramai2 daripada mereka , keluarga lah golongan yang aku letakan kedudukan paling atas iaitu insan yang paling aku sayang. mak dan abah cukup memahami anak2 mereka. tatkala jika anak2 ada masalah merekalah yang banyak membantu tak kira dorongan moral mahupun pemberian kebendaan. bukan mak dan abah hendak manjakan anak2 tapi itu namanya satu ikatan keluarga semangnya perasaan kasih sayang akan kekal dalam jiwa. tambah2 lagi mak dan abah percaya akan pilihan anak2 mereka. asalkan itu yang terbaik untuk diri anak2 dan tidak pilih jalan yang salah. itu lah yang mereka sering pesan. adik beradik cukup hebat. ani, mamat dan aidil, abang rindu untuk duduk borak sama2 dengan korang. nenek yang ada dirumah aku x lupakan. juga nenek abak yang terbaring diatas tilam disebabkan keuzuran .
sahabat2 juga banyak membantu jika aku ada masalah. setiap kenangan suka duka aku x pernah akan lupakan dari ingatan. mereka lah tempat aku bergembira bersama malah tempat aku luahkan isi hati jika ada satu2 perkara. terima kasih bagi yang benar2 dapat bersama dengan aku. semoga sahabat2 akan berjaya dalam kehidupan masing2.
kekasih? aku x punya kekasih saat ini. malu pula jadinya aku nak bercerita pasal kekasih nie. hehehe. bukan untuk x mencari tapi aku rasa buat masa sekarang x kesah lagi. x ada pun ok juga. cukup dengan ada ahli keluarga dan sahabat yang aku sayang sudah memadai buat masa sekarang. kali terakhir aku mencintai seorang insan  bernama kekasih apabila berada dalam zaman di  universiti. bersyukur dapat bertemu dengan dia. semua atas ketentuan tuhan. tapi sekarang kami hanya berkawan biasa2. masih lagi saling menghubungi walaupun terlalu jarang meklumlah masing2 sudah ada tujuan hidup masing2. ' jangan terus diam, jangan jadi sombong' itu pesan dia pada aku kami terus berhubung sebelum kami last jumpa desember tahun lepas. tapi dah x pernah berjumpa lagi sejak tu. semoga dia akan berjaya dalam kerjaya dia. 
aku bersyukur sangat2 kerana masih punya insan tersayang dalam hidup. alhamdulillah syukur pada ALLAH..

Wednesday, March 16, 2011

TAK DAPAT BERSAMA

Geng2 aku yang mewakili debat universiti akan pergi ke pertandingan debat integriti 2011 di universiti utara malaysia di kedah. aku salah seorang ahli debat masa study di U dulu. semangat berdebat masih lagi membara dalam jiwa walaupun aku dah habis study. 


bergambar waktu di unimap. pertandingan debat perpaduan 2010.

geng2 ajak sama pergi ke uum. tapi aku tak dapat join sebab tak ada cuti keje. sedih memang sedih tak dapat bersama dengan sahabat2 kali nie. walau macamana pun aku tetap sokong dari jauh. semoga team debat unirazak berjaya dengan gayanya untuk tahun nie. insyaallah dengan setiap usaha yang kamu semua dah lakukan pasti ia memberi ganjaran yang berbaloi. good luck buat semua...

Saturday, March 12, 2011

DEMI KERANA WANG

Walaupun macamana besar cabaran dan dugaan dalam kerja pun terpaksalah aku hadapinya dengan tenang. inilah jalan yang aku pilih untuk bekerja disektor hospitality. mesti berdepan dengan apa jua ujian yang mendatang demi kerana untuk mencari rezeki. 
bukan senang untuk jadi senang. susah2 dulu senang2 kemudian. peribahasa lama yang masih lagi digunakan oleh masyarakat kita. mahu tidak mahu mesti kene kerja. kalau tak kerja siapa yang mahu bagi duit dengan percuma. jadi pengemis merayau2 pun dikire kerja. 
hanya yang pernah kerja hotel saja yang tahu kehidupan dunia hotel. lebih2 lagi kalau bekerja dalam di hotel yang ada nama dah tentunya sibuknya lain macam. jadi stress dan tekanan pun agak besar yang terpaksa di tanggung. alhamdulillah gaji yang diterima pun berbaloi2 dengan bentuk kerja yang aku lakukan. demi kerana wang aku mesti kene bersabar dan bertahan...

Thursday, March 10, 2011

KEBOSANAN

peribahasa ' langit tidak selalu cerah ' begitulah situasi yang aku alami dalam hidup sekarang. yang cuba aku maksudkan ialah keadaan perjalanan hidup harian tidak lah akan sentiasa gembira dan penuh bahagia. kadang2 ada hari yang membosankan dan tak ceria yang mesti aku tempuhi. 
termasuklah dalam persahabatan dan dunia pekerjaan. bukan setiap masa aku berada dalam suasana yang menyenangkan. kebosanan adalah salah satu keadaan yang akan dialami oleh semua manusia normal. inilah namanya kehidupan. tatkala kelmarin aku terlalu sibuk bekerja tapi semalam aku bosan duduk dirumah dan hari nie juga bosan entah tak tahu kenapa. barangkali aku nie jenis insan yang telah terbiasa melakukan aktiviti mahupun kerja. tapi bila sesekali tak ada buat apa2 itulah yang menyebabkan aku bosan. 
selama 8 jam ditempat kerja saling bertegur sapa dengan rakan2. ada juga suasana ceria yang hadir. riuh rendah mulut boss sudah jadi asam garam aku lalui bila kerja. tapi bila 8 jam tue tamat. kebosanan bertandang kembali. ingin bertemu sahabat2 buat masa sekarang mungkin sekali tidak sebab mereka pun ada perkara dan hal masing2. baik yang masih bekerja dan ada juga yang belum pulang dari kuliah. 
mahu tidak mahu aku mesti lalui keadaan nie dengan redha. rakan2 rumah pula balik kerja jam 11 malam. untuk terus melepak adalah tidak mungkin sebab masing2 sudah penat. nasib baik aku masih punya broadband sebagai teman sepanjang masa. tv? jarang2 sekali aku tonton tv. aku lebih suka keluar berjumpa dengan kawan2. aku harap2 sangat supaya jiwa kebosanan aku nie akan cepat terubat..

Tuesday, March 8, 2011

AL- KISAH 2 HARI DI POOLSIDE

semalam dan hari nie aku keje di poolside terrace. masuk keje jam 10am tapi balik keje bukan 6pm. sebab selagi boss kata tak boleh balik so memang tak balik lah. sekarang hotel busy nak mampos...


inilah dia seorang pekerja hotel yang cukup berdedikasi walaupun bermacam2 cabaran yang terpaksa aku depani. walau macamana tak bagusnya pun keadaan dan mood hari tu tapi tetap memberi senyuman bila dikelilingi atau berjumpa dengan guest. semalam hari yang cukup memenatkan. ramai lah pulak guest duduk melepak kat poolside. cuci mata? tak ada maknanya cuci mata sebab majoriti yang datang bersantai kat situ semua pelancong warga2 emas. kalau yang muda2 yang mandi tak apa lah jugak. berbikini lah, yang hanya berseluar dalam sahaja lah. dah puas aku tatap. sampai 1 tahap aku dah muak pandang dorang semua.



keadaan bila tengahari cukup lah terik dek bahang panas matahari. kehulu kehilir aku hantar order. rasa nak melecur kulit aku. peliknya orang asing nie suka sangat berjemur time2 panas. dorang cakap cuaca kat Malaysia nie best. what ever lah dorang tu. tapi bila waktu dah menjelang jam 4 petang langit mula gelap. semalam hujan lebat diselangi pancaran kilat. naik takot aku dibuatnya. time2 kilat berdentam dentum ada 3 ekor mat saleh yang tak tahu takut. minum arak bertin2. mabuk tak payah cakap lagi dah. tinggal nak tunggu balasan tuhan je tu. aku pulak menggigil ketakutan sebab kilat kuat sangat. janganlah kilat sambar kat  kaunter aku yang ada 3 ekor 'lanun' tengah minum arak tu. berdoa panjang2. aku memang tak boleh kemana2 selagi dorang belum bayar bill. terpaksa tunggu dengan penuh kesabaran. dasar tua tak sedar diri. sabar jelah aku.


nasib baik keje dengan sorang lagi staff. kalau keje sorang2 kat poolside memang pancit. nak buat itu ini banyak keje. tak dan nak siap semua. hari nie memang hari rezeki aku. sorang guest datang dalam jam 11 lebih macam tu. dia nak lepak sambil hisap curut. tapi dia tak ada mancis so aku bagilah dia sekotak mancis. tak semena2 dia hulur rm100 kat aku. katanya dia hargai pertolongan aku tue. sah2 lah aku tak percaya so aku tanya dia lagi sekali samada tips tu betul2 serius. dia kata ya. mahunya aku tak terkejot dengan hanya sekotak mancis aku dapat rm100 dengan mudah. rezeki sangat2. orang kata dengan adanya masalah tersimpan juga hikmah disebaliknya. cuma cepat atau lambat je yang membezakan waktu tue. 

Sunday, March 6, 2011

BERBAHASA PERANCIS DAN JEPUN

Alangkah bangganya aku bila dapat berkomunikasi bahasa asing dengan guest yang berbangsa perancis dan jepun di hotel. tak sia2 aku belajar bahasa perancis masa di Universiti dulu. walaupun bukan tersangat fasih tapi masih berkemahiran bertutur bahasa asing. aku sangat2 teruja menggunakan dan mempraktikan bahasa itu ketika bertemu guest dari negara luar yang menginap di hotel tempat aku bekerja. 
aku tahu siket2 bahasa jepun masa aku belajar suka2 beberapa tahu dulu sebelum aku datang bekerja di KL. waktu tue seorang sepupu aku masih menuntut di USM dan dia amek matapelajaran jepun. secara tak langsung aku sempat pinjam beberapa cd bahasa jepun dan belajar sorang2. belajar cakap je tapi bukan tulisan jepun. 
sekarang kalau aku nak belajar dengan lebih mudah biasanya aku akan belajar melalui google translet. boleh faham siket2. dan bila jumpa guest kat hotel atau kat mana2 pun boleh lah guna. orang jepun dan orang perancis nie sangat2 lah suka kalau kita berkomunikasi dalam bahasa ibunda mereka. kalau bahasa inggeris tue dah biasa guna. 
bila aku nak hantar order ke bilik2 aku akan tengok nama guest dulu kat dalam bill. kalau nama orang jepun memang senang aku nak tahu tapi kalau nama orang perancis memang susah siket nak cam sebab agak2 sama dengan nama orang2 putih yang asal dari negara lain. bila dah sampai bilik tu mulalah tunjuk kebolehan diri kat mereka. sah2 mereka mesti terperanjat punya sebab aku boleh bercakap bahasa asing. dan paling bestnya tak mustahil aku akan dapat tips 'kencang' lagi 'deras'. rezeki sangat2. 

Saturday, March 5, 2011

RASA MACAM NAK PERGI BUAT REFLEKSOLOGI

Bila keje berjalan selama 8 ke 9 jam tanpa rehat yang cukup menyebabkan kaki aku sakit2 dan lenguh2 dibuatnya. maklum sajalah bentuk keje macam aku nie tak ada duduk pun. kehulu kehilir. jadi fungsi kekuatan kaki amatlah penting. fakta menyatakan bahawa kaki adalah bahagian terpenting yang menghubungkan salur darah ke bahagian2 anggota tubuh yang lain. jadi kalau kaki sakit2 maka anggota badan lain pun secara tidak langsung akan sakit juga walaupun bukan sakit dalam waktu yang sama dan kesannya akan terasa dimasa hadapan. begitulah cakap pak cik yang pernah meng'refleksologi' kaki aku bulan lepas.
sememangnya aku baru sekali jer pernah buat refleksologi nie. dulu2 tak pernah. memang selalu pasang niat tapi memandangkan harga urut kaki pun agak mahal jadi aku kuburkan jelah angan2 nk buat refleksologi tu dulu. al maklumlah tak ada duit sangat sebab belum keje.
pertama kali aku buat bulan lepas. waktu tu jalan2 dengan sorang member nak g digital mall kt PJ. sebelum masuk tu kitaorang nampak ada 2 orang pak cik buta buat business nie. dengan harga rm20 so aku n membe pun try lah. teruja sangat time tu sebab first time. hahaha. time urut kaki tu pak cik buta pun banyak bagitahu kelebihan2 refleksologi nie. tak kurang juga dia bagitahu masalah yang ada kat dalam tubuh badan aku. setiap kali dia picit bahagian tertentu mesti dia nyatakan masalah dalaman aku. tekaan pak cik urut tu boleh dikira semuanya betul tapi ada gak tak tepat tekaan dia. 
kalau tempat lain boleh dikira agak mahal. tengok tempat jugalah. pak cik buta ada letak papan tanda harga rm20 untuk 30 minit urut tapi dia urut kaki kitaorang hampir 45 minit tapi bayaran yang dikenakan masih lagi rm20. selesai jer berrefleksologi aku dapat rasa kesan pada tubuh badan. kaki berjalan terasa ringan berbanding biasa. sakit gusi dan tangan terseliuh pun ok lepas urut tu. pak cik sarankan kitaorang buat refleksologi nie sebulan sekali. dia pesan kalau nk buat g cari tempat yang betul2 boleh percaya. bukan yang ada setengah2 tempat tue buat business refleksolgi tapi urut hantam keromo. entah betol entah tidak dipicitnya kaki kita nanti. 
ada masa cuti nanti aku nak g lagi berrefleksologi untuk rehatkan kaki nie yang dah terlalu penat berjalan terutama lepas penat berkeje.

Thursday, March 3, 2011

3 HARI KERJA PETANG

hari nie masuk keje petang semula hingga lah hari sabtu nie. masuk jam 7 mlm sampailah jam 4 atau 5 pagi. entah apa gaknya situasi untuk 3 hari mendatang nie. best ke tak best ke memang tak boleh jangka. cuma apa yang boleh aku katakan saat nie memang keje petang membosankan. sebabnya dahlah busy dengan order yang banyak dan kemungkinan besar tak akan ada rehat malam nanti. 
kalau penat jangan cakap lagi lah. kadangkala aku keje sampai tercungap2 dibuatnya. demi wang aku mesti bertahan. cuma kalau keje petang nie dapatlah tido cukup siket. tak sabar nak balik bercuti ke johor bulan 4 nanti. dah 3 bulan aku tak balik. dengar memang masih baru tapi maklum sajalah kalau bercakap pasal perasaan rindu nie tak ada siapa yang boleh lawan. semua orang ada perasaan yang sama. terpaksalah tunggu sebulan lagi nie baru balik johor. dapat gaji nanti aku caw cin caw lah...

MEE HOON GORENG SINGAPORE


Semalam malam g jumpa housemate lama kt kelana jaya. rindu sungguh kat dowang. janji jam 8 lebih kitaorang jumpa kat giant kelana jaya. g lah makan kt restoren jom priok. memandangkan ada sorang kawan keje dalam restoren tu. semalam kali kedua aku g makan kt situ. 
kt jom priok restoren lebih berkonsepkan makanan buffet steamboot yang berharga rm23.90 satu kepala. tapi aku dengan kawan tak makan steambbot pun. kitaorang order a la carte jer. aku order mee hoon singapore, air sirap bandung n kentang goreng. mak ai bila makanan yang aku order sampai jer memang food tu nampak menyelerakan sangat2. waktu tu tak da lah lapar sangat aku nie coz petang pun dah makan dengan hasman dan fendi kat area hotel. 
harga mee hoon singapore cuma rm 6.90. disebabkan sedap ya amat aku makan sampai licin. kuantiti portion makanan pun no bad lah. memang ok dan berpuas hati. nanti cuti next time aku nak try steamboot kat situ pula...

Wednesday, March 2, 2011

TAHNIAH UNTUK CHELSEA

gembiranya aku pagi tadi dapat berita dari kawan yang chelsea menang match vs Manchester united awal pagi tadi. seawalnya memang aku nak tengok melalui internet. tapi memandangkan aku keje jam 7am jadi terpaksalah padamkan impian nak tonton game tue. kang tak pasal2 semata nak follow match aku tido tak cukup. nanti lain pula jadinya waktu keje dengan keadaan yang mengantuk.
maklum sajalah aku nie memang peminat setia kelab chelsea. nak kata minat takda lah lama sangat. start dari aku masuk universiti lagi. apa2 perkembangan aku amek tahu. walaupun kadang2 aku tak sempat tonton untuk setiap game. lebih2 lagi perlawanan hangat n terpenting berlangsung awal pagi tadi chelsea vs m.u kat laman sendiri. kalau kalah malu lagi. nasib baik menang. so rekod 14 perlawanan m.u masih belum dapat kalahkan chelsea kat stamford bridge. tapi jangan berbangga sangat sebab chelsea masih ditangga ke 4 berbanding m.u ditangga pertama untuk EPL musim nie. ada 11 lagi match berbaki. dengan semangat tak putus asa barangkali untuk jadi juara tak mustahil jika setiap match chelsea menang. 
match lepas nie akan lawan manchester city pulak. masih lagi main kat tempat sendiri. harap2 sangat boleh menang. boleh pintas kedudukan dan sekaligus jadi juara untuk musim nie. 

Tuesday, March 1, 2011

BILA DAH PENAT

kalau zaman study dulu cuma penat kepala otak jer. nie kalau sekarang dah keje penat badan n penat kepala otak sekali. nak update blog hari2 pun tak sempat. balik keje terus tido. rehatkan fizikal dan mental. memang ramai orang yang boleh update blog setiap masa tapi bergantung kepada bentuk kejenye. keje hotel nie lain siket. bagi yang dah pernah merasa keje hotel tahu lah macamnana penatnye. nielah dia cabaran bila dah melibatkan diri dalam dunia perhotelan.
gaji kat hotel alhamdulillah sangat2 walaupun aku cuma pemeganag diploma. tip pun masyukkk. gaji memang sedap pun tengok hotel mana yang' dinaungi' juga. lagi grand hotel tu lagi best lah gajinye. lagi besar hotel tu lagi stress lah kejenye. penat macamana pun kalau dah jumpa guest kene lah senyum sampai ke telinga. penawar penat n stress yang paling hakiki pada aku bila guest senyum n ramah pada aku. kalau yang berangan over bagus tu lah yang menyampah aku dibuatnye..apa2 pun dah namanye cari rezeki kenelah bertahan demi kerjaya. tak nak lah pulak nanti orang cop graduan sekarang memilih keje. tak mahunyerrr..
kalau dah penat apa2 boleh jadi. emosi cepat berubah. nak marah ada. nak mengamuk lah. keje jadi tak ikhlas lah. tambah2 lagi kalau tak cukup tido. lagi dahsyat kalau time keje terpaksa berdepan dengan perangai boss yang tak menentu dan kerenah guest yang pelik2 bin aneh2. keje hotel nie jadual waktu pun berterabur macam kapal dah nak karam. ada syif pagi  n ada plak kene masuk keje malam2 buta. macam2 waktu kene ikut. follow jelah coz dah arahan kan. blog aku nie umpama diari harian walaupun aku tak update hari2. apa juga kisah cerita mahupun coretan masalah aku share dalam nie.