Thursday, June 30, 2011

TRANSFORMERS DARK OF THE MOON

kitaorang baru je balik tonton filem baru terhangat iaitu transformers dark of the moon kat sunway pyramid. waktu menonton jam 11.45 malam tadi. fuhh...memang gempak, terbaik. mahunya tak best sebab kitaorang masuk tiket 3D..


durasi filem lebih 2 jam. macam biasalah seluruh ahli kerabat inderapura berangkat mencemar duli ke sunway pyramid naik motor. sampai2 je kt pawagam kitaorang tengok ramai orang tengah beratur nak masuk panggung. 



watak utama ialah sam iaitu lakonan Shia Labeouf manakalah watak carly dipegang oleh Rosie Huntington- whiteley. carly sangat cantik woooooo..suka sangat kat dia..hahaha..aku terus fokus tonton daripada mula sehingga tamat cerita. memang menarik dan tak bosan. yang penting tak rugi dan cukup berbaloi dengan bayaran tiket rm21 seorang. pergilah menonton yer..



Wednesday, June 29, 2011

HUJAN RAHMAT PAGI 29062011

Aku bangun tidur pagi nie jam 8 lebih. suasana sunyi sepi. keadaan masih gelap dalam rumah. aku tengok fendi masih terbongkang disebelah aku. dia tumpang tidur bilik aku malam nie. buat assignment dan tambah koleksi katanya. ape2 jelah ko fendi. hahaha. 
aku bangkit nak ke tandas. bila keluar bilik aku nampak haddie berselubung macam hantu bungkus tidur kat ruang tamu sorang2. lepas ke tandas aku jengah bilik master. aku tengok aizuddin dan ojeb masih tidur diulit mimpi kesedapan agaknya..hahaha. aku masuk sekejap dalam bilik master dan terus ke tingkap. rupa2nya hujan rahmat pagi ini di luar. patutlah rasa keadaan rumah masih gelap dan sejuk semacam je.
then aku masuk dalam bilik on laptop dan terus buka apa juga link yang aku suka. facebook adalah satu kewajipan untuk melihat dan tahu perjalanan status sahabat2 aku. macam2 aku baca. alhamdulillah mereka berbahagia dengan cara masing2. menjadi kemestian juga aku akan buka link berita harian online untuk dibaca. aku suka ikut perkembangan situasi keadaan negara tercinta. syukur sekarang malaysia masih berada dalam keadaan yang aman, makmur dan harmoni. aku berbangga lahir di malaysia.
saat aku menaip entri blog ni aku sorang2 dalam bilik. fendi dah beralih tempat tidur pula. dia bangun ke ruang tamu. aizudiin, haddie dan ojeb masih dalam kesedapan masing2 dalam bilik master. tergelak dalam hati bila aku tengok cara masing2 tidur. pelbagai gaya yang dipamerkan. hahaha. si yong pula mungkin sudah ke kuliah agaknya. 
dah puas baca berita harian online aku buka blog pula. memang saja nak taip cerita pagi2 ni. aku pasang headset then cari lagu2 mazer zain. boleh dikira semua lagu dia aku dengar sambil aku taip entri nie. syok dan tak bosan. lebih2 lagi dalam keadaan hujan pagi yang penuh rahmat dari tuhan ada baiknya aku pasang lagu yang berunsur ketuhanan. mendekatkan diri ini pada sang pencipta. dalam hati aku berdoa agar rezeki aku sentiasa selebat rahmat allah yang sedang turun diluar hendaknya. amin...

Tuesday, June 28, 2011

FENOMENA PLAYSTATION DI INDERAPURA

Semenjak haddie dan ojeb beli joystick playstation baru , kami serumah bukan main lagi memeriahkan parti lawan bola sesama sendiri. kalau nak di ikutkan aku nie bukan lah jenis orang yang obsses pasal playstation atau lebih tepat sekali semua aktiviti yang melibatkan permainan internet dan yang sewaktu dengannya. tambah2 pula aku bukan reti nak memicit bende alah semua tu. memang tak berminat.
seawalnya aku memang banyak kali menolak ajakan budak2 rumah untuk main playstation. sebabnya aku tak tahu main sangat. hahaha. tapi lama2 aku tertarik pula lepas tengok dorang lawan bergumbira saat bertarung antara satu sama lain. jadi aku mula lah tunjukkan minat. konon2nya lah. aku minta haddie ajarkan step2 main playstation. kt inderapura tak ada lah banyak game sangat. yang aku pernah main lawan bola dan wwe je.
bila sudah agak hebat. aku berani cabar budak2 rumah nie. mula2 memang susah sangat nak menang. lebih2 lagi kalau lawan haddie, ojeb dan yong. mesti akan kalah punya. aizuddin pun mula tunjuk minat yang cukup mendalam dalam industri playstation nie. dia belajar skill2 dan step asas juga. bukan main lagi kalau dia dapat jaringkan goal dia akan bersorak malah bangun berpusing2 umpama player bola sepak yang sebenar bila menjaringkan goal..OMG bak kata syuib sepah dalam maharajalawak..
si fendi pula kononnya tak mahu main bila diajak pada awalnya. tak tahu lah, tak reti lah, takot kalah lah, itu lah, ini lah..macam2 hal. tapi bila fendi dapat jaringkan goal dia pun dah sebijik aizuddin. akan berteriak sehingga boleh di dengar seluruh alam semestar di inderapura nie. kalau tak goal bukan main lagi, habis sume jadi mangsa pukulan si debab ( gelaran aizuddin buat fendi ). 
fenomena playstation memang dahsyat. barangkali isu perhimpunan bersih pun bakal kalah kalau berita lawan bola inderapura nie di tayangkan di berita utama. aku dah cukup masak dengan situasi kat sini. berteriak dan gelak tawa sehingga kelaparan perut lilit masing2 minta diisi. nah si fendi apa lagi. semestinya akan ke dapur masak megi dan buat air untuk kerabat diraja sambil main bola. dasar kehidupan diraja !!!

Monday, June 27, 2011

LAMA TAK UPDATE BLOG

Lama dah aku tak buka blog aku nie..sibuk melayan kerehan dunia yang penuh dengan cabaran..kerja mahupun hal- hal lain..malam nie aku tak ada idea nak tulis entry..rasanya bila ada masa terluang baru aku update sesuatu mengenai apa perkembangan terbaru pasal aku yer....see u all soon..