Friday, January 14, 2011

semangat graduan dalam kebosanan menanti untuk mula bekerja

saat2 yang membosankan terpaksa aku lalui untuk beberapa hari nie..dah 4 hari aku tak tulis dalam entri blog..bukan masa aku terlalu padat dengan aktivti mahupun kerja tapi entahlah susah nak cakap..selepas gelaran mahasiswa tamat kini aku sudah melangkah ke alam mencari pekerjaan..aku bosan sebab masih belum bekerja lagi..sebelum masuk tahun baru 2011 lagi bulan lepas desember awal2 lagi aku dah mula mencari kerja, malah aku telah pun pergi untuk beberapa sesi interview di 2,3 syarikat...tujuannya mudah iaitu untuk mendapat pekerjaan selepas tamat belajar...
alhamdulillah dalam semangat ingin mendapat kerja dan ada juga beberapa syarikat seperti hotel2 di kuala lumpur yang menerima aku bekerja..namun mungkin bukan rezeki aku buat masa sekarang sebabnya selepas interview dan mendapat keputusan bahawa aku berjaya bekerja di syarikat tersebut dalam waktu yang sama aku terpaksa pulang ke kampung di johor buat sementara waktu...bila aku pulang ke KL dan mendapat tahu jawatan yang aku terima itu telah dimasukkan dengan orang lain..tak mengapalah walaupun hati aku ni siket kecewa..mungkin ada hikmah disebalik masalah...
aku mengambil jurusan pengurusan hotel di Unirazak bandar sunway. berbicara mengenai kerjaya di industri perhotelan cukup menarik untuk diceritakan..suka aku bagitahu yang untuk mendapat kerja di hotel adalah cukup mudah..meskipun mudah namun bentuk pekerjaan yang diberi bukan calang2 tanggungjawabnya..ia bergantung kepada department2 yang di'naungi' ..dulu aku pernah bekerja di Shangrila Hotel KL untuk beberapa tahun sebelum aku sambung belajar di Unirazak..banyak pengalaman yang aku timba mengenai alam pekerjaan...beberapa hari selepas aku 'gagal' bekerja di syarikat awal yang aku minta, aku terus pergi ke hotel lama....bukan aku tak mahu terus ke Shangrila namun aku nak cuba pengalaman di hotel dan syarikat2 lain juga..seawalnya memang rakan2 lama di sana sudah memanggil aku sambung kerja bila habis study..alhamdulilah mereka masih menaruh kepercayaan untuk bekerja dengan aku lagi..orang cakap kalau kita kerja dengan baik dulu dan ingin kembali ke tempat lama mereka akan sedia terima kita semula...
akhirnya shangrila menerima aku bekerja kembali setelah 2 tahun setengah aku meninggalkan hotel tersebut..tapi aku akan mula bekerja di sana pada 9 februari 2011..lama lagi aku terpaksa tunggu...
sebenarnya aku juga ada menerima beberapa tawaran kerjaya lain..namun disebabkan ada masalah tertentu terpaksalah aku menolak tawaran tersebut...aku juga bukan jenis orang yang memilih kerja...namun aku juga akan melihat bentuk kerja yang ingin aku dapatkan itu...dulu pun sebelum aku datang ke KL aku pernah kerja di kebun getah milik keluarga, pekerja kilang pinggan mangkuk, pelayan kfc dan promoter supermarket di johor dan juga bekerja di sebuah syarikat malaysia yang hebat sebelum ke shangrila...sebagai graduan aku berhak menilai pekerjaan yang aku mahukan...pada aku tanpa minat dalam melakukan sesuatu kerja itu akan menghasilkan kesan yang kurang baik malah tidak sempurna...
semalam aku telah pergi 1 sesi interview yang di rangka oleh seorang kawan rumah di sebuah syarikat...sementara menunggu panggilan kerja di shangrila pada 9 februari depan adalah baiknya aku cuba cari tempat2 lain untuk mencari kerja..tidak bermakna aku mengetepikan shangrila namun aku tidak mahu terlalu fokus kepada 1 tempat sahaja..interview semalam cukup menarik bagi aku..di interview oleh seorang director department yang hebat..seorang perempuan...bersungguh aku semalam cuba menonjolkan kebolehan diri semata untuk mendapat kerja sekaligus mencari pengalaman baru dalam hidup...meskipun nanti keputusan hari isnin ini tidak menyebelahi aku di syarikat tersebut namun aku akan berpuas hati dengan penampilan aku dalam mencari kerja termasuk juga cara penyampaian di dalam sesi temuduga..tambahan pula director banyak memuji kebolehan komunikasi aku...hehehe..katanya ada 2 kekosongan yang perlu diisi..aku akan bersaing dengan 3 orang lagi bagi menempatkan diri untuk jawatan itu..harap2 aku berjaya nanti...insyaallah.

Monday, January 10, 2011

aku makin gemuk ...TIDAK !!!

aku makin gemuk sekarang nie..mana tak gemuk makan je kejenyer..dulu bila timbang berat cuma 63kg tapi semalam timbang 71kg pula...bahaya nie kalu dibiarkan.. perut aku pun kelihatan makin kedepan..aarrrggghhhh...tidakkkkk..tak mahu buncit. dah lama aku tak pergi keje semenjak sem terakhir..sebab terlalu nak fokuskan final projek so aku tak lah pergi wat partme..waktu keje dulu body solid..tapi disebabkan  makan tido makan tido then badan pown gemuk lah jadinya..tambah2 lagi aku duduk dengan member yang jenis selera makannya besar..tidak mahu tidak kalau diorang makan dalam masa yang sama aku pown tergoda nak makan sama..seawalnya konon tak nak makan sebab nak berdiet.. nak kecik kan badan semula...kawal makan??? takda maknaya aku nie jenis kawal makan...hahahahaha..so hadiah terbaik kalau tak jaga makan nah kesannya gemuklah..padan muka kat diri sendiri..memang ketara sangat naiknya badan aku sekarang nie...pakai baju dan seluar pown dah sendat..dah boleh nampak ketul2 lemak sana sini...tapi x pe..nanti dah start keje nanti harap2 badan nie akan kecil sesolid macam dulu2 semula....usaha tangga kejeyaan ( usaha menguruskan badan )..

Saturday, January 8, 2011

alhamdulillah..

Alhamdulillah bersyukur sangat2 kepada tuhan dengan izinnNya akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian Diploma Hotel Management di Unirazak dengan selamatnya..disepanjang 2 tahun setengah aku mendepani begitu banyak ranjau duri dan suka duka untuk berjaya di alam mahasiswa..berkat kesabaran diri seiring dengan bantuan serta sokongan ahli keluarga, rakan serumah , group membe adalah pendorong diatas kejayaan ini..tak lupa juga setiap jasa didikkan para pensyarah2 selama ini..banyak kenangan manis ketika bergelar mahasiswa Unirazak..
paling tidak ku sangka untuk Final Project semester terakhir tahun lepas. group kami diibaratkan umpama kapal yang  hampir karam disebabkan masalah2 tertentu. tapi tanpa berputus asa dan semangat serta keyakinan pasukan yang tinggi akhirnya keputusan memihak juga kepada group kami dengan mendapat A+...alhamdulillah sangat2..jutaan terima kasih kepada monjurul hassan, muhamad arradzi baihaqi , mohd nazri ramly dan liyana nadzirah atas segala usaha2 yang kita dah buat..keputusan nie memang tak dijangka sama sekali..teringat pula kenangan2 masa menyiapkan final project bersama..macam2 berlaku..gaduh2 jangan cakap lagi lah..tapi semuanya demi mencapai kejayaan yang sebenar...
kini semuanya sudah berlalu..gelaran mahasiswa sudah berakhir..sekarang bermula pula dialam pekerjaan..selamat maju jaya untuk semua...

Friday, January 7, 2011

makan murah di Petaling Jaya

Tatkala isu kenaikan harga barang sekarang nie menjadi bahan bicara masyarakat muka bumi di Malaysia dan menjadi punca kebanyakan pemilik kedai makan dan restoran2 yang terpaksa menaikan harga makanan namun masih juga terdapat beberapa tempat yang meletakkan harga yang agak murah kepada pembeli ...Hari nie aku dengan aizuddin n haddie pergilah ke kawasan Petaling Jaya..seawal perancangan  kami cuma nak keluarkan duit di standard charted bank jer dan terus balik semula ke sunway..tapi memandangkan perut lapar sebab belum lunch lagi so kami carilah port untuk penuhkan perut lilit nie..then kami pilih lah tempat kedai makan yang pernah kami datang.. kedainya di kawasan medan makan dan parking kereta sebangunan dengan mahkamah majistret lama..sebenarnya nie bukan pertama kali aku datang kedai seorang mak cik nie..dulu pernah makan dengan mohd nazri ramly, sahabat rapat masa study dulu..dia manusia pertama yang kenalkan aku tempat makan nie..memang murah..tapi tue dulu dengan dia..sekarang dah habis study dah..
kami pergilah kedai yang sama lagi..sampai2 jer kedai kami tak cakap banyak dan terus jer amek nasi dan lauk2..soh mak cik kedai tue kire harga..aku amek nasi ada ayam n lengkap dengan lauk jumlah rm3.00 jer..haddie pon sama rm3.00..aizuddin makan ikan talapia jer..air Lon Cha pun murah gak..harga tetap sama macam pertama kali aku datang dulu..kami dapat bandingkan kedai lain dari segi kuantiti makanan dan harga dengan kedai mak cik nie..memang tak akan sama punya..petaling jaya merupakan satu area yang pesat tapi dengan harga makanan yang semurah itu sudah cukup bagus..bandar mana yang menu makanannya boleh dapat harga yang sama macam tu sekarang nie..kalau ada pown memang susah nak jumpa lebih2 lagi kt area bandar..dari sunway ke petaling jaya cuma amek masa dalam 10 minit jer..kalau boleh kami nak pergi kedai tu hari2..memang murah...

Thursday, January 6, 2011

jom pantun berpantun ..

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau.

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap



sumber : lawakjenaka.com

fenomena makan malam yang sangat hebat ...


dah 2 hari aku tak menjamah nasi sebagai makanan ruji paling wajib dalam hidup. gara2 ramai kawan2 cakap aku nie kelihatan makin gemuk..aduh2..betol ke aku ni nampak gemuk sekarang? ( adalah siket kowt )..bila timbang berat akhir2 nie mencecah 70kg..alamak macam tak percaya pulak sebab dulu 63kg jer..solid sangat..so kononnya dengan tak amek nasi aku boleh kurus balik  lah..harap2 sangat berat badan kembali macam dulu2..tapi bila tak amek nasi 2 hari nie aku tukar menu western food plak..semalam ber'kenduri' di rumah bersama2 dengan  aizudin , haddie , dan ojib kami masak mentari meatball....malam nie aku masak spaghetti. jushua dan fendi datang bertandang..makan ramai2 sambil bersindir-sindiran memang seronok..mengeratkan lagi silaturahin antara kami semua..sayang sangat2 aku kt dowang semua..spaghetti dihabiskan oleh haddie jam 1am..sedap sangat kowt aku masak..hehehehe..tadi jushua kata dah kenyang perut lilit dia tue..tapi tiba2 jam 12 lebih dia ajak aku pergi beli burger kat gerai bawah..so aku n jushua pergilah beli..asalnya cuma dia sorang je nak makan burger..tahu2 aku pown tergoda sama..kami berdua beli 4 burger daging dan untuk jushua 1 burger ayam..tak lah mahal sangat..kami nie memang tido lewat..kdng2 jam 5 pagi pown masih tak tido lagi..sibuk dengan agenda masing2..sebab tu perut kami nie kejap2 minta di isi..aku kalau lapar memang tak boleh tido..sama gak lah dengan dowang nie..malam esok entah apa pula menu makan malam kami..tunggu dan lihat jer perancangan last2 minit....

Tuesday, January 4, 2011

menu : mentari meatball


mentari meatball rekaan resepi sahabat2...

tanggal 4 januari 2011..sebetulnya kami ber 6 merancang nak pergi makan meatball di IKEA damansara jam 8pm..tapi memandangkan hujan renyai2 masih turun dan jalan raya pun jem jadi rancangan pun di batalkan..tapi cadangan daripada Aizuddin ghazali eloklah jika kami beli barang2 untuk masak menu mentari meatball tue..mulalah operasi search resepi menu dalam internet dimulakan oleh haddie pickly..tak dapat pergi makan kt kea pn tak pe tp kami cuba masak mengikut cara kami berdasarkan informasi resepi internet..asalnya menu nie namanya swedish meatball tapi disebabkan kami masak malam nie di mentari court so nama menu ditukar kepada mentari meatball..lepas maghrib kami pergilah membeli barang2 ke 99 mart, kk mart n mini carefour di kawasan berdekatan..tak semua barang yang wajib dapat..sampai rumah jer operasi bersepadu masak pun mula..hebat sahabat2 masak malam nie..semua menjadi cuma kuah mentari meatball sedikit masin..tak apa..disebabkan lapar dan berbangga dengan masakan kami jadi kami pun makan dengan happynya..bagi sesiapa yang nak cuba ikut resepi mentari meatball kami bolehlah minta nanti yer..akhir kata, berbanggalah dengan bakat masakan kita sendiri dan selamat mencuba..

Monday, January 3, 2011

peminat CHELSEA ..


aku ni peminat chelsea..nak kata fanatik sangat tu xda lah sangat..nie gambar dengan faiz membe serumah  masa study tahun lalu..pic ni kitaorang amek lepas jer habis game antara chelsea vs m.u..gembira besar aku n faiz time ni coz chelsea kalahkan m.u..budak rumah yang sokong m.u kene redha..hahahaha..kitaorang tengok game kt rumah jer..ada astro sport senang siket..ada masa g kedai mamak tengok ramai2..meriah kalau menang dan x meriah kalau kalah....tapi sejak beberapa bulan ni prestasi chelsea kurang siket lah..kecewa pun ada gak..xpe2 masih ada masa lagi chelsea nak bangkit sekaligus memperbaiki kedudukan dalam liga..semangat sokong chelsea x kan pudar..hehehehehe

my life with my friends..


aku, apek dan wan di kfc meraikan birthday amar..


ex housemate. hari ke 2 selepas register di unirazak...


bersiap2 nak gerak ke kuliah..


memasak di rumah...


aku berkongsi bilik dengan wan..nie trademark pintu kitaorang..


haziq, kenny, faiz, apek, wan , amar n aku..



housemate 5-3-20 kelana jaya



dinner bersama di rumah..


kt rumah baru Mohamad Inad ( mamad )..


team debat unirazak di unimap..
i love u all..


di rumah terbuka sarawak kt UPM 


saat ni di kedah..


merayau di sunway piramid..


di i-city shah alam..


sahabat2 di port dickson ...


kenangan di kelana idaman ...


di menara berkembar petronas ( KLCC )


Di genting highland..



di pantai air hitam mersing ..



ketika pertandingan debat alam sekitar di UTP ..


Group assignment front office ..









Saturday, January 1, 2011

Selamat tahun baru 2011 ...

selamat tahun baru aku ucapkan buat semua masyarakat dunia terutama kepada warga Malaysia, negara tanah tumpah darah ku..selamat datang ke dunia blogger aku ucapkan kepada diri sendiri sebab ini ialah blog aku yang pertama walaupun usia kini sudah mencecah 24 tahun baru nak terhegeh2 mereka blog...hahahaha..rasanya tidak terlambat untuk aku melibatkan diri dalam blogger..sebelum nie bukan aku tak tahu kewujudan blog seumpama ini tapi mungkin dulu tu aku tak berapa berminat untuk sertai benda2 macam nie. tapi tahun 2011 nie kalau boleh nak jadikan tahun bermula PERUBAHAN..
disebabkan aku baru bermula dalam dunia blog nie..molek lah juga aku perkenalkan diri secara ringkas buat pembaca2 blog aku..agar korang dapat kenal aku lebih lanjut..nama penuh Mohd Rashid Mohd Shahar. aku nie lahir dan dibesarkan di Felda Cahaya Baru di Johor Bahru..sekolah rendah dengan sekolah menengah semua di Johor..sekarang nie aku baru saja grad diploma pengurusan hotel di Unirazak sebelum nie dikenali sebagai Unitar..aku start diploma masa umur 22 tahun..lewat siket daripada usia biasa pelajar sambung belajar..tapi aku ada juga pengalaman kerja di syarikat2 hebat di Malaysia nie..tahun baru 2011 nie tahun kembali semula ke dunia pekerjaan...
PERUBAHAN macam mana yang aku nak katakan..maklumlah tahun baru mesti jer ada azam baru nak berubah daripada yang kurang baik kepada lebih baik, daripada yang belum tercapai nak kepada mencapai apa jua yang aku nak dapat..insyaallah try untuk tahun nie..
aku bubuh nama RASHID SHAHAR untuk blog sendiri untuk memudahkan kawan2 jumpa blog aku.. aku bangga dengan nama sendiri..cewah..poyo ke skema ke aku nie..tak kesah lah apa juga orang nak nilai jenis macamana pun. paling penting aku tahu bawa diri dan tak menyusahkan orang lain..
so bagi pembaca2 blog aku janganlah segan2 beri apa jua komen membina untuk aku terus berkarya dalam blog nie..salam perkenalan buat semua pembaca2 baru yang sudi melawat blog rashid shahar nie..