Friday, February 25, 2011

JOM KE PASAR MALAM

Tadi petang aku tertidur. tersedar sebab dengar bunyi siren jabatan kesihatan dari bawah. rupa2nya dorang buat pengumuman nak buat semburan nyamuk di blok sebelah. blok aku tak kene pulak. biarlah dengan urusan dorang.
dah bangun perut lapar pulak. tak mahu tak memang kene beli makanan. kat luar hujan renyai2. sekarang petang2 jer hujan. mulanya aku plan nak g jusco taman maluri tapi tak jadi. nak g jauh2 masih tak berani sebab baru jer baik demam. so baru teringat hari nie ada pasar malam kat bahagian seberang jalan sana tu. lama tak g pasar malam. kebetulan 1st time aku g sana. start motor n gerak arr. aku g sorang je. membe2 rumah lain sume balik keje jam 11mlm.
kire panjang gak pasar malam kt situ. peniaga dia memang 1 Malaysia lah aku cakap. 3 bangsa utama dalam negara iaitu melayu, cina dan india. tapi faham2 jelah kalau dah namanya berniaga kaum cina lah yang mendominasi n jadi majoriti peniaga dalam negara. tapi untuk makanan aku cari lah kedai melayu. tadi aku g pasar malam belum lagi sesak dengan pembeli. mungkin hari masih renyai2 ataupun dowang belum semua yang balik kerja. 
nie senarai barang2 yang aku beli kat pasar malam tadi : 2 seluar pendek RM11.00 , sesikat pisang RM3.50 , mee ayam   RM3.50 , ayam rangka RM3.50 , tahu panas RM1.00 , putu piring RM2.00 JUMLAH RM24.50 ..

MEMBACA IALAH HOBI AKU

Diantara banyak2 hobi yang aku suka buat, membaca ialah hobi utama yang paling aku suka lakukan. tak kiralah apa juga bentuk bahan bacaan sekalipun. buku2, majalah, surat khabar ke atau informasi ilmu melalui internet. ada masa terluang aku akan baca. melainkan kalau aku terlalu penat kerja so tak akan baca. kalau g merayap kemana2 kt shopping kompleks tak sah kalau tak masuk gedung buku. walaupun tak beli buku sebab kadang2 tak ada duit  tapi dapat belek2 pun jadilah. 
dulu memang banyak aku simpan buku2 macam motivasi, majalah n novel pun ada yang aku buat koleksi. tapi sekarang dah tak banyak yang tinggal. sebab ada orang yang pinjam, aku bagi kat kawan2, n ada yang terpaksa aku tinggalkan dirumah2 lama sebabnya tempat baru tak ada ruang yang cukup nak simpan buku2 tu semua. sekarang nie dah kerja bolehlah aku beli buku2 lagi. maklumlah dah bergaji. kalau tak pun aku baca bahan ilmu melalui internet jer. 

Thursday, February 24, 2011

TAK ADA AKTIVITI LUAR MELAINKAN DOK RUMAH JER

start isnin lepas sampaikan hari nie aku training dari jam 9am n balik jam 5pm. memandangkan aku demam dah 4 hari jadi habis jer training memang aku terus balik rumah. rehat2kan badan. makan ubat. sebenarnya dah berkali2 boss suruh aku buat OT lepas training sampai jam 11mlm. tak ingin aku. badan pun masih sakit2 sebab tak baik lagi. nanti lain pula jadinya. pk duit punya pasal tapi demam tak sembuh2 pulak. lagi parah.
dah 4 malam memang tak keluar rumah langsung. kalau tak sakit dah lama aku 'sesat' g sunway ke kelana jaya ke. sanggup pulak aku balik malam2 buta walaupun esoknya kene keje syif pagi. inilah kelebihan demam agaknya. 'dia' tak bagi aku selalu merayap malam2 kowt. takpe2. dah nak baik dah nie. esok aku cuti. boleh g mana aku nak g. hehehe.
kalau dok rumah malam2 tak ada lain aktiviti boleh buat melainkan main internet, tengok tv, belek2 majalah. tu jer. kalau aku belum tido lagi n budak2 rumah balik keje jam 11mlm so borak2 lah kejap. 4 hari nie aku tak makan malam. sebab selera tak ada. demam punya pasal lah nie. esok aku cuti aku nak g cari ikan keli sambal, tomyam n macam2 yang aku rasa mengidam sangat2 saat nie. harap2 esok petang tak lah hujan. senang siket nak ke mana2. pantang dah sihat siket aku nie pk nak merayap memanjang jer..
aku memang suka kuar jumpa membe2. tapi ada 3 , 4 membe kt sana yang demam gak. musim demam sekarang nie. jaga kesihatan dowh. keje bagai nak gila sebab nak gaji punya pasal tapi badan sakit pun tak boleh sangat. so seimbangkan lah antara kerja dengan rehat.  

Tuesday, February 22, 2011

AKU TAK HAPPY KERJA

inilah hakikat dan realiti sebenar yang aku depani dalam dunia kerjaya apabila kerja yang disangka2 akan buatkan aku happy akhirnya lain pula jadinya. dulu sebelum aku mohon kerja nie aku ingat nie lah antara kerja yang terbaik untuk aku untuk membina kerjaya dalam dunia hotel. sanggup aku tolak dan tak terima jawatan2 yang pernah aku dapat sebelum nie. semata2 kononnya nak lebih fokus ke arah bidang yang aku belajar masa di U dulu.
benar kata orang dalam hidup nie ' yang minat boleh jadi tak minat, yang tak minat boleh jadi minat '. sebenarnya ada beberapa alasan sebab aku katakan kenapa aku tak happy kerja di department baru sekarang nie. rasanya tak perlulah aku cerita apa masalah2nya. harap aku masih dapat bertahan demi menambah pengalaman. bila pk2 semula rasa macam rugi pula tak terima kerjaya yang aku dah dapat dulu. tapi dah ter'lajak' so tak apalah. mungkin ada hikmah disebalik masalah.
bila aku share cerita aku pasal kerjaya dalam entri nie bukan bermaksud aku nie jenis yang memilih kerja. pada aku kita berhak mencari kerja yang membuatkan kita selesa dan happy ketika berada dalam kerja tue. biasanya gaji aku letak no 2. nak ikotkan kerja aku dulu gajinya tak lah besar sangat. kerja pun agak berat tapi keadaannya best sebab tue masa jadi graduan U pun aku masih datang kerja tempat lama buat partime walaupun sanggup balik 4 , 5 pagi. 
kalau kerja dapat gaji best tapi kita tak happy dalam situasi tue pun tak guna juga. mungkin baru2 bolehlah tahan tapi kalau makan masa lama keadaan masih tak berubah malah lagi teruk siapa yang boleh terus 'menetap' dan sanggup kerja. nak dibandingkan kerja dulu dengan sekarang jauh beza. kerja dulu lagi teruk kalau nak diikotkan. tapi kalau ada yang tertanya2 kalau kerja aku sekarang lagi senang dari kerja dulu dan apa sebab aku tak happy tue biarlah aku simpan dulu apa alasannya.
cabaran dunia kerja nie memang hebat. apa2 juga kerja pun banyak suka dukanya. jadi pandai2lah bawa diri. akhir kata, tak ada siapa yang berhak menentukan hala tuju dan arah hidup kita melainkan diri kita sendiri. hanya diri sendiri yang boleh meletakkan siapa kita nak jadi dalam hidup nie...

Monday, February 21, 2011

PUNCA DIRIKU DEMAM

pagi ahad lepas aku dah dapat rasa badan nie tak sihat. dah mula batuk2. mungkin berpunca aku kerja syif malam selama 7 hari. tambahan pula keje syif malam memang tak ada masa untuk rehat. pandai2lah aku curi masa untuk duduk kalau tak ada order yang perlu dihantar kebilik. tapi guest yang menginap kat Shangrila hotel pernah ke yang tak ada minta order sekalipun waktu menunjukkan jam 3 @ 4 pagi. ada je yang call bawah minta order makan lebih2 lagi kalau mat salleh. mereka mana reti nak tido..
hari ahad balik keje jam 4 pagi tapi aku g lepak kt mcd dengan sowang lagi membe hotel. borak2 sambil beli makan sarapan. gerak balik rumah jam 7 pagi. sampai rumah mandi n online sekejap sampai jam 8 lebih. then aku tido. tido siang beza dengan tido malam. memang kerap terjaga2. walaupun aku dah mula batuk menandakan aku tak sihat tapi tetap juga nak pergi jumpa2 kawan2 kat area sunway n kelana jaya. dari ampang ke sana kalau naik motor cuma amek masa dalam 30 minit je nak sampai. jam 5 petang aku gerak. dalam pertengahan perjalanan hujan turun kat federal highway. aku berhenti kejap dan pakai baju hujan. sampai2 kelana jaya aku terus g makan kt giant dengan keadaan baju dan seluar basah. tak kesahlah basah janji perut yang lapar perlu diisi dengan makanan. nama jer aku pakai baju hujan tapi kalau dah lebat sangat2 air masuk juga dalam baju.
dah kene hujan aku tak terus mandi. g melepak pula kat rumah membe di mentari court sampai jam 11 malam. memanh cari naas jawapanya. time kt sunway rumah membe aku dah mula menggigil. pada awal paginya cuma batuk tapi badan dah tak sedap sangat2. aizudin bagi 2 biji active fast dan aku telan. masa perjalanan balik rumah ampang aku singgah kedai beli penadol solubel pula. sampai rumah makan sebijik. then online sekejap dan terus tido awal sebab aku ada training pagi nie jam 9am. time malam badan makin sakit2. kerap kali terbangun. aku g buang air dan makan ubat. dengan harapan demam aku pulih bila aku bangun tido pagi nie..
disebabkan aku selalu terbangun malam jadi aku tak cukup tido. tak mahu tak walaupun demam makin teruk  kenelah juga aku g training. kat bilik training aircond bukan main kuat. tambah2 lah demam aku makin teruk. waktu rehat pun aku tak ada selera nak makan. aku g tido kat restroom. nasib baik trainer ada yang seronok. tapi bila tang menerangkan informasi terlalu slow membuatkan mata aku betol2 nak tertutup sebab membosankan dan aku mengantuk sangat sebab tak cukup tido. akhirnya masa yang ditunggu2 untuk balik jam 5 pun tiba. aku singgah shell beli ubat dan 100 plus. makan sebijik n terus tido. masa aku taip entri ni baru je bangun tido. singgah jap tengok facebook n blog. saat ni badan masih lenguh2. kejap lagi sambung tido balik sebab esok masih lagi ada training sampailah hari khamis nanti. harap2 dengan makan ubat n tido yang cukup aku aku kembali ok pagi esok...

Sunday, February 20, 2011

hari ahad hari aku cuti merehatkan badan dan minda

selamat pagi ahad 20 februari 2011. kebetulan hari nie aku cuti. rehat lah sepuas2nya kat rumah sorang2. budak2 rumah semua keje hari nie. nie pun aku baru lepas mandi dari balik keje. dah 7 hari aku keje syif petang sampai pagi. memang memenatkan. tambahan pulak hotel sibuk sekarang nie jadi nak tak nak kalau boss suruh overtime kenelah buat.
saat menulis entry nie mata aku dah mengantuk sangat2. minda pun dah tak mampu nak fikir panjang. badan plak dah lenguh2 minta diurut. entah sampai jam berapa agaknya aku akan tidur hari nie. kalau rajin petang nanti lepas asar aku nak kuar pergi jumpa n lepak2 dengan member2 kat area sunway dan kelana jaya...

Saturday, February 19, 2011

rinduku pada keluarga di Johor


rindu kat keluarga dan rakan2 di johor bertandang dalam jiwa walaupun baru 2 bulan aku tak balik sana maklumlah aku baru saja mula kerja selepas habis study bulan 12 tahun 2010. bukan sengaja tak mahu balik. lagipun cuti yang ada bukannya banyak. 


rumahku syurgaku


keluargaku ( tapi aidil xda dalam pic ni sbb dia mmg x suka amek gambar )

tak sabar rasanya nak balik johor. nak rehat2 dan jumpa kawan2 juga..

Friday, February 18, 2011

syif petang yang cukup memenatkan

dah 5 hari aku keje syif petang. masuk jam 7pm sehinggalah jam 3am. tapi dah beberape hari nie aku tak dapat balik jam 3am tapi terpaksa overtime sehingga jam 5am dan 6am..cukup meletihkan...apa boleh buat dah namanya aku cari rezeki terpaksalah aku ikut arahan department..hotel sekarang memang sibuk..memandangkan aku bekerja sebagai room service waiter yang menghantar makanan ke bilik dan akan berdepan dengan 1001 macam perangai guest dan kehendak mereka..
Shangrila ada 662 buah bilik yang mempunyai 28 tingkat..department aku dan kitchen di floor Lobby..bayangkan jika aku terpaksa menghantar makanan ke bilik2 yang ada mengOrder..semestinya terkejar2 tambahan lagi jika service lift pun sibuk pada waktu yang sama..lagi dahsyat kalau staff x cukup..parah jadinya..
keje kt hotel dah lali dengan kehendak guest yang pelbagai...jam 3, 4 pagi masih belum tido malah masih lagi berminat untuk mengorder makan..
apa2 pun demi keje terpaksalah lalukan juga walau penat macam mana pun..

Saturday, February 12, 2011

masalah password

sudah hampir sebulan aku tak dapat menulis entri blog sendiri semata2 aku terlupa password blog..di sebabkan aku belum lagi membayar bil broadband dan kesibukan kerja di hotel menyebabkan aku jarang2 sekali dapat meluangkan masa untuk blog..akhirnya aku terlupa passwordnya..
dengan pertolongan sahabatku aizudin akhirnya berjaya juga mencari kembali password yang dah lupa...terima kasih banyak2 yb....ikuti entri aku yang seterusnya nanti ..