Monday, July 11, 2011

PENGALAMAN DUNIA HOSPITALITI

Buat pengetahuan semua aku betul2 melibatkan diri dalam bidang hospitaliti bermula di sekolah menengah lagi. hospitaliti ni boleh dikatakan juga kerja2 yang berdepan ataupun tidak secara langsung berhubung dengan pelanggan. kire customer service lah. waktu disekolah menengah aku amek matapelajaran ekonomi rumah tangga. dari saat tu banyak lah aktiviti2 yang melibatkan diri aku bertemu dengan orang ramai.

zaman sekolah ada buat partime waiter di hotel2 yang dekat dengan sekolah. habis spm tahun 2003 aku kerja kat restoren kfc untuk beberapa bulan then aku tukar ke shopping komplek jadi promoter. aku suka berjumpa orang sebab tu aku terlibat dalam bidang hospitaliti secara tidak sedar. aku ni ikut sikap mak yang suka berkawan yang terlibat dengan acara2 dan aktiviti kat kampung. tapi kadang aku akan ikut sikap abah pula. pendiam dengan tiba2. hahaha.

masuk tahun 2005 aku datang kuala lumpur terlibat pula dengan dunia airlines buat sementara waktu je. impian sebagai pramugara telah tersemat dalam diri sejak dulu lagi. aku ada sijil airlines tau. jangan main2 yer..hehehe. tapi sekarang aku kerja lain. aku tahu juga perjalanan dunia penerbangan ni macam mana. maklumlah sajelah airlines juga merupakan bidang hospitaliti. 

setelah beberapa bulan dalam hospitaliti penerbangan aku masuk pula ke dunia hotel. hotel pertama yang aku datang apply keje ialah shangri-la kuala lumpur. alhamdulillah aku dapat keje kat sana. macam2 bentuk keje aku buat. dalam hotel aku pernah keja jadi waiter, jadi staf kitchen, dan juga sebagai steward. kat hotel pun ada steward juga tau tapi steward hotel tu bahagian mencuci dan jaga barang2 kelengkapan hotel. tak sama macam steward kapal terbang dunia penerbangan.

bila aku tengok bidang hospitaliti ni mudah nak dapat keje jadi aku amek keputusan nak sambung belajar. so aku berhenti hotel then masuk unirazak jurusan pengurusan hotel. dalam tempoh 2 tahun setengah diploma aku habis. dalam tempoh 2 tahun setengah tu juga aku masih tercongok buat partime kat shangri-la. alhamdulillah kalau nak cakap selok belok keje hotel aku tak ada masalah sangat. aku lebih terjurus ke arah bahagian food & beverage. sebab aku suka makanan. walaupun seni kulinari juga dimasukan dalam hospitaliti tapi aku memang tak berapa pandai masak. sekalipun dulu pernah jadi pembantu dalam kitchen. 

sampaikan saat aku buat praktikal pun masih di shangri-la. aku tak pernah pergi hotel lain melainkan SLKL kt kuala lumpur ni. tamat diploma tahun lepas aku masuk balik shangrila jadi room service waiter. tambah lagi pengalaman baru. macam2 ragam guest aku dah jumpa. kalau keje waiter banquet dulu lagi lah banyak pengalaman. mananya tidak. aku pernah serve presiden indonesia susilo bambang hudoyono. presiden filipina masa tu gloria macapagal aroyo, perdana menteri singapura, menteri2, kerabat diraja dan ramai lagi. kalau artis2 jangan cakap lah. aku sangat happy walaupun keje tu sangat penat. 

keje hospitaliti nie banyak juga benefit yang aku dapat. dapat ke negeri/negara orang dengan free ikut company. paling aku tak akan dapat lupakan aku dapat peluang ( diberi tanggungjawab ) jadi server kepada kerabat diraja arab saudi di istana negara. bangganya dapat tengok raja Abdullah depan mata. well, seronok2 juga tapi keje kene ikut protokal dan standard yang sangat ketat dan teratur. maklumlah semua yang aku depani ialah insan2 yang berpengaruh dalam dunia ni.

bila dah keje dengan syarikat internasional ni memang mudah jumpa orang2 besar dunia. secara tidak langsung aku dapat tahu sikap dan perangai mahupun kehendak dorang. yang baik aku tengok depan mata, yang tak baik pun aku tengok depan mata. aku tak boleh cerita lebih2 kat dalam entri ni. buta2 nti aku kene tahan dek pihak tertentu. hahaha..tapi sure sangat aku kalau aku cerita mesti korang tak akan percaya dengan semua nie mengenai sikap orang2 besar.

alkisah aku kat shangrila sampai bulan april 2011 je. then aku berhijrah pula ke oldtown. ada pangkat sikit. jadi supervisor merangkap outlet head kat subang perdana, bukit tinggi klang, plaza shah alam dan sri manja petaling jaya. bila ada pangkat bukan mudah kejenye. banyak cabaran dan dugaan. kita akan bertanggung jawab dengan apa juga situasi yang berlaku kat outlet. 

restoren juga ialah hospitaliti. dah banyak sangat kerenah customer aku jumpa. ada yang minta sesuatu yang tak masuk akal pun ada. lari dari bayar makanan pun ada. komplen tak berasas pun ada. yang tak reti sabar tu jangan cakaplah lagi. dah penat dah aku nak layan. kadang2 moto ' customer always right ' tu aku tak guna sangat. hadiah paling indah apabila customer/ guest/ passenger yang aku handle hormat dan berterima kasih kepeda aku atas apa jua yang aku buat. tak perlu cakap tapi dengan senyuman saje dah cukup buat aku happy keje sepanjang hari.

dunia hospitaliti mungkin juga sudah sebati dalam hidup aku. tapi kadang2 juga aku sudah sangat penat dengan bidang ni. rasa macam nak ubah kerjaya lain je selain bidang hospitaliti. aku dah tak nak jumpa orang ramai selalu. aku dah tak nak lagi jadi customer service. penat, penat, penat..tapi keje mana yang tak penat kan. tapi entah lah, apa yang boleh aku harapkan sekarang aku akan terus kekal dalam dunia hospitaliti. tapi andai kata satu hari nanti allah ubah kerjaya aku, so aku akan pasrah terimanya. dan aku cuba mempelajari perkara baru dalam kerjaya. insyaallah mudah2 perjalan hidup aku akan lancar dan mengembirakan..amin

8 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Saya Zul 22 thn dr Puchong.. sekarang saya dlm kursus jangka pendek 6 bln dlm bidang Bakery n Confectionary dkt Giatmara Pandan Ampang sesi Jan-Jun 2015..
    Saya suka baca ttg pengalaman Abg Rashid mgenai hospitaliti ni.. bagus sngt.. Abg tak putus asa dlm mlakukan pelbagai perkara..
    3 hari lepas ada seorg Wakil datang ke Giatmara kami menanyakan ttg ada kekosongan utk kerja part-time dlm bidang hospitaliti slps kami tamat kursus nti.. saya tertanya2 apa itu Hospitaliti.. kerja kt Hospital ke? haha..
    Jadi saya Google2 terjumpa blog Abg..
    Terima kasih atas kesudian berkongsi pengalaman.. ia juga sedikit sebanyak mberi pndedahan mgenai apa itu bidang Hospitaliti.. Sedikit sebanyak juga dapat dijadikan panduan dan inspirasi dlm memajukan diri sendiri..
    *saya pun tak suka dgn ungkapan "Customer always Right"... pd saya ia mgikut keadaan.. kdg2 customer saja buat masalah kemudian myalahkn kita pula.. saya pernah bekerja di sebuah stesen minyak di Puchong sbg Cashier/ Customers service selama 3 1/2 tahun.. di sana pelbagai ragam manusia saya temui.. perlu bersemuka dgn pelanggan dan beri layanan yg terbaik.. itu pengalaman saya.. saya tak berapa pasti jika saya boleh minatkn diri utk memasuki bidang Hospitaliti ini.. tetapi saya akan cuba.. In Shaa Allah..

    Facebook saya : Dzul Karnain
    Terima kasih :-)

    ReplyDelete
  2. abang.. kos hospitaliti ni memang kerjaya nya "customer servise" je eh

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum. saya ni lepasan spm and dpt course pengurusan hotel dkt uitm. tapi hati ni berbelah bagi and tak yakin haha. tp lepas baca abg punya blog, ada lah sikit hilang rasa susah hati haha tp nak tahu lebih lagi pasal hospitaliti ni. boleh cerita kan lagi tak haha

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum. saya ni lepasan spm and dpt course pengurusan hotel dkt uitm. tapi hati ni berbelah bagi and tak yakin haha. tp lepas baca abg punya blog, ada lah sikit hilang rasa susah hati haha tp nak tahu lebih lagi pasal hospitaliti ni. boleh cerita kan lagi tak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. adikbole lawat site sis studypelancongan.blogspot............dlm tu clear akak story pasal program tourism ni..or wsp la 011-16930576

      Delete
  5. bagus sekali..kite geng la ya..sy pun dri hospitality juga..trbaik perkongsian..moga mmebuka mata ramai pelajar utk terus dlm dunia hospitality..hihi..pd adik2..yg mungkin perlukan advice..bole ke blog https://studypelancongan.blogspot.com/2013/01/3-tahun-diploma-tourism-management.html tapi sis dh tukr no 011-16930576--sis perunding akademik dan kaunselor..nak tye pendpt ke bidg apa sesuai silakan..hihi..

    ReplyDelete
  6. Saya bekerja di shangrila hotel dah 24 tahun sampai sekarang, sangat lah penat dan stress

    ReplyDelete