Thursday, July 21, 2011

TRAINEE FLOOR MANAGER

hari ni tak kerja jadi tadi tengahari aku pergi 1 interview kat damansara utama. aku terima email suruh datang temuduga hari nie. so aku datang lah jam 12 pm. company ialah macdonald dan jawatan yang diberi ialah trainee floor manager. waktu aku sampai tadi dah nak dekat lunch hour. nasib baik masa tu aku orang terakhir yang dibenarkan masuk dalam bilik interview. kalau aku lambat tadi alamatnya aku terpaksa tunggu jam 2.30 pm selepas semua staff naik rehat.


2 panel interview, seorang lelaki dan seorang perempuan. soalan pertama seperti biasa suruh aku memperkenalkan diri. dan mula berbagi2 soalan dan jawapan. alhamdulillah aku sangat berpuas hati dengan setiap jawapan yang aku beri. idea yang aku lontarkan kepada panel pun diterima. cukup gembira apabila panel tu sebut ' good ' dengan jawapan2 aku. bukan nak berbangga diri tapi pengalaman hidup akan mengatasi segalanya. syukur sangat.


walaupun tadi aku masih mengantuk yang teramat sangat disebabkan semalam aku balik kerja jam 12 malam. ditambah2 pula kerja yang banyak. aku terlalu letih sehingga tidur pun x lena. lagi dahsyat pagi tadi aku keluar pergi beli nasi lemak kat bawah. bertmbah ngantuk lah jadinya. aku gagahkan juga ke tempat interview. saja nak cuba2 jawatan trainee floor manager kat macDonald. dipendekkan entri, aku berjaya untuk jawatan itu. sekali lagi aku bersyukur pada tuhan. panel pun beri peluang kat aku untuk pilih tarikh mula bekerja. aku akan bagi jawapannya minggu depan selepas keputusan kerja kerajaan keluar. 


aku saje je nak tengok samada kelayakan aku masih boleh dikategorikan laku atau tak. alhamdulillah kalau masih dalam bidang hospitaliti memang aku ada peluang cerah dan rezeki yang baik. tak cuba tak tahu, dah cuba baru tahu. cewahhh

4 comments:

  1. bgus shid....buat yg terbaik...HUHU
    gud luck dude...

    ReplyDelete
  2. kat macd dapat wan. tapi aku tgu result kerajaan kuar dulu. baru aku buat keputusan baru.

    ReplyDelete
  3. Salam bro.. Samir d cni.. memang tak kenal, tp entry ko ni menarik minat since terniat nak apply trainee ni.. amcm, jd join mcD ke x?
    Mmg dorang prefer bdk hotel ke? Ape skop soalan2 intvw die..? HArap sudi berkongsi.. tQ =)

    ReplyDelete
  4. salam bro...saya pun baru dpt sms srh dtg interview kat coffee house hotel. what do u think?pa gak solan2 dorg tu ek??...selain "tell me about yourself"..

    ReplyDelete