Tuesday, August 2, 2011

TERASA HATI

lebih baik aku berdiam saja. buat2 seperti tak ada apa2 yang berlaku. demi menjaga perhubungan. tapi hanya tuhan saja yang tahu perasaan aku sekarang ni. terasa hati, kecik ati, terguris hati boleh disatukan menjadi frasa yang sama. terasa hati dengan sikap beberapa orang insan. 


usah berahsia2 dengan aku. sebab kelak aku akan tahu juga. dan sekarang aku juga sudah tahu perkara itu. kenapa tidak berterus terang saja. bukankah itu perkara yang mudah. aku jarang2 sekali terasa hati tapi kali ini aku betul2 tewas dengan sikap sesetengah pihak. 


aku bukan budak2 yang mudah ditipu. memang aku jenis yang tak banyak mempertikaikan sesuatu. mungkin disebabkan tu bagi sesetangah pihak aku ni jenis yang lurus. tidak! sebenarnya setiap kata dan perilaku orang aku akan menganalisa. 


andaikata aku ada buat silap ya aku mohon kemaafan. sedar mahupun tidak aku sudah jarang2 mahu amek tahu hal2 sekeliling disebabkan timbulnya isu2 sebegini. maaf jika ada yang terasa hati dengan setiap apa yang aku katakan ini mungkin benar sama sekali. aku tak kan perlu lagi amek tahu sekalipun bertanya khabar bagi mereka2 yang berdiam membisu. sekian..

Saturday, July 23, 2011

ENTRI TERAKHIR

Aku akan kembali selepas aku berjaya. salam hormat buat semua pembaca. 

Friday, July 22, 2011

PERTANDINGAN DEBAT PERPADUAN

aku dan team sekarang berada di perak. ada pertandingan debat perpaduan di utp. tapi tempat menginap di myra iaitu akademi pekerja ktm. ni kali kedua aku ke utp. partama kali jejak tahun 2009 waktu tu ada debat alam sekitar. kami berkampung disini sehingga hari selasa depan.


sekarang dengan semua ahli2 debat unirazak berada dalam 1 bilik. bersungguh2 mencari fakta kes. aku pula amek masa taip entri ni. yb vasagi satu2 wanita dalam bilik. serikandi yang akan menyinar pada hari esok.
semoga debat kali juga akan memberi kepuasan seperti debat2 yang terdahulu. good luck to all pendetar team.

Thursday, July 21, 2011

TRAINEE FLOOR MANAGER

hari ni tak kerja jadi tadi tengahari aku pergi 1 interview kat damansara utama. aku terima email suruh datang temuduga hari nie. so aku datang lah jam 12 pm. company ialah macdonald dan jawatan yang diberi ialah trainee floor manager. waktu aku sampai tadi dah nak dekat lunch hour. nasib baik masa tu aku orang terakhir yang dibenarkan masuk dalam bilik interview. kalau aku lambat tadi alamatnya aku terpaksa tunggu jam 2.30 pm selepas semua staff naik rehat.


2 panel interview, seorang lelaki dan seorang perempuan. soalan pertama seperti biasa suruh aku memperkenalkan diri. dan mula berbagi2 soalan dan jawapan. alhamdulillah aku sangat berpuas hati dengan setiap jawapan yang aku beri. idea yang aku lontarkan kepada panel pun diterima. cukup gembira apabila panel tu sebut ' good ' dengan jawapan2 aku. bukan nak berbangga diri tapi pengalaman hidup akan mengatasi segalanya. syukur sangat.


walaupun tadi aku masih mengantuk yang teramat sangat disebabkan semalam aku balik kerja jam 12 malam. ditambah2 pula kerja yang banyak. aku terlalu letih sehingga tidur pun x lena. lagi dahsyat pagi tadi aku keluar pergi beli nasi lemak kat bawah. bertmbah ngantuk lah jadinya. aku gagahkan juga ke tempat interview. saja nak cuba2 jawatan trainee floor manager kat macDonald. dipendekkan entri, aku berjaya untuk jawatan itu. sekali lagi aku bersyukur pada tuhan. panel pun beri peluang kat aku untuk pilih tarikh mula bekerja. aku akan bagi jawapannya minggu depan selepas keputusan kerja kerajaan keluar. 


aku saje je nak tengok samada kelayakan aku masih boleh dikategorikan laku atau tak. alhamdulillah kalau masih dalam bidang hospitaliti memang aku ada peluang cerah dan rezeki yang baik. tak cuba tak tahu, dah cuba baru tahu. cewahhh

Wednesday, July 20, 2011

KISAH BENAR YANG LUCU TAPI MENYERAMKAN

hahahaha. title aku kali ni pun akan membuatkan pembaca entri tak sabar2 nak baca blogaku kan. ni hah aku nak share 1 cerita yang agak lucu tapi seram jugak lah. aku pun gelak terbahak2 bila fikir kan hal ni. cerita ni bukan nak aibkan pihak yang satu tu. lagi pun aku tak mention nama dia dalam entri aku kali ni. sekadar cerita lucu dan akan jadi pengalaman yang tak akan aku lupakan sehingga akhir hayat aku.


terus terang aku cakap aku ni bukan lah handsome mana pun macam budak2 lelaki lain kan. tapi masih lagi ada insan2 yang tetap berkenan dengan aku. hahaha. terima jelah seadanya. terima kasih aku ucapkan kepada mereka2 yang sudi berkawan dengan aku. kawan boleh tapi nak lebih2 tak boleh lah yer.


dipendekkan cerita, aku ada seorang boss lelaki yang sedia maklum memang mana perwatakan dia lembut. macam aku juga lah. tapi lembut2 aku tak lah sampai berdandan seperti perempuan. waktu aku datang interview dulu memang dia lah yang jadi panel penginterview sekaligus merangkap boss yang amek aku kerja. saat interview lagi aku dah mula nampak lain macam dengan kelakuan dia. waktu tu aku tak amek kisah lah sangat kan. 


bila aku dah mula kerja under dia mulalah belang warna warni dia buka. dia terlalu amek berat pasal diri aku. aku tak cakap banyak cuma agak berhati2 dengan kelakuan dia je. marah aku jauh sekali lah walaupun aku ada buat silap pasal kerja. sayang beno dia kat aku. tapi aku siket pun tak ada hati kat dia. bukan sebab dia agama budha atau ape2 pun. tapi memang kenyataan aku cuma anggap dia sebagai boss aku je.


mula2 dia ada gak suruh budak2 lain merisik aku samada aku ada cinta hati ke tak. aku dah dapat agak dah soalan tu mesti datang dari dia walaupun budak2 tu tak nak bagitahu siapa gerangan orang yang suruh tanya soalan kat aku macam tu. hahaha. then aku direct je tanya balik budak tu mesti boss yang suruh tanya kan. aku terus terang je yang aku dah ada buah hati pengarang jantung. ajar siket dia tu. hahaha. bukan nak sakit kan hati boss sendiri tapi aku akan jadi kurang selesa kalau dia mahukan lebih2 dari aku.


bila berjumpa kat tempat kerja tak ada pula dia bertanya kan itu ini pasal hubungan atau suka aku ke apa. tahu pula diam kononnya profesional ataupun ,malu sebenarnya pun aku tak tahu. aku pun hormat dia sangat2 sebab dia boss aku. semua arahan dan tunjuk ajar dari dia aku cuba ikut walaupun aku akan bangkang untuk beberapa hal dan perkara yang aku rasa tak boleh terima. dia pun bukan jenis marah2 kan staff. aku syukur juga jumpa boss macam dia. 


yang hebatnya boss aku ni bila jumpa kat tempat kerja diam pula tapi saat aku balik kerja mula lah hantar mesej berpuluh2. ajak itu lah ajak ini lah. aku dah banyak kali mengelak setiap ajakan keluar dari dia. terus terang memang aku sedaya upaya nak mengelak dari dia. kalau pasal kerja tu tak apelah kan. aku tak anggap lebih2 tapi dia pula yang over kat diri aku ni. pelik aku. hahaha


kadang2 bila aku kat rumah online dia akan masuk chat. mula2 tanya khabar. padahal kalau kat tempat kerja dah sedia tahu aku sihat walafiat. nak ngorat aku lah tu. nak mengayat si pemenang oscar memang tak dapat lah beb. bila chatting dia selalu keluarkan kata2 lucah kat aku. alamak aku seram lah. kalau dia orang yang aku suka tak apelah. ini bukan saja tak ada hati malah perasaan suka pun tak ada. kesian? tak ada maknanya kesian lah jemah oi. geli geleman aku dibuatnya ni hah. seram kau. 


tapi demi nak jaga hati dia aku layan kan je setiap cakap2 dia. aku bagitahu dia kawan2 biasa boleh tapi lebih dari tu harap maklum dipersilakan mandi bunga dulu. wahh..buatnya dia mandi bunga ke apa. mati aku. hahaha. aku rasa tak ada lah dia akan buat semua tu kan. harap2 lah tak terjadi perkara yang tak diingini berlaku. selisih malaikat 44. aku cuma anggap dia sebagai boss je.


untuk boss saya say sorry banyak2 ok. saya tak pernah ada hati kat boss jauh sekali jatuh cinta kat boss..harap maklum. jangan bersedih pulak ok boss. walaupun boss tak tahu yang saya taip entri ni. kalau boss terbaca pun buat2 tak faham ok. jangan marah dan jangan bunuh diri pulak. hahahahaha. sekian..

Tuesday, July 19, 2011

TIDAK SEMUA YANG DIRANCANG AKAN TERLAKSANA

kehidupan normal setiap manusia akan merancang apa jua perkara yang ingin dilakukan tak kira lah dalam waktu yang terdekat ataupun lama. termasuk juga aku. cewahh..perancangan awal sangat penting untuk memudahkan perkara yang akan dibuat agar tidak terkial2 di minit2 terakhir.


dalam bulan ni aku ada buat persediaan untuk beberapa perkara. antaranya ialah plan jalan2 pergi melaka dengan noyihin seorang sahabat universiti, berjumpa seseorang untuk berbincang mengenai satu bisnes dan satu lagi ialah interview di malaysia airlines pada hari sabtu ni. aku dah buat persediaan yang cukup rapi untuk itu. tapi semalam jushua bagitahu aku akan terlibat dengan pertandingan debat di universiti teknologi petronas. kami akan bertolak hari jumaat dan akan berada disana sehingga hari selasa depan. sungguhpun sekarang aku sudah bekerja namun disebabkan belum lagi konvo jadi aku boleh melibatkan dan menyertai apa juga aktiviti yang ada diuniversiti. cuti kerja bisa diatur.


bulan 6 lepas memang aku ada bagitahu ahli debat universiti yang aku nak libatkan diri dan pergi UTP. tapi keadaan senyap untuk seketika jadi aku rasakan aku tak terpilih ke sana disebabkan beberapa hal. so aku abaikan. then aku mula fokus kepada perkara yang nak dibuat bulan julai ni. tidak mahu tidak aku kene pergi juga ke pertandingan debat demi membantu sahabat2 yang lain.


kadang2 aku juga terfikir pasal kepentingan diri wajar diutamakan berbanding hal2 lain. maksudnya aku mesti buat perkara2 yang aku dah rancang sedia awal. tapi bila difikir balik adakalanya statement ' bukan setiap perkara yang kita rancang akan terlaksana ' tu terpaksa aku terima. umpama juga impian, tidak semua impian yang tersemat dalam diri kita akan tercapai. tapi tidak bermakna perkara2 yang aku terpaksa korbankan sekarang akan menjadi penghalang untuk aku lakukan lagi dimasa akan datang. barangkali sekarang bukan masa yang tepat dan aku punya masa dan peluang lagi dimasa akan datang untuk aku rancang dan laksanakan perkara tersebut. insyaAllah.

Monday, July 18, 2011

PELIK BIN HAIRAN BIN ANEH BIN MUSYKIL

Baca je title entri kali ni mesti semua orang pun sama2 jadi pelik. yang aku maksudkan ialah handphone aku yang hilang hari rabu lalu. aku jadi pelik dan tertanya2 kenapa handphone aku masih lagi boleh dengar ringing bila aku atau siapa2 buat panggilan. hari ni dah masuk hari ke 6 handphone tu lesap.tercicir kat tepi jalan ke atau tengah jalan pun aku tak pasti. 

kalau benar hp tu dah dijumpai oleh sesiapa aku yakin mesti orang tu akan off kan hp aku. sekalipun dia tak matikan hp tapi kenapa dia tak nak jawab setiap panggilan masuk. tapi kalau belum ada orang jumpa hp tu takkan lah bateri boleh bertahan sehingga hari ni. dah 6 hari dah tak bercas. hebat.

aku dah call maxis centre untuk block no aku. orang maxis tu pun mintak lah macam2 pasal butir2 diri aku. aku dah bagi siap alamat rumah waktu daftar no tu. dia bagitahu time tu juga kata no aku dah di block automatik. tapi malam ni aku try budak rumah call no aku saje2 tapi masih lagi boleh dengar ringing. tu yang pelik tu. esok aku nak call maxis centre balik nak confirm kan pasal hal ni. aku tak nak ada orang yang mempergunakan no aku untuk kepentingan diorang.