Thursday, April 28, 2011

ESOK EXAM LAGI..MALAM NI STUDY

Esok aku ada exam lagi. knowledge assesment bermula jam 9.30 pagi. dengan harapan aku akan mengembalikan maruah diri selepas exam pada hari isnin lepas result aku boleh dikategorikan lemah dalam prestasi keseluruhan. maka aku dan kawan2 amek kesempatan study sama2 malam nie. lokasinya di KFC usj20 bersebelahan stesen petronas.
10 daripada 15 orang batch aku bersatu datang memeriahkan lagi sesi perbincangan bersama. demi mencapai keputusan yang terbaik kami saling berbagi2 pendapat sesama sendiri mengenai ujian yang akan menjelang esok pagi. harap2 soalan yang keluar mudah2 belaka. 
jam 8 malam kami semua berjumpa. bincang serba sedikit dan perut sudah lapar mahukan diisi menu kfc. aku suruh ayim belikan nasi ayam jom jimat. air aku hanya minum mineral beli di petronas. nak jaga gula dalam badan konon. hehehehe. aku sibuk membaca nota dan menyalin fakta jawapan. dengan penuh semangat jiwa bekerja aku tekun membaca walaupun dalam restoren kfc nie memang hingar bingar dek suara orang. namun tak jadi masalah bagi aku. 
selepas beberapa minit ayim sampai bawa makanan yang aku pesan. aku nampak dia letak 1 bekas nasi sebelah aku. aku mula hairan kenapa nasi ayam jom jimat yang selalu aku makan di packing dalam 1 compartment bulat. bercover pula tu. then aku buka menu yang kononnya nasi ayam jom jimat tu..lepas buka aku tanya ayim apa menu yang dia beli nie. rupa2nya dia salah order. alamak...nak tak nak aku kene lah makan..dalam mangkuk bulat ada nasi + jagung+ potongan ayam...rasanya? aduh susah aku nak habiskan menu baru kfc nie. 

\
aku tak boleh habiskan makanan nie..tak ngam dengan anak tekak aku..

Monday, April 25, 2011

BLUR & BLANK TIBA-TIBA

Hari nie aku ada exam yang dipanggil skill evaluation bagi menilai prestasi setiap pekerja baru di oldtown. aku termasuk dalam group yang pertama akan menjalani ujian. terdapat 3 seksyen yang perlu buat. bar, toast dan kitchen. dengar memang senang tapi sebenarnya bukan sesenang yang disangka. tambahan pula bagi pekerja baru yang belum ada basic s.o.p oldtown macam aku nie. cukup seksa. bukan tak boleh pengalaman keje hotel dibawa ke oldtown tapi dah disebabkan cara dan menu penyediaan totally berlainan jadi memang menuntut aku supaya belajar serta faham s.o.p dengan lebih cepat.
jujur aku bagitahu yang aku cuma buat persediaan untuk exam hari ini dalam anggaran peratusan 70% sahaja. bar dan toast boleh dikatakan sudah mahir tapi belum boleh dikategorikan expert. siket2 boleh lah. untuk kitchen pula aku cuma ada 2 hari jer untuk trainning. jadi kesannya cukup ketara dalam pemahaman dan pengetahuan s.o.p kitchen. memang banyak yang kurang faham. walau macamana pun aku kene juga amek exam hari nie. 2 hari yang ada untuk tarinning aku cuba belajar selok belok apa yang mampu. 
seawalnya aku jangkakan yang aku akan amek exam di kitchen dulu. jadi sampai2 ke outlet jam 6.30 am aku terus study lebih pasal kitchen. maklumlah pengetahuan tentang menu masih kurang. tapi bila sir cheong datang jam 9 disuruhnya aku mula di sekysen bar. bukan aku tak buat ulangkaji dan hafal tapi disebabkan arahan mengejut daripada sir cheong membuatkan aku blur & blank secara tiba2. ketika tu aku dah dapat rasakan aku mula menggigil. entah kenapa agaknya. bukan pertama kali exam dan berdepan dengan orang tapi aku blur pasal s.o.p bar. kesannya aku banyak buat salah sedangkan menu yang aku patut buat adalah sesenang buat air kosong. waktu tu aku agak stress tambah2 pula ramai trainnee lain berkerumun didepan nak tengok group pertama buat exam.
selepas bar aku bertukar pula ke toast. nasib baik kat seksyen nie aku boleh kawal prestasi. perasaan gemuruh dan menggigil pun dah x ada. tapi blur n blank masih terngiang2 dalam kepala otak. akhirnya aku berjaya buat yang terbaik kat sekysen toast. then aku rehat kejap makan nasi lemak special dan white coffee cold. sambil2 lunch aku duduk selak nota menghafal s.o.p bahagian kitchen pula. 
lepas lunch dalam jam 2pm aku dah mula exam kitchen. abang nepal senior kitchen staff yang menilai prestasi aku. dia dah lama keje oldtown jadi komunikasi agak mudah berbanding dengan staf2 warga asing yang lain. sebab mereka masih tak boleh berbahasa melayu mahupun inggeris dengan baik. walaupun aku tahu part2 kitchen masih banyak yang blur2 tapi aku terus nekad untuk lakukan yang termampu. ada 5 jenis hidangan yang perlu aku buat mengikut procedure yang betul tanpa melakukan kesalahan. jika salah aku terpaksa buat balik sekali lagi. jika masih salah berkemungkinan aku kene repeat untuk ujian akan datang. x mahunyer repeat2 nie. letih. dalam kitchen aku habiskan masa selama hampir 2 jam. buat ini buat itu dan menyampaikan setiap langkah2 yang tepat dalam setiap penyediakan hidangan. agak rumit bagi sesetngah menu yang aku tak pernah dengar akan namanya sebelum nie seperti dry egg noodle. memang konfius..
harap2 sangat aku lulus ujian hari nie. aku tak nak repeat2 lagi dah. penat nak menghafal. tapi memang ada baiknya exam seperti nie dibuat untuk setiap staf baru yang join oldtown. pengetahuan dalam kesemua seksyen adalah wajib terutamanya bagi staf yang berjawatan management seperti aku dan kawan2 yang lain. exam untuk kebaikan diri sendiri mahupun syarikat...

Saturday, April 23, 2011

SAHABAT KU PULANG KE SABAH

keputusan aizuddin dan haddie untuk pulang ke sabah memang tak boleh ditahan2 lagi. itu hak mereka untuk kembali ke negeri sabah dibawah bayu. sedih diri ini kerana terpaksa berpisah dengan sahabat2 rapat dan  sukar diungkap dengan kata2. hanya tuhan saja yang tahu perasaan aku sekarang nie. 



di ikea damansara..makan meatball sambil berborak2..

tatkala aku sedang menaip entry kali ini sebenarnya aku baru saja pulang dari KLIA hantar mereka pulang ke sabah. jam tepat menunjukkan jam 1.30 petang mereka terpaksa masuk di balai pelepasan kerana waktu bertolak jam 2pm. 


kenangan bersama di genting highland

aku kenal aizuddin dan haddie pada tahun 2009. masa tu aku jadi pengganti aizuddin untuk masuk pertandingan debat wakil unirazak ke utp. sehinggalah sampai ke hari ini kami masih menggunakan gelaran YB untuk setiap wakil debat unirazak.


merayau ke bukit jalil

masa study aku duduk di hostel manakala aizuddin dan haddie menyewa di perumahan pkns. jika ada masa terluang aku pasti akan bertandang ke rumah mereka untuk berborak2 bersama. selalu juga aku tumpang tido di rumah mereka. kenangan manis tak akan aku lupakan. berborak, berjalan2, bersindir2an, berkaraoke, berdebat, berbowling, makan2, masak memasak, belajar dan banyak lagi memori indah aku bersama mereka.


1 pasukan ke unimap perlis..

kepulangan mereka bukan untuk sementara tapi mungkin sekali buat selama2nya. boleh jadi mereka akan terus menetap dan bekerja dinegeri sendiri. sepanjang 2 tahun perkenalan antara aku dengan mereka berdua terlalu banyak pengalaman manis daripada sebaliknya. alhamdulillah aku jumpa individu2 seperti mereka berdua yang banyak membantu aku tatkala aku dalam kesusahan, memahami isi hati, menghiburkan dan macam2 lagi kenangan manis bersama.


aku, yb fendi, yb haddie dan yb jj di icity shah alam

memang aku tak sangka mereka akan pulang jua akhirnya ke negeri kelahiran. haddie baru saja menamatkan sesi latihan industri di standard charted bank di bukit jalil. aizuddin juga akan mencari kerja di sabah katanya. semoga kalian berdua akan memperolehi pekerjaan yang betul2 kalian minati. cerita hindustan berjudul 3 idiot banyak memberi aspirasi kepada kami untuk terus melangkah dengan penuh bergaya dalam dunia kerjaya. aku doakan mereka berjaya. 



jaga diri kalian dan paling pasti hubungan persahabatan antara kita tak akan pernah hilang walaupun jarak negeri yang kita dipisahkan oleh laut cina selatan. ada masa aku akan bertandang ke negeri sabah pula. aku akan pasti merindukan mereka selalu. ='( 



Friday, April 15, 2011

AKU & OLDTOWN

Dah 3 hari aku trainning sebagai staff baru kat oldtown. best gile yang mampu aku cakap buat setakat nie. aku harap2 sangat kebahagian aku keje sana akan terus berkekalan untuk jangka waktu  lama. selama sebulan aku ditempatkan di outlet usj bersama2 kawan2 baru. kami nie adalah  batch 8. batch paling kepoh paling riuh rendah. selepas sebulan nie aku akan mula berkhidmat kat outlet shah alam pula. kat situ lah semua aspek kepimpinan perlu aku tunjukkan.




korang mesti dah tahu kan apa konsep restoren oldtown nie..sebagai pekerja baru aku mesti belajar setiap benda yang ada dalam restoren termasuk menu yang dijual. dalam sebulan kami akan belajar cara masak, kenal pasti resepi2 dan macam2 lagilah. oldtown lebih berkonsepkan kopitiam yang menjual makanan2 malaysia. paling top ialah pelbagai jenis rasa kopi yang dihidangkan. 


menu yang dijual memang sedap2 belaka, harga sangat2 berpatutan. yang penting oldtown ada sijil HALAL yer..hehehehe


Tuesday, April 12, 2011

HARI PERTAMA

Hari nie 12 april 2011 ialah hari pertama aku kembali keje kat campany baru selepas aku resign di Shangrila KL bulan lepas. company aku sekarang ialah Oldtown white coffee di plaza shah alam. jawatan aku di sana adalah sebagai supervisor outlet. terdapat 15 orang yang melaporkan diri sebagai pekerja baru. semua 15 orang yang datang dari outlet yang berbeza. dapat jumpa kawan2 baru.
aku akan menjalani trainning selama sebulan kat akademi yang terletak di USJ 21. selama sebulan nie pelbagai program telah dijadualkan unutk kami. praktikal di outlet adalah salah satu yang wajib kami buat. sesi trainning hari nie bermula jam 9.30. trainer yang menjalankan tugas cukup hebat. nama beliau mister Cheong.
makan tengahari jam 12.30. setiap orang dapat makanan free. kami boleh pilih apa jua menu yang kami nak makan. itulah kelebihan kalau keje di f&b outlet. boleh jimat duit cam nie. aku makan nasi ayam kari dan white milk tea. memang sedap.
aku pilih company atas beberapa sebab. gaji yang lebih tinggi siket, bentuk keje dan jawatan yang ditawarkan. paling penting aku tekad keje kat sini sebab aku nak latih diri untuk mengurus sebuah restoren. amek pengalaman siket2 dan jika dah tiba masanya aku nak buka outlet sendiri 1 hari nanti. insyaallah. itulah impian aku dari dulu. semoga keja aku yang baru ni dapat memberi kepuasan dan kebahagian untuk aku..

Sunday, April 10, 2011

GELAGAT MANUSIA MALAM MINGGU

Saat aku tulis entry nie mata aku masih belum mengantuk. baru saje balik dari kuar berjalan dengan erien. membe rapat dari zaman kanak2 sehingga sekarang. malam ni amy tak ikot coz dia ke negeri sembilan siang tadi ada hal katanya. aizat pula entah kemana menghilang tak angkat phone. jadi aku dan erien sajelah yang menghidupkan suasana malam di johor nie..hahahaha. memandangkan malam nie malam terakhir kat sini sebab esok pagi dah nak gerak balik KL semula. jadi aku amek kesempatan ajak erien jalan2 bandar dan cari apa jua barang2 yang ingin dibeli untuk dibawa balik ke KL esok pagi. 
dalam jam 8 lebih aku jumpa Ayu dulu. kawan zaman keje kat kfc dulu. tahun 2004 kami jumpa tapi sampai sekarang masih berhubung. tiap kali aku balik JB mesti aku akan jumpa dengan dia. tempat dating kami of course lah kfc. then balik dari jumpa ayu jam 10 erien datang rumah dan kami mula gerak melilau malam hari. sebelum ke Pasar Karat kat bandar kami singgah tesco. aku beli seluar untuk digunakan waktu keje minggu depan dan beli sweater untuk pakai masa bawa motor. sebab yang ada tu dah lama sangat. dah tiba masanya aku tukar yang baru. selesai bershopping2 kat tesco aku dan erien nak gerak ke pasar karat yang dijanjikan. pasar karat ni macam gak uptown dan downdotn kat area KL tu. buka dalam jam 10pm dan tutup dalam jam 4am cam tu. 
dalam perjalanan ke sana kawan erien call suruh dia singgah kat utm sekejap. dorang nak jumpa untuk berbincang pasal presentation. nak ke utm erien amek laluan lebuhraya. sampai2 je kat toll skudai aku nampak sekumpulan budak2 motor didepan. jangkaan aku tepat sebab dorang mesti nak merempit. macam2 skill aku tengok budak2 nie sume. siap ada yang buat macam ultraman lagi. meniarap atas motor. erien pon apa lagi bawa kete kejar selaju budak2 rempit tu bawa motor dorang. aku membebel tak berbayar pulak kat erien. yelah kalau2 lah budak2 nie jatuh motor sah2 boleh mati katak on the spot.
selesai hal budak2 rempit kami pun sampai utm. aku tunggu jap kat tepi jalan sambil makan ais krim sementara tunggu erien bincang2 hal dengan group dia. dalam 20 minit erien settle. perjalanan diteruskan ke pasar karat. laluan bandar johor tak lah terlalu sesak macam kat KL. walaupun malam tapi kt KL tetap sesak dengan kenderaan2. banyak sangat kereta menuju ke pasar karat. parking pun susah nak jumpa. erien lalu satu jalan. rupa2nya jalan situ tempat golongan TETTT berniaga maruah. hahahaha. erien slowkan kete jadi aku sempat tengok2 keadaan sekeliling. amboi kemain seksi lagi dorang. tapi tak nafikan ada juga yang betul2 cantik dan menawan. apa yang aku nampak tadi tu ramai golongan TETTT nie yang berbangsa india. tak bermakna bangsa lain tak ada buat aktiviti macam ni. so usai selesai tontonan percuma kami pun jumpa 1 parking. ada pulak pak cik sorang ni kononnya penjaga area parking kat situ. dia terus meluru kat aku dan erien sejurus kami keluar dari kete. minta rm1 sebab kononnya akan jaga kete kami. aku hulurlah duit sebab malas nak cakap banyak. kalau tak bagi kan habis pula kete dicalarkan @ diapa2kan..
pasar karat agak ramai orang yang datang. maklumlah malam minggu. tambahan pula tempat tu di tengah2 bandar jadi kemungkinan sekali pengunjung2 dari singapura juga datang untuk meninjau2 barang yang dijual. aku cuma beli tali pinggang warna hijau coklat. berkenan so apa lagi belilah. 
pagi nanti nak bangun awal siket sebab nak kemas2 barang. tadi aku ada beli nugget nak suruh mak masakan. aku nak makan  sebelum gerak naik bas. biasanya aku akan sampai KL dalam jam 3pm cam tu. nak balik rumah ampang dulu. berkemas2 dan basuh baju siket baru gerak ke sunway jumpa kawan2. cuti 6 hari kat johor nie rasanya sangat sekejap. aku plan nak balik JB lagi hujung bulan nie sebab ada sorang kawan nak kawen. insyaallah kalau dapat cuti aku balik lagi..

Thursday, April 7, 2011

2 HARI YANG SEMPURNA

Setelah 2 hari di Johor, aku berada dalam situasi yang cukup tenang. boleh dikatakan percutian yang sempurna tanpa sebarang tekanan. duduk di kampung memang mendamaikan. suasana aman disini adalah jauh berbeza daripada keadaan hiruk pikuk kehidupan di kota. 
rumah aku berdepan dengan kawasan yang cukup lapang. angin sepoi2 bahasa meniup dengan tenangnya. umpama berada di lapangan terbang mahupun kawasan pertanian negara perancis. aku tak ada gambar untuk dikongsi bersama. 
pada waktu siang hari tak banyak aktiviti yang aku buat. melainkan menonton TV, online dan juga baca buku. kalau dah bosan tak tahu nak buat apelagi aku akan tido. makan? ya makan adalah rutin wajib aku. no diet2 ok. tambahan pula mak dan nenek yang masak jadi aku tak akan lepaskan peluang untuk makan sepuas2nya selagi aku masih duduk bercuti di johor nie. nanti kang kalau dah kembali ke KL semula aku dah tak dapat menjamah lagi setiap masakan daripada air tangan mak dan nenek. pasti rindu.
biasanya waktu siang aku jarang keluar rumah. tunggu saja kawan2 ajak berjalan2 merayau selepas dorang balik dari kerja. malam adalah waktu untuk aku bermaharajalela seperti kelawar yang akan mencari makan malam hari. bersama kawan2 disini seperti juga kawan2 di KL. program rutin pergi tengok wayang, karaoke, makan2 dan window shopping. 
6 hari bercuti rasanya jangka waktu yang cukup pendek. hari ahad dah nak balik KL. walaupun hari nie baru hari khamis tapi aku dah rasa tak puas untuk bermanja2 dengan ahli keluarga dan kawan2..

Wednesday, April 6, 2011

KINI BERADA DI KAMPUNG

Semalam petang aku sampai kt kampung. naik bas jam 2pm di terminal bersepadu selatan. TBS memang gempak. sistem dan pengurusan kt sana dah macam airport. hebat. aku amek tiket turun larkin. kebetulan erien pergi keje naik kete jadi aku boleh tumpang dia balik sekali. dalam jam 7 lebih sampailah rumah..
jumpa ahli keluarga memang best sangat2. bercerita itu dan ini sambil makan malam. maklumlah perut dah lapar sangat. aku tambah nasi beberapa kali sehinggakan licin pinggan aku keje kan. tambah2 lagi masakan air tangan emak dan nenek. fuuhhhh memang menyelerakan.
mlm erien n amy datang bertandang ke rumah aku. sambil berborak2 makan murtabak yang erien bawak. nak meletop perut rasanyer. macam biasa aku buka laptop dan keluarkan broadband digi. walaupun aku sedia maklum kat kampung aku tak ada dapat line digi tapi entah kenapa malam tadi aku terniat nak pasang boradband. akhirnya aku terkejut bila dapat line. bersorak gembira lah aku sebab dapat online. banyak buku yang aku bawa balik semata untuk mengisi masa kat sini. yelah ingatkan memang tak boleh online kan sebab tu aku jadikan buku sebagai pengganti masa lapang. tup2 line dapat jadi hari2 siang aku kat rumah tak lah terlalu bosan. buku yang dibawa tetap baca.
kawan2 keje siang. adik mamat pun keje, aidil ke sekolah. yang ada kat rumah mak abah nenek n nenek abak. dapatlah juga aku berbual2 dengan dorang. banyak sangat2 cerita yang dikongsi. biasanyer lah aku akan keluar hanya pada waktu malam dengan kawan2. tunggu dorang balik keje dulu. kalau rajin setiap petang aku akan bertandang ke rumah saudara mara sekampung yang berdekatan. 
aku akan balik KL hari ahad nanti. sebelum balik pelbagai program dirangka bersama kawan2 sepanjang 6 hari aku bercuti kat sini. pergi sana pergi sini. alamatnya makin surut lah ' harta pusaka' aku dalam bank. hahaha. tak mengapa demi kepuasan hati aku tak kesah dengan semua tu..

Saturday, April 2, 2011

NAK BALIK JOHOR

Hari isnin nie aku balik johor. sebetulnya plan awal memang nak balik hari nie tapi memandangkan ada perkara yang nak kene buat dan sahabat2 pun ajak berlibur sama buat beberapa hari lagi jadi aku tetapkan hari isnin baru gerak balik. 
sebelum mula kerja di tempat baru pada 12 april nanti, jadi aku ada peluang nak bercuti2 bersama keluarga sambil dapat jumpa kawan2 di johor. lepas je habis khidmat kat shangrila beberapa hari lepas aku mula sediakan dokumen2 yang diperlukan kat tempat keje baru. buat itu ini tak lah rumit sangat. dah namanye nak dapatkan keje jadi kenelah buat yang mereka mahukan. bukannye tak biasa.
sebelum balik johor nie aku juga agak sibuk mencari barang2 yang ingin dibeli untuk mak abah, mamat n aidil. x lupa juga buat nenek sekali. ani sekarang kat kuala selangor sedang berpraktikal di sebuah sekolah. jadi aku beli barang2 buat yang mana je ada kat kampung. 
semakin hari rindu pada keluarga semakin menebal dalam jiwa nie. tak sabar rasanya untuk bertemu dengan mereka semua. memandangkan aku tak ada buat apa2 keje sekarang nie aku dok melepak dengan sahabat2. merayap lah kemana2 yang kami suka. memenuhkan masa dengan berborak bersama2 sahabat kerana setelah sekian lama aku sibuk bekerja di hotel. nanti kang kalau dah keje semula susah nak jumpa lagi. masing2 ada komitmen hal sendiri. jadi inilah masa yang tepat untuk bersama2 buat sementara waktu dalam beberapa hari nie.
aku akan balik KL semula hari ahad depan. cuti sepuas2nya kat johor nanti. mungkin balik dari  johor aku dah mula sibuk untuk sedia berpindah ke rumah sewa baru. semua kene buat persediaan awal. jangan nanti ada masalah last2 minit lagi susah..