Thursday, April 7, 2011

2 HARI YANG SEMPURNA

Setelah 2 hari di Johor, aku berada dalam situasi yang cukup tenang. boleh dikatakan percutian yang sempurna tanpa sebarang tekanan. duduk di kampung memang mendamaikan. suasana aman disini adalah jauh berbeza daripada keadaan hiruk pikuk kehidupan di kota. 
rumah aku berdepan dengan kawasan yang cukup lapang. angin sepoi2 bahasa meniup dengan tenangnya. umpama berada di lapangan terbang mahupun kawasan pertanian negara perancis. aku tak ada gambar untuk dikongsi bersama. 
pada waktu siang hari tak banyak aktiviti yang aku buat. melainkan menonton TV, online dan juga baca buku. kalau dah bosan tak tahu nak buat apelagi aku akan tido. makan? ya makan adalah rutin wajib aku. no diet2 ok. tambahan pula mak dan nenek yang masak jadi aku tak akan lepaskan peluang untuk makan sepuas2nya selagi aku masih duduk bercuti di johor nie. nanti kang kalau dah kembali ke KL semula aku dah tak dapat menjamah lagi setiap masakan daripada air tangan mak dan nenek. pasti rindu.
biasanya waktu siang aku jarang keluar rumah. tunggu saja kawan2 ajak berjalan2 merayau selepas dorang balik dari kerja. malam adalah waktu untuk aku bermaharajalela seperti kelawar yang akan mencari makan malam hari. bersama kawan2 disini seperti juga kawan2 di KL. program rutin pergi tengok wayang, karaoke, makan2 dan window shopping. 
6 hari bercuti rasanya jangka waktu yang cukup pendek. hari ahad dah nak balik KL. walaupun hari nie baru hari khamis tapi aku dah rasa tak puas untuk bermanja2 dengan ahli keluarga dan kawan2..

2 comments:

  1. aku rindu kat ko shid.....
    bnyak cite yg aku nak kongsi ngan ko....
    blik kl t jom lah jmpe....

    ReplyDelete
  2. aku pun rindu kt ko wan..
    hampir sebulan x jmp..
    nti free aku jmp ko k..

    ReplyDelete