Thursday, April 28, 2011

ESOK EXAM LAGI..MALAM NI STUDY

Esok aku ada exam lagi. knowledge assesment bermula jam 9.30 pagi. dengan harapan aku akan mengembalikan maruah diri selepas exam pada hari isnin lepas result aku boleh dikategorikan lemah dalam prestasi keseluruhan. maka aku dan kawan2 amek kesempatan study sama2 malam nie. lokasinya di KFC usj20 bersebelahan stesen petronas.
10 daripada 15 orang batch aku bersatu datang memeriahkan lagi sesi perbincangan bersama. demi mencapai keputusan yang terbaik kami saling berbagi2 pendapat sesama sendiri mengenai ujian yang akan menjelang esok pagi. harap2 soalan yang keluar mudah2 belaka. 
jam 8 malam kami semua berjumpa. bincang serba sedikit dan perut sudah lapar mahukan diisi menu kfc. aku suruh ayim belikan nasi ayam jom jimat. air aku hanya minum mineral beli di petronas. nak jaga gula dalam badan konon. hehehehe. aku sibuk membaca nota dan menyalin fakta jawapan. dengan penuh semangat jiwa bekerja aku tekun membaca walaupun dalam restoren kfc nie memang hingar bingar dek suara orang. namun tak jadi masalah bagi aku. 
selepas beberapa minit ayim sampai bawa makanan yang aku pesan. aku nampak dia letak 1 bekas nasi sebelah aku. aku mula hairan kenapa nasi ayam jom jimat yang selalu aku makan di packing dalam 1 compartment bulat. bercover pula tu. then aku buka menu yang kononnya nasi ayam jom jimat tu..lepas buka aku tanya ayim apa menu yang dia beli nie. rupa2nya dia salah order. alamak...nak tak nak aku kene lah makan..dalam mangkuk bulat ada nasi + jagung+ potongan ayam...rasanya? aduh susah aku nak habiskan menu baru kfc nie. 

\
aku tak boleh habiskan makanan nie..tak ngam dengan anak tekak aku..

No comments:

Post a Comment