Semenjak haddie dan ojeb beli joystick playstation baru , kami serumah bukan main lagi memeriahkan parti lawan bola sesama sendiri. kalau nak di ikutkan aku nie bukan lah jenis orang yang obsses pasal playstation atau lebih tepat sekali semua aktiviti yang melibatkan permainan internet dan yang sewaktu dengannya. tambah2 pula aku bukan reti nak memicit bende alah semua tu. memang tak berminat.
seawalnya aku memang banyak kali menolak ajakan budak2 rumah untuk main playstation. sebabnya aku tak tahu main sangat. hahaha. tapi lama2 aku tertarik pula lepas tengok dorang lawan bergumbira saat bertarung antara satu sama lain. jadi aku mula lah tunjukkan minat. konon2nya lah. aku minta haddie ajarkan step2 main playstation. kt inderapura tak ada lah banyak game sangat. yang aku pernah main lawan bola dan wwe je.
bila sudah agak hebat. aku berani cabar budak2 rumah nie. mula2 memang susah sangat nak menang. lebih2 lagi kalau lawan haddie, ojeb dan yong. mesti akan kalah punya. aizuddin pun mula tunjuk minat yang cukup mendalam dalam industri playstation nie. dia belajar skill2 dan step asas juga. bukan main lagi kalau dia dapat jaringkan goal dia akan bersorak malah bangun berpusing2 umpama player bola sepak yang sebenar bila menjaringkan goal..OMG bak kata syuib sepah dalam maharajalawak..
si fendi pula kononnya tak mahu main bila diajak pada awalnya. tak tahu lah, tak reti lah, takot kalah lah, itu lah, ini lah..macam2 hal. tapi bila fendi dapat jaringkan goal dia pun dah sebijik aizuddin. akan berteriak sehingga boleh di dengar seluruh alam semestar di inderapura nie. kalau tak goal bukan main lagi, habis sume jadi mangsa pukulan si debab ( gelaran aizuddin buat fendi ).
fenomena playstation memang dahsyat. barangkali isu perhimpunan bersih pun bakal kalah kalau berita lawan bola inderapura nie di tayangkan di berita utama. aku dah cukup masak dengan situasi kat sini. berteriak dan gelak tawa sehingga kelaparan perut lilit masing2 minta diisi. nah si fendi apa lagi. semestinya akan ke dapur masak megi dan buat air untuk kerabat diraja sambil main bola. dasar kehidupan diraja !!!
No comments:
Post a Comment