Aku bangun tidur pagi nie jam 8 lebih. suasana sunyi sepi. keadaan masih gelap dalam rumah. aku tengok fendi masih terbongkang disebelah aku. dia tumpang tidur bilik aku malam nie. buat assignment dan tambah koleksi katanya. ape2 jelah ko fendi. hahaha.
aku bangkit nak ke tandas. bila keluar bilik aku nampak haddie berselubung macam hantu bungkus tidur kat ruang tamu sorang2. lepas ke tandas aku jengah bilik master. aku tengok aizuddin dan ojeb masih tidur diulit mimpi kesedapan agaknya..hahaha. aku masuk sekejap dalam bilik master dan terus ke tingkap. rupa2nya hujan rahmat pagi ini di luar. patutlah rasa keadaan rumah masih gelap dan sejuk semacam je.
then aku masuk dalam bilik on laptop dan terus buka apa juga link yang aku suka. facebook adalah satu kewajipan untuk melihat dan tahu perjalanan status sahabat2 aku. macam2 aku baca. alhamdulillah mereka berbahagia dengan cara masing2. menjadi kemestian juga aku akan buka link berita harian online untuk dibaca. aku suka ikut perkembangan situasi keadaan negara tercinta. syukur sekarang malaysia masih berada dalam keadaan yang aman, makmur dan harmoni. aku berbangga lahir di malaysia.
saat aku menaip entri blog ni aku sorang2 dalam bilik. fendi dah beralih tempat tidur pula. dia bangun ke ruang tamu. aizudiin, haddie dan ojeb masih dalam kesedapan masing2 dalam bilik master. tergelak dalam hati bila aku tengok cara masing2 tidur. pelbagai gaya yang dipamerkan. hahaha. si yong pula mungkin sudah ke kuliah agaknya.
dah puas baca berita harian online aku buka blog pula. memang saja nak taip cerita pagi2 ni. aku pasang headset then cari lagu2 mazer zain. boleh dikira semua lagu dia aku dengar sambil aku taip entri nie. syok dan tak bosan. lebih2 lagi dalam keadaan hujan pagi yang penuh rahmat dari tuhan ada baiknya aku pasang lagu yang berunsur ketuhanan. mendekatkan diri ini pada sang pencipta. dalam hati aku berdoa agar rezeki aku sentiasa selebat rahmat allah yang sedang turun diluar hendaknya. amin...
nak kena saman ni..mana akta rahsia kerajaan inderapura??
ReplyDeletenak saman? lariiiiiii.....hahahaha
ReplyDelete