Selamat tahun baru 2011 ...
selamat tahun baru aku ucapkan buat semua masyarakat dunia terutama kepada warga Malaysia, negara tanah tumpah darah ku..selamat datang ke dunia blogger aku ucapkan kepada diri sendiri sebab ini ialah blog aku yang pertama walaupun usia kini sudah mencecah 24 tahun baru nak terhegeh2 mereka blog...hahahaha..rasanya tidak terlambat untuk aku melibatkan diri dalam blogger..sebelum nie bukan aku tak tahu kewujudan blog seumpama ini tapi mungkin dulu tu aku tak berapa berminat untuk sertai benda2 macam nie. tapi tahun 2011 nie kalau boleh nak jadikan tahun bermula PERUBAHAN..
disebabkan aku baru bermula dalam dunia blog nie..molek lah juga aku perkenalkan diri secara ringkas buat pembaca2 blog aku..agar korang dapat kenal aku lebih lanjut..nama penuh Mohd Rashid Mohd Shahar. aku nie lahir dan dibesarkan di Felda Cahaya Baru di Johor Bahru..sekolah rendah dengan sekolah menengah semua di Johor..sekarang nie aku baru saja grad diploma pengurusan hotel di Unirazak sebelum nie dikenali sebagai Unitar..aku start diploma masa umur 22 tahun..lewat siket daripada usia biasa pelajar sambung belajar..tapi aku ada juga pengalaman kerja di syarikat2 hebat di Malaysia nie..tahun baru 2011 nie tahun kembali semula ke dunia pekerjaan...
PERUBAHAN macam mana yang aku nak katakan..maklumlah tahun baru mesti jer ada azam baru nak berubah daripada yang kurang baik kepada lebih baik, daripada yang belum tercapai nak kepada mencapai apa jua yang aku nak dapat..insyaallah try untuk tahun nie..
aku bubuh nama RASHID SHAHAR untuk blog sendiri untuk memudahkan kawan2 jumpa blog aku.. aku bangga dengan nama sendiri..cewah..poyo ke skema ke aku nie..tak kesah lah apa juga orang nak nilai jenis macamana pun. paling penting aku tahu bawa diri dan tak menyusahkan orang lain..
so bagi pembaca2 blog aku janganlah segan2 beri apa jua komen membina untuk aku terus berkarya dalam blog nie..salam perkenalan buat semua pembaca2 baru yang sudi melawat blog rashid shahar nie..
No comments:
Post a Comment