Saturday, July 23, 2011

Friday, July 22, 2011

PERTANDINGAN DEBAT PERPADUAN

aku dan team sekarang berada di perak. ada pertandingan debat perpaduan di utp. tapi tempat menginap di myra iaitu akademi pekerja ktm. ni kali kedua aku ke utp. partama kali jejak tahun 2009 waktu tu ada debat alam sekitar. kami berkampung disini sehingga hari selasa depan.


sekarang dengan semua ahli2 debat unirazak berada dalam 1 bilik. bersungguh2 mencari fakta kes. aku pula amek masa taip entri ni. yb vasagi satu2 wanita dalam bilik. serikandi yang akan menyinar pada hari esok.
semoga debat kali juga akan memberi kepuasan seperti debat2 yang terdahulu. good luck to all pendetar team.

Thursday, July 21, 2011

TRAINEE FLOOR MANAGER

hari ni tak kerja jadi tadi tengahari aku pergi 1 interview kat damansara utama. aku terima email suruh datang temuduga hari nie. so aku datang lah jam 12 pm. company ialah macdonald dan jawatan yang diberi ialah trainee floor manager. waktu aku sampai tadi dah nak dekat lunch hour. nasib baik masa tu aku orang terakhir yang dibenarkan masuk dalam bilik interview. kalau aku lambat tadi alamatnya aku terpaksa tunggu jam 2.30 pm selepas semua staff naik rehat.


2 panel interview, seorang lelaki dan seorang perempuan. soalan pertama seperti biasa suruh aku memperkenalkan diri. dan mula berbagi2 soalan dan jawapan. alhamdulillah aku sangat berpuas hati dengan setiap jawapan yang aku beri. idea yang aku lontarkan kepada panel pun diterima. cukup gembira apabila panel tu sebut ' good ' dengan jawapan2 aku. bukan nak berbangga diri tapi pengalaman hidup akan mengatasi segalanya. syukur sangat.


walaupun tadi aku masih mengantuk yang teramat sangat disebabkan semalam aku balik kerja jam 12 malam. ditambah2 pula kerja yang banyak. aku terlalu letih sehingga tidur pun x lena. lagi dahsyat pagi tadi aku keluar pergi beli nasi lemak kat bawah. bertmbah ngantuk lah jadinya. aku gagahkan juga ke tempat interview. saja nak cuba2 jawatan trainee floor manager kat macDonald. dipendekkan entri, aku berjaya untuk jawatan itu. sekali lagi aku bersyukur pada tuhan. panel pun beri peluang kat aku untuk pilih tarikh mula bekerja. aku akan bagi jawapannya minggu depan selepas keputusan kerja kerajaan keluar. 


aku saje je nak tengok samada kelayakan aku masih boleh dikategorikan laku atau tak. alhamdulillah kalau masih dalam bidang hospitaliti memang aku ada peluang cerah dan rezeki yang baik. tak cuba tak tahu, dah cuba baru tahu. cewahhh

Wednesday, July 20, 2011

KISAH BENAR YANG LUCU TAPI MENYERAMKAN

hahahaha. title aku kali ni pun akan membuatkan pembaca entri tak sabar2 nak baca blogaku kan. ni hah aku nak share 1 cerita yang agak lucu tapi seram jugak lah. aku pun gelak terbahak2 bila fikir kan hal ni. cerita ni bukan nak aibkan pihak yang satu tu. lagi pun aku tak mention nama dia dalam entri aku kali ni. sekadar cerita lucu dan akan jadi pengalaman yang tak akan aku lupakan sehingga akhir hayat aku.


terus terang aku cakap aku ni bukan lah handsome mana pun macam budak2 lelaki lain kan. tapi masih lagi ada insan2 yang tetap berkenan dengan aku. hahaha. terima jelah seadanya. terima kasih aku ucapkan kepada mereka2 yang sudi berkawan dengan aku. kawan boleh tapi nak lebih2 tak boleh lah yer.


dipendekkan cerita, aku ada seorang boss lelaki yang sedia maklum memang mana perwatakan dia lembut. macam aku juga lah. tapi lembut2 aku tak lah sampai berdandan seperti perempuan. waktu aku datang interview dulu memang dia lah yang jadi panel penginterview sekaligus merangkap boss yang amek aku kerja. saat interview lagi aku dah mula nampak lain macam dengan kelakuan dia. waktu tu aku tak amek kisah lah sangat kan. 


bila aku dah mula kerja under dia mulalah belang warna warni dia buka. dia terlalu amek berat pasal diri aku. aku tak cakap banyak cuma agak berhati2 dengan kelakuan dia je. marah aku jauh sekali lah walaupun aku ada buat silap pasal kerja. sayang beno dia kat aku. tapi aku siket pun tak ada hati kat dia. bukan sebab dia agama budha atau ape2 pun. tapi memang kenyataan aku cuma anggap dia sebagai boss aku je.


mula2 dia ada gak suruh budak2 lain merisik aku samada aku ada cinta hati ke tak. aku dah dapat agak dah soalan tu mesti datang dari dia walaupun budak2 tu tak nak bagitahu siapa gerangan orang yang suruh tanya soalan kat aku macam tu. hahaha. then aku direct je tanya balik budak tu mesti boss yang suruh tanya kan. aku terus terang je yang aku dah ada buah hati pengarang jantung. ajar siket dia tu. hahaha. bukan nak sakit kan hati boss sendiri tapi aku akan jadi kurang selesa kalau dia mahukan lebih2 dari aku.


bila berjumpa kat tempat kerja tak ada pula dia bertanya kan itu ini pasal hubungan atau suka aku ke apa. tahu pula diam kononnya profesional ataupun ,malu sebenarnya pun aku tak tahu. aku pun hormat dia sangat2 sebab dia boss aku. semua arahan dan tunjuk ajar dari dia aku cuba ikut walaupun aku akan bangkang untuk beberapa hal dan perkara yang aku rasa tak boleh terima. dia pun bukan jenis marah2 kan staff. aku syukur juga jumpa boss macam dia. 


yang hebatnya boss aku ni bila jumpa kat tempat kerja diam pula tapi saat aku balik kerja mula lah hantar mesej berpuluh2. ajak itu lah ajak ini lah. aku dah banyak kali mengelak setiap ajakan keluar dari dia. terus terang memang aku sedaya upaya nak mengelak dari dia. kalau pasal kerja tu tak apelah kan. aku tak anggap lebih2 tapi dia pula yang over kat diri aku ni. pelik aku. hahaha


kadang2 bila aku kat rumah online dia akan masuk chat. mula2 tanya khabar. padahal kalau kat tempat kerja dah sedia tahu aku sihat walafiat. nak ngorat aku lah tu. nak mengayat si pemenang oscar memang tak dapat lah beb. bila chatting dia selalu keluarkan kata2 lucah kat aku. alamak aku seram lah. kalau dia orang yang aku suka tak apelah. ini bukan saja tak ada hati malah perasaan suka pun tak ada. kesian? tak ada maknanya kesian lah jemah oi. geli geleman aku dibuatnya ni hah. seram kau. 


tapi demi nak jaga hati dia aku layan kan je setiap cakap2 dia. aku bagitahu dia kawan2 biasa boleh tapi lebih dari tu harap maklum dipersilakan mandi bunga dulu. wahh..buatnya dia mandi bunga ke apa. mati aku. hahaha. aku rasa tak ada lah dia akan buat semua tu kan. harap2 lah tak terjadi perkara yang tak diingini berlaku. selisih malaikat 44. aku cuma anggap dia sebagai boss je.


untuk boss saya say sorry banyak2 ok. saya tak pernah ada hati kat boss jauh sekali jatuh cinta kat boss..harap maklum. jangan bersedih pulak ok boss. walaupun boss tak tahu yang saya taip entri ni. kalau boss terbaca pun buat2 tak faham ok. jangan marah dan jangan bunuh diri pulak. hahahahaha. sekian..

Tuesday, July 19, 2011

TIDAK SEMUA YANG DIRANCANG AKAN TERLAKSANA

kehidupan normal setiap manusia akan merancang apa jua perkara yang ingin dilakukan tak kira lah dalam waktu yang terdekat ataupun lama. termasuk juga aku. cewahh..perancangan awal sangat penting untuk memudahkan perkara yang akan dibuat agar tidak terkial2 di minit2 terakhir.


dalam bulan ni aku ada buat persediaan untuk beberapa perkara. antaranya ialah plan jalan2 pergi melaka dengan noyihin seorang sahabat universiti, berjumpa seseorang untuk berbincang mengenai satu bisnes dan satu lagi ialah interview di malaysia airlines pada hari sabtu ni. aku dah buat persediaan yang cukup rapi untuk itu. tapi semalam jushua bagitahu aku akan terlibat dengan pertandingan debat di universiti teknologi petronas. kami akan bertolak hari jumaat dan akan berada disana sehingga hari selasa depan. sungguhpun sekarang aku sudah bekerja namun disebabkan belum lagi konvo jadi aku boleh melibatkan dan menyertai apa juga aktiviti yang ada diuniversiti. cuti kerja bisa diatur.


bulan 6 lepas memang aku ada bagitahu ahli debat universiti yang aku nak libatkan diri dan pergi UTP. tapi keadaan senyap untuk seketika jadi aku rasakan aku tak terpilih ke sana disebabkan beberapa hal. so aku abaikan. then aku mula fokus kepada perkara yang nak dibuat bulan julai ni. tidak mahu tidak aku kene pergi juga ke pertandingan debat demi membantu sahabat2 yang lain.


kadang2 aku juga terfikir pasal kepentingan diri wajar diutamakan berbanding hal2 lain. maksudnya aku mesti buat perkara2 yang aku dah rancang sedia awal. tapi bila difikir balik adakalanya statement ' bukan setiap perkara yang kita rancang akan terlaksana ' tu terpaksa aku terima. umpama juga impian, tidak semua impian yang tersemat dalam diri kita akan tercapai. tapi tidak bermakna perkara2 yang aku terpaksa korbankan sekarang akan menjadi penghalang untuk aku lakukan lagi dimasa akan datang. barangkali sekarang bukan masa yang tepat dan aku punya masa dan peluang lagi dimasa akan datang untuk aku rancang dan laksanakan perkara tersebut. insyaAllah.

Monday, July 18, 2011

PELIK BIN HAIRAN BIN ANEH BIN MUSYKIL

Baca je title entri kali ni mesti semua orang pun sama2 jadi pelik. yang aku maksudkan ialah handphone aku yang hilang hari rabu lalu. aku jadi pelik dan tertanya2 kenapa handphone aku masih lagi boleh dengar ringing bila aku atau siapa2 buat panggilan. hari ni dah masuk hari ke 6 handphone tu lesap.tercicir kat tepi jalan ke atau tengah jalan pun aku tak pasti. 

kalau benar hp tu dah dijumpai oleh sesiapa aku yakin mesti orang tu akan off kan hp aku. sekalipun dia tak matikan hp tapi kenapa dia tak nak jawab setiap panggilan masuk. tapi kalau belum ada orang jumpa hp tu takkan lah bateri boleh bertahan sehingga hari ni. dah 6 hari dah tak bercas. hebat.

aku dah call maxis centre untuk block no aku. orang maxis tu pun mintak lah macam2 pasal butir2 diri aku. aku dah bagi siap alamat rumah waktu daftar no tu. dia bagitahu time tu juga kata no aku dah di block automatik. tapi malam ni aku try budak rumah call no aku saje2 tapi masih lagi boleh dengar ringing. tu yang pelik tu. esok aku nak call maxis centre balik nak confirm kan pasal hal ni. aku tak nak ada orang yang mempergunakan no aku untuk kepentingan diorang.

Saturday, July 16, 2011

MALAYSIA VS LIVERPOOL

aku baru je lepas tengok perlawanan persahabatan antara team bolasepak malaysia vs liverpool. mulanya aku ingat game ni akan berlangsung malam ni. tapi bila tengok status facebook kawan2 yang bagitahu game dah nak start dan boleh tengok kat astro. so aku buka lah siaran sukan arena.



separuh masa pertama liverpool menjaringkan goal pertama pada minit ke 28 dan malaysia terus mengasak sehingga dapat tendangan percuma pada minit2 akhir dibabak pertama. jaringan malaysia disudai oleh 
safiq rahim. terbaik..
masuk babak kedua kedua2 pasukan terus mengasak. sehingga ke minit penamat liverpool dapat goal 6 manakala malaysia tambah 2 goal yang mana kedua2 goal malaysia dijaringkan oleh safee sali. jumlah goal liverpool 6 dan malaysia 3.
ape2 pun pemain malaysia dah beri persembahan yang terbaik. kekalahan ni bakal menyuntik semangat pemain2 malaysia agar lebih matang dalam arena bola sepak dan disamping tu mereka dapat mempelajari setiap skill daripada pemain2 liverpool yang sedia maklum memang hebat2 belaka.
syabas buat liverpool dan pasukan arsenal. hari khamis minggu depan pula team chelsea pula akan bertandang ke negara kita sempena asia tour 2011. i love chelsea very much. my team..huhuhu

ANTARA BLOG KESUKAAN AKU

Bila aku bosan2 asyik layan facebook je. aku buka blog pulak. aku malas sangat tengok tv. kadang2 rancangan  tu aku dah tengok tapi astro ulang2 cerita yang sama tak habis2. boring ah. kalau aku tak update entri terbaru blog aku tapi aku akan buka blog kawan2 dan sape2 punya blog lah aku buka. kat bawah ni antara blog yang memang aku suka tinjau. hehehehehe..


kari ngeri blog...hahahahahaha

aku diperkenalkan blog ni oleh si ojeb. dia tunjuk aku macam2 bende ngeri dalam dunia ni. mula2 aku susah nak terima cerita2 yang dipaparkan dalam blog ni. tapi lama2 aku dah terbiasa. makin gian pulak nak tunggu post2 terbaru yang lebih extrem. aku jamin tak semua orang sanggup tengok setiap cerita dalam blog kari ngeri ni. aku pun tak tahu sape pemilik sebenar blog ni dan dari mana entah dia dapat gambar2 serta video ngeri tu semua.  ape2 pun memang aku suka blog ni. mencabar wei..hahahahaha

Thursday, July 14, 2011

KEHIDUPAN AKU HARI NIE

Aku bangun tido tengok kat luar hujan lebat bukan main. siang budak2 pergi kuliah. aku duduk rumah kemas apa yang patut. buka laptop. baca dan buat research siket. bila perut lilit dah berbunyi lagu keroncong, aku buka peti ais. ada mee hoon dan bayam. tak lupa bubuh tomato juga. akhirnya terjadilah mee hoon goreng ala singapore. 


sebut pasal makan memang aku no 1. tak kira lah makan ape pun yang penting halal pasti aku sebat. tapi kalau bab2 masak ni aku tak berapa hebat sangat. masak untuk anak tekak sendiri boleh lah. kalau di rumah aizuddin akan jadi chef terulung masak untuk seisi rumah. memandangkan sekarang dia dah start training kat melaka jadi tugas rutin jatuh ke tangan aku , ojeb dan yung. masak apa yang ada. nasib baik semua jenis tak memilih makan.


ojeb dan yung tak tahu balik jam berapa. aizuddin dan haddie senyap beberapa hari ni. masing2 dah ada tugasan masing2 sekarang. aku pula ada temujanji dengan surayah dan jaei petang tadi. jaei datang nak bagi  aku barang yang dia belikan dari sarawak minggu lalu. surayah pulak nak belanja kami makan di kota damansara. kami pergi kedai makan thailand kat sana. terima kasih jaei dan surayah. sahabat sama2 sekolah di johor dulu. 


balik rumah tadi tengok yung macam biasa dia main game dalam bilik. si ojeb terlentang tengah tido. baru balik agaknya. saat aku taip entri ni aku baru lepas mandi. buka tv tapi cerita entah apa2. tak boleh layan langsung. aku juga tengah risau kalau2 ada orang yang ada call aku sekarang mengenai hal2 penting. tak ada handphone memang susah. hp tu dah umpama nyawa. nampak gayanya kene beli yang baru. masuk duit keluar duit. adat kehidupan. esok masih tak tahu perjalanan kehidupan aku. malam ni sambung buat research. research pasal apa? tunggu entri aku akan datang...

Wednesday, July 13, 2011

NOKIA 1203 AKU HILANG


nilah antara harta paling aku sayang. walaupun murah tapi dah banyak berbakti pada aku. nokia 1203 aku guna lebih 2 tahun. harga beli dulu rm99.00 sahaja. dah banyak kali jatuh tapi masih elok digunakan. mungkin sudah tiba saatnya hubungan kami tamat. hari ni aku keluar naik motor. handphone mungkin terkeluar dari kocek seluar tanpa aku sedar. sampai2 je rumah aku seluk poket dah tak ada. tak lah sedih pun. cuma aku tak ada simpan no hp kawan2 yang lain. tu yang susah tu. gamaknya aku kene cari hp yang baru lah ni. kalau hp tak ada memang susah lah hidup. harap bila kawan2 baca entri aku ni silalah bagi no hp korang yer.

REZEKI DARIPADA ALLAH

aku dah janji nak hadiahkan sesuatu yang paling berharga sempena hari lahir ke 25 tahun bulan julai nie. ia mengenai kerjaya. semoga segala usaha yang telah aku lakukan akan membuahkan hasil yang cukup berbaloi2. tapi jika impian itu masih belum tercapai maksudnya aku belum ada rezeki lagi. barangkali rezeki hadir di hari2 yang mendatang. insyaallah.


dalam dua hari ni dah 2 syarikat call aku tawarkan kerja di tempat mereka. satu di kenny rogers sebagai trainee restaurant manager dan satu lagi ialah kebab city jawatan sebagai outlet manager. aku bersyukur kerana masih lagi ada peluang yang baik untuk aku terus berkhidmat disamping dapat menambah pengalaman hidup. rezeki daripada Allah. rezeki juga ada dimana2. aku juga gembira dengan kerja sekarang. aku say sorry sangat2 kat 2 syarikat tersebut. sebab aku tak dapat join mereka. 


aku juga masih menunggu keputusan temuduga kerajaan yang akan keluar pada 25 julai. semoga rezeki aku ada di sana. buat masa sekarang memang aku tak dapat menaruh harapan yang terlalu tinggi untuk berkhidmat disektor kerajaan. bayangkan saja untuk jawatan PPT yang lalu seramai 4000 calon hadir semata untuk menempatkan diri yang hanya mempunyai 100 kekosongan. aku meletakkan situasi 50-50. semuanya aku berserah kepada tuhan yang maha esa. 

Tuesday, July 12, 2011

DASAR PENYIBUK

entri kali ni aku nak luahkan siket rasa kesal untuk satu perkara. sakit hati pun ada juga nie. sebelum start cerita, semalam mak aku dari johor call. saje tanya khabar sekali tnya aku boleh ke join konvo adik perempuan di UPSI pada 28 julai nanti. aku cakap kat mak aku cuba datang sana. memang nak ikutkan aku nak pergi sama tapi tengok lah dulu keadaan macamana nanti. kalau boleh aku nak bersama2 meraikan kejayaan Ani. ape2 pun tak boleh bagi keputusan sekarang.


lepas mak tanya itu ini mak ada bagitahu, adalah beberapa makhluk nie kat johor tanya family aku apa yang aku buat kat KL ni. maksudnya nak tahu apa kerja aku sekarang. aku tak kesahlah kalau diorang tanya macam tu. jadi mak aku bagitahu lah kat diorang sekarang aku keje apa. then diorang tanya mak balik waktu di universiti aku amek jurusan apa. mak cakap dulu aku belajar pengurusan hotel tapi sekarang bukan kerja dihotel. kerja lain untuk tambah pengalaman dan cari persekitaran baru.


tapi jawapan balas dari makhluk2 tu diorang cakap aku tersangat2 lah rugi. itu yang diorang bagitahu kat keluarga aku di johor. diorang maksudkan aku rugi sebab dulu study hotel management tapi bukan kerja dihotel. aku naik darah sekejap time mak inform kat aku semalam. kalau lah makhluk2 tu ada depan mata saat tu mesti aku balas jawapan sehingga diorang tak mampu lawan aku balik. nak lempang mulut masing2 tak boleh sebab diantara diorang ialah saudara mara aku sendiri.


aku tak kesahlah kalau diorang nak tahu hal aku. tapi jangan lah sewenang2nya menghukum apa yang aku buat sekarang rugi mahupun sebaliknya. apa kapasiti diorang nak menilai kerjaya aku. aku hidup sekarang tak menyusahkan diorang jauh sekali meminta2 wang. aku ada kerja dan aku boleh hidup kat KL nie dengan aman.


tak kesahlah dulu belajar apa sekarang kerja apa. diorang tak boleh suka2 cakap aku rugi ke apa. tak kan amek pengurusan hotel so aku mesti wajib kerja dalam hotel. dasar penyibuk berfikiran sempit. hari ni berapa ramai orang yang kerjanya lari dari bidang apa yang diorang belajar waktu di universiti ataupun kolej. takkan kalau aku kerja di sektor kerajaan yang tak ada kaitan dengan hotel pun dikira rugi? takkan kalau hari ini aku kerja jadi cabin crew airlines juga dikatakan aku rugi?  takkan lah juga aku kerja sebagai outlet head di outlet2 restoren juga dilabelkan aku rugi? takkan kalau aku kerja dibahagian pendidikan akan dihukum sebagai orang yang rugi? kononnya rugi yang dimaksudkan diorang ialah aku kerja tak ada kaitan dengan aku belajar dulu.


ya ampun, kenapalah diorang ni boleh berfikiran macam tu sekali. kerjaya tu hak aku. aku tak nafikan hak diorang nak bersuara tapi ingat2lah hati dan perasaan orang lain. buatnya situasi sama ni berlaku kat diorang mestilah diorang pun tak suka. dasar makhluk penyibuk yang bodoh. aku sangat sakit hati bila mak bagitahu aku hal semalam. nasib baik aku ada keluarga yang memahami pilihan anak2. 


seperkara lagi ada pula mulut2 diorang ni cakap yang aku dah patut belikan kereta untuk keluarga dijohor. sebabnya aku dah kerja di KL ni. lagi dahsyat mak bagitahu diorang cakap aku dah boleh besarkan rumah kat sana. amboi...diorang ingat aku dah kerja 5 tahun kat KL ni. suka2 je buka cerita yang tak guna akal. aku tahulah apa peranan aku dalam keluarga sebagai seorang anak. diorang yang sibuk2 mengatur hidup aku apesal. aku masih boleh bersabar. sekali lagi aku ada sumber2 kepoh dan penyibuk dalam hal aku, then aku tak teragak2 call diorang tak pun jumpa depan mata berdebat pasal isu nie..

Monday, July 11, 2011

PENGALAMAN DUNIA HOSPITALITI

Buat pengetahuan semua aku betul2 melibatkan diri dalam bidang hospitaliti bermula di sekolah menengah lagi. hospitaliti ni boleh dikatakan juga kerja2 yang berdepan ataupun tidak secara langsung berhubung dengan pelanggan. kire customer service lah. waktu disekolah menengah aku amek matapelajaran ekonomi rumah tangga. dari saat tu banyak lah aktiviti2 yang melibatkan diri aku bertemu dengan orang ramai.

zaman sekolah ada buat partime waiter di hotel2 yang dekat dengan sekolah. habis spm tahun 2003 aku kerja kat restoren kfc untuk beberapa bulan then aku tukar ke shopping komplek jadi promoter. aku suka berjumpa orang sebab tu aku terlibat dalam bidang hospitaliti secara tidak sedar. aku ni ikut sikap mak yang suka berkawan yang terlibat dengan acara2 dan aktiviti kat kampung. tapi kadang aku akan ikut sikap abah pula. pendiam dengan tiba2. hahaha.

masuk tahun 2005 aku datang kuala lumpur terlibat pula dengan dunia airlines buat sementara waktu je. impian sebagai pramugara telah tersemat dalam diri sejak dulu lagi. aku ada sijil airlines tau. jangan main2 yer..hehehe. tapi sekarang aku kerja lain. aku tahu juga perjalanan dunia penerbangan ni macam mana. maklumlah sajelah airlines juga merupakan bidang hospitaliti. 

setelah beberapa bulan dalam hospitaliti penerbangan aku masuk pula ke dunia hotel. hotel pertama yang aku datang apply keje ialah shangri-la kuala lumpur. alhamdulillah aku dapat keje kat sana. macam2 bentuk keje aku buat. dalam hotel aku pernah keja jadi waiter, jadi staf kitchen, dan juga sebagai steward. kat hotel pun ada steward juga tau tapi steward hotel tu bahagian mencuci dan jaga barang2 kelengkapan hotel. tak sama macam steward kapal terbang dunia penerbangan.

bila aku tengok bidang hospitaliti ni mudah nak dapat keje jadi aku amek keputusan nak sambung belajar. so aku berhenti hotel then masuk unirazak jurusan pengurusan hotel. dalam tempoh 2 tahun setengah diploma aku habis. dalam tempoh 2 tahun setengah tu juga aku masih tercongok buat partime kat shangri-la. alhamdulillah kalau nak cakap selok belok keje hotel aku tak ada masalah sangat. aku lebih terjurus ke arah bahagian food & beverage. sebab aku suka makanan. walaupun seni kulinari juga dimasukan dalam hospitaliti tapi aku memang tak berapa pandai masak. sekalipun dulu pernah jadi pembantu dalam kitchen. 

sampaikan saat aku buat praktikal pun masih di shangri-la. aku tak pernah pergi hotel lain melainkan SLKL kt kuala lumpur ni. tamat diploma tahun lepas aku masuk balik shangrila jadi room service waiter. tambah lagi pengalaman baru. macam2 ragam guest aku dah jumpa. kalau keje waiter banquet dulu lagi lah banyak pengalaman. mananya tidak. aku pernah serve presiden indonesia susilo bambang hudoyono. presiden filipina masa tu gloria macapagal aroyo, perdana menteri singapura, menteri2, kerabat diraja dan ramai lagi. kalau artis2 jangan cakap lah. aku sangat happy walaupun keje tu sangat penat. 

keje hospitaliti nie banyak juga benefit yang aku dapat. dapat ke negeri/negara orang dengan free ikut company. paling aku tak akan dapat lupakan aku dapat peluang ( diberi tanggungjawab ) jadi server kepada kerabat diraja arab saudi di istana negara. bangganya dapat tengok raja Abdullah depan mata. well, seronok2 juga tapi keje kene ikut protokal dan standard yang sangat ketat dan teratur. maklumlah semua yang aku depani ialah insan2 yang berpengaruh dalam dunia ni.

bila dah keje dengan syarikat internasional ni memang mudah jumpa orang2 besar dunia. secara tidak langsung aku dapat tahu sikap dan perangai mahupun kehendak dorang. yang baik aku tengok depan mata, yang tak baik pun aku tengok depan mata. aku tak boleh cerita lebih2 kat dalam entri ni. buta2 nti aku kene tahan dek pihak tertentu. hahaha..tapi sure sangat aku kalau aku cerita mesti korang tak akan percaya dengan semua nie mengenai sikap orang2 besar.

alkisah aku kat shangrila sampai bulan april 2011 je. then aku berhijrah pula ke oldtown. ada pangkat sikit. jadi supervisor merangkap outlet head kat subang perdana, bukit tinggi klang, plaza shah alam dan sri manja petaling jaya. bila ada pangkat bukan mudah kejenye. banyak cabaran dan dugaan. kita akan bertanggung jawab dengan apa juga situasi yang berlaku kat outlet. 

restoren juga ialah hospitaliti. dah banyak sangat kerenah customer aku jumpa. ada yang minta sesuatu yang tak masuk akal pun ada. lari dari bayar makanan pun ada. komplen tak berasas pun ada. yang tak reti sabar tu jangan cakaplah lagi. dah penat dah aku nak layan. kadang2 moto ' customer always right ' tu aku tak guna sangat. hadiah paling indah apabila customer/ guest/ passenger yang aku handle hormat dan berterima kasih kepeda aku atas apa jua yang aku buat. tak perlu cakap tapi dengan senyuman saje dah cukup buat aku happy keje sepanjang hari.

dunia hospitaliti mungkin juga sudah sebati dalam hidup aku. tapi kadang2 juga aku sudah sangat penat dengan bidang ni. rasa macam nak ubah kerjaya lain je selain bidang hospitaliti. aku dah tak nak jumpa orang ramai selalu. aku dah tak nak lagi jadi customer service. penat, penat, penat..tapi keje mana yang tak penat kan. tapi entah lah, apa yang boleh aku harapkan sekarang aku akan terus kekal dalam dunia hospitaliti. tapi andai kata satu hari nanti allah ubah kerjaya aku, so aku akan pasrah terimanya. dan aku cuba mempelajari perkara baru dalam kerjaya. insyaallah mudah2 perjalan hidup aku akan lancar dan mengembirakan..amin

Saturday, July 9, 2011

ULANG TAHUN KE - 25

Alhamdulillah aku bersyukur kepada allah kerana telah memberi kesempatan aku hidup selama 25 tahun. usia semakin meningkat. hidup juga penuh cabaran dan dugaan. inilah namanya kehidupan. yang perlu aku lalui selagi nadi masih berdenyut.

terima kasih tuhan kerana beri aku kesihatan yang baik. aku juga berbangga punya ahli keluarga yang cukup memahami diri ini. mak , abah dan adik2 tidak putus2 bagi sokongan dalam pelbagai bentuk agar aku berjaya dalam hidup. insyaallah aku akan buktikan kepada mereka semua yang aku seorang anak yang mengenal budi.

aku tak perlukan pertolongan dari sumber kebendaan daripada ahli keluarga. yang aku cuma mahukan supaya mereka faham situasi dan kehendak diri ni. alhamdulillah mereka mengerti apa yang aku inginkan. sahabat2 pula, mereka banyak membantu memberi sokongan moral. mungkin juga terdapat segelintir daripada mereka yang mahu tentukan arah hidup aku. yang itu aku memang tak suka. aku ada hak untuk pilih jalan aku sendiri. 

dalam hidup aku selalu tetapkan apa yang aku nak jadi. aku pilih jalan aku walaupun ada beberapa perkara yang mungkin sekali aku tak tahu apa keputusan dipenghujungnya. apabila aku tak suka melakukan sesuatu perkara tu aku tak akan buat. tapi kalau benar aku suka perkara tu aku akan buat bersungguh2 sehingga aku berpuas hati.

orang akan berkata macam2. itu hak mereka. tapi aku tak ambil kesah. sebabnya aku hidup untuk diri aku. mereka boleh cakap itu dan ini. akan tetapi suatu hari apabila perkara yang sama menimpa diri mereka barulah mereka sedar akan kebenaran pepatah langit tidak selalu cerah. perkara yang kita tidak suka buat memang tidak boleh dipaksa2.

sempena ulang tahun 25 tahun. aku berjanji akan menghadiahkan sesuatu yang cukup bermakna kepada diri ini. sesuatu yang aku berusaha keras untuk mendapatkannya. jika itu rezeki aku, aku cukup bersyukur. jika tidak, mungkin itu sudah takdir dari tuhan. aku tidak menganggap peluang rezeki aku sudah tertutup. aku bukan gagal tapi mungkin aku masih belum berjaya.

andaikata selama aku hidup 24 tahun lalu ada menyakiti hati sesiapa. aku ingin meminta maaf. aku juga mengharapkan semua orang faham situasi setiap orang. jangan memaksa kalau diri kita juga tidak suka dipaksa. setiap orang punya perasaan berbeza. maka bawalah diri sendiri kearah yang betul2 berjaya sebelum nak mencorak gaya hidup orang lain. kawal emosi jika kita ingin terus disenangi orang ramai. aku juga tidak suka bertelagah. masakan isu hangat bersih kini pun aku tak suka nak dengar. 

tak ada sambutan apa2 untuk birthday aku. dapat panggilan percuma daripada maxis sudah cukup beruntung. aku call kawan2 yang jarang2 aku dapat berhubung. aku, aizuddin, ojib dan yungz pergi sunway.makan besar kat sana. terima kasih aku ucapkan kepada mereka bertiga. tak lupa kepada sesiapa yang wish birthday aku semalam. sedihnya haddie tak ada sama. haddie dah balik sabah pagi semalam. semoga kita semua mendapat hidayah allah dalam kehidupan..amin

Thursday, July 7, 2011

KERJAYA ITU HAK INDIVIDU

Suka untuk aku bercerita dan kongsi bersama akan topik kalau pasal kerjaya nie. semua orang punya kerjaya idaman yang diinginkan dalam hidup. sejak kecil lagi kita dibenihkan dengan meletakkan satu kerjaya impian dalam hidup ni. biasa kalau zaman sekolah rendah dulu selalu cikgu2 mahupun sesiapa yang bertanya kita apakah cita2 yang kita nak jadi apabila kita dewasa kelak. jadi setiap orang pasti punya jawapan sendiri. kalau aku masih ingat lagi kerjaya sebagai guru, polis, pembaca berita dan macam2 lagi impian aku.


bila masuk sekolah menengah pun kita masih meletakkan kerjaya impian dalam diri. penting untuk setting sesuatu kerjaya seawal bermula dari zaman sekolah. ia akan membantu kita melakukan sesuatu itu dengan lebih bersungguh untuk mencapai profesion tu. aku masih ingat masa di tingkatan menengah antara cita2 aku ialah pereka fesyen, ahli perniagaan, pramugara, dan pengacara. 


kerjaya tu hak indidvidu. bukan sesiapa yang boleh tentukan apa yang kita nak jadi. sekali lagi aku nyatakan, bukan sesiapa boleh tentukan apa yang kita nak jadi. sebut pasal kerjaya tak lain tak bukan diri kita sendiri yang berhak mencorak impian sekaligus mengatur hidup kita. 


apabila tamat sekolah menengah kita masuk pula alam universiti. kerjaya asal masih sama. jelas sekali usaha keras dituntut dalam diri agar impian kerjaya tercapai. tapi pasal kerjaya juga sangat subjektif untuk dijangka. sebabnya belum tentu cita2 yang kita pasang dalam diri akan benar2 tercapai. aku katakan belum tentu.


lagi satu tidak semestinya kerjaya yang kita mahukan itu disebabkan perasaan minat akan kekal selamanya. perasaan minat kita akan bertukar2. dan juga boleh jadi minat itu akan terus hilang apabila kita dah dapat kerjaya idaman. percayalah, ini perdapat aku. tapi tak tahu lah pandangan dari sudut pemikiran korang.


nak berkongsi cerita sahabat2 yang belum mendaoat kerja idaman mereka selepas tamat pengajian. ini cerita benar. bukan ingin mengata jauh sekali memburuk2 sahabat2 sendiri. akan tetapi ni pengajaran dari sudut positif dan negatif buat semua termasuk diri aku juga. ada sahabat2 yang betul2 berusaha dalam mencari kerja, ada sahabat2 yang hanya menunggu peluang hadir tanpa melakukan apa2 usaha, ada juga sahabat2 yang betul2 memilih kerjaya untuk diri mereka. 


syabas buat sahabat2 yang teruskan usaha mencari kerja. aku berdoa agar mereka dapat kerjaya impian yang diidamkan. jangan berputus asa. bagi sahabat2 yang lain aku harap mereka akan terus memilih jalan yang terbaik dan mungkin mereka ada maksud tertentu untuk mencorak kerjaya untuk diri masing2. 


setiap kerja yang kita nak buat mesti kene ada minat yang mendalam. buat keje yang betul2 kita suka. baru semua kerja tu akan mendatangkan hasil yang bagus. kalau kerja yang buat adalah bukan sebab minat. susah lah nak cakap. sendiri2 pun faham apa kesannya kat diri kita mahupun syarikat yang dinaungi.


akhir sekali, aku pantang kalau ada sesiapa sibuk nak tentukan apa yang kita nak jadi. sibuk pasal kerjaya kita. bukan kah kerjaya tu hak diri sendiri. sebabnya kita yang akan buat kerja tu bukan individu tu. memang tak salah kalau dengar pandangan orang lain. tapi jangan lah hak kerjaya pilihan kita pun perlu ditentukan oleh orang lain yang bukan siapa2. 


setiap orang berhak pilih apa yang terbaik untuk diri masing2.. fikir2kan lah...

Tuesday, July 5, 2011

SEBUAH PROGRAM YANG HEBAT

Umum sedia maklum yang program imam muda musim kedua baru saje tamat hari jumaat lepas. imam muda Hassan telah dinobatkan sebagai juara untuk kali ini. sememangnya program berunsur keagamaan ni sangat lah popular sebaris dengan program realiti hiburan yang lain seperti AF dan juga mentor.




peserta imam muda musim pertama..juaranya ialah imam muda Asyraf.


peserta imam muda musim kedua..juaranya ialah imam muda Hassan.


video

Laungan azan oleh imam muda Taufek & imam muda Nuri...
cukup indah..

syabas aku ucapkan buat penerbit rancangan imam muda ini. imam muda sebuah program yang cukup hebat dan peserta2 yang bertanding juga memang berbakat serta bagus dalam ilmu agama. program ni telah dikenali di beberapa negara jiran seperti Singapura dan Brunei. aku harap program sebegini akan diteruskan pada tahun2 akan datang..insyaallah.

Sunday, July 3, 2011

CHELSEA DATANG MALAYSIA 21 JULAI 2011

Barangkali bagi semua peminat club chelsea sudah sedia maklum yang club tersebut akan datang ke malaysia bertemu peminat dan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan malaysia pada 21 julai nie. memandangkan aku merupakan seorang peminat setia club nie, mungkin aku akan cuba sedaya upaya pergi ke bukit jalil menonton perlawanan tersebut. 


chelsea club punya lambang keagungan...

jarang2 sekali club english dapat datang ke negara nie. jadi aku cuba amek peluang nie nak pergi tengok diorang. memang mustahil lah kalau nak jumpa depan mata dan berjabat tangan dengan player2. dapat amek gambar secara live pun dah cukup membuatkan aku gembira. 


tak sabar aku nak tunggu club tercinta datang sini. tapi aku belum lagi beli tiket masuk. harap2 masih lagi terjual di mana2 kedai adidas yang terpilih. tiket paling murah rm58 manakala tiket paling mahal rm388. kalau tiket masih ada mesti aku beli yang paling murah punya. hahaha. aku nak jumpa semua player chelsea tapi yang aku nak peluk kalau jumpa ialah ashley cole. aku sangat sukakan dia.. hahaha..tak sabar kedatangan club tercinta...


Saturday, July 2, 2011

INTERVIEW MALAYSIA AIRLINES CABIN CREW

aku tak ada buat apa hari nie. duk rumah je melayan perangai sahabat2 rumah yang macam2 kerenah. cuma pagi tadi je temankan sorang kawan pergi interview untuk cari job partime di kota damansara. kerja oh kerja. sekarang semua orang yang belum kerja nak cari kerja. kerja di malaysia memang berlambak. cuma nak tak nak je bergantung kepada individu itu sendiri.

kalau duduk rumah aku online je lah kejenyer. buka website itu, buka ini, chat itu, chat ini. entah macam mana tadi aku terdekit nak buka website MAS. saje nak tengok keputusan interview yang sahabat aku pergi mohon jawatan bebarapa minggu lepas. tapi yang aku nampak ialah jawatan kosong untuk pramugari dan pramugara. nahh apa lagi, semangat berkobar2 untuk kembali mencuba nasib di malaysia airlines sebagai seorang cabin crew. ini merupakan profesion idaman aku.


cabin crew akan dapat sijil konvo selepas tamat latihan selama 3 bulan..


hari interview bagi pramugari dan pramugara adalah berbeza tarikhnya. bagi pramugara pada 23 julai 2011 hari sabtu. dan bagi pramugari pula pada 30 julai 2011 juga hari sabtu bertempat di MAS Akademi Kelana Jaya. memandangkan kerjaya cabin crew merupakan profesion yang cukup menarik. jadi sudah semestinya ramai calon yang akan datang untuk mohon berkhidmat di MAS. insyaallah mungkin juga aku akan kembali juga ke sana mencuba nasib..amin

Friday, July 1, 2011

MY BROTHER'S BIRTHDAY


Today is my brother's birthday..


Mohd Azhari Bin Mohd Shahar ( mamat )
21 tahun

Hari ni dah masuk bulan julai. bulan kelahiran aku juga. hehehe..aku dah wish kat dia malam tadi. dengan harapan dia akan berjaya dengan kerjaya pilihan dia kelak. 

perjalanan masa rasanya berlalu dengan cukup pantas. pejam celik pejam celik lagi sebulan je nak puasa dan lagi 2 bulan kita akan berhari raya. hari ni 1 julai 2011 hari jumaat yang penuh kesyukuran. semoga perjalanan hidup seluruh umat islam didunia ini akan medapat keberkatan daripada Tuhan yang maha esa. amin..