saat2 yang membosankan terpaksa aku lalui untuk beberapa hari nie..dah 4 hari aku tak tulis dalam entri blog..bukan masa aku terlalu padat dengan aktivti mahupun kerja tapi entahlah susah nak cakap..selepas gelaran mahasiswa tamat kini aku sudah melangkah ke alam mencari pekerjaan..aku bosan sebab masih belum bekerja lagi..sebelum masuk tahun baru 2011 lagi bulan lepas desember awal2 lagi aku dah mula mencari kerja, malah aku telah pun pergi untuk beberapa sesi interview di 2,3 syarikat...tujuannya mudah iaitu untuk mendapat pekerjaan selepas tamat belajar...
alhamdulillah dalam semangat ingin mendapat kerja dan ada juga beberapa syarikat seperti hotel2 di kuala lumpur yang menerima aku bekerja..namun mungkin bukan rezeki aku buat masa sekarang sebabnya selepas interview dan mendapat keputusan bahawa aku berjaya bekerja di syarikat tersebut dalam waktu yang sama aku terpaksa pulang ke kampung di johor buat sementara waktu...bila aku pulang ke KL dan mendapat tahu jawatan yang aku terima itu telah dimasukkan dengan orang lain..tak mengapalah walaupun hati aku ni siket kecewa..mungkin ada hikmah disebalik masalah...
aku mengambil jurusan pengurusan hotel di Unirazak bandar sunway. berbicara mengenai kerjaya di industri perhotelan cukup menarik untuk diceritakan..suka aku bagitahu yang untuk mendapat kerja di hotel adalah cukup mudah..meskipun mudah namun bentuk pekerjaan yang diberi bukan calang2 tanggungjawabnya..ia bergantung kepada department2 yang di'naungi' ..dulu aku pernah bekerja di Shangrila Hotel KL untuk beberapa tahun sebelum aku sambung belajar di Unirazak..banyak pengalaman yang aku timba mengenai alam pekerjaan...beberapa hari selepas aku 'gagal' bekerja di syarikat awal yang aku minta, aku terus pergi ke hotel lama....bukan aku tak mahu terus ke Shangrila namun aku nak cuba pengalaman di hotel dan syarikat2 lain juga..seawalnya memang rakan2 lama di sana sudah memanggil aku sambung kerja bila habis study..alhamdulilah mereka masih menaruh kepercayaan untuk bekerja dengan aku lagi..orang cakap kalau kita kerja dengan baik dulu dan ingin kembali ke tempat lama mereka akan sedia terima kita semula...
akhirnya shangrila menerima aku bekerja kembali setelah 2 tahun setengah aku meninggalkan hotel tersebut..tapi aku akan mula bekerja di sana pada 9 februari 2011..lama lagi aku terpaksa tunggu...
sebenarnya aku juga ada menerima beberapa tawaran kerjaya lain..namun disebabkan ada masalah tertentu terpaksalah aku menolak tawaran tersebut...aku juga bukan jenis orang yang memilih kerja...namun aku juga akan melihat bentuk kerja yang ingin aku dapatkan itu...dulu pun sebelum aku datang ke KL aku pernah kerja di kebun getah milik keluarga, pekerja kilang pinggan mangkuk, pelayan kfc dan promoter supermarket di johor dan juga bekerja di sebuah syarikat malaysia yang hebat sebelum ke shangrila...sebagai graduan aku berhak menilai pekerjaan yang aku mahukan...pada aku tanpa minat dalam melakukan sesuatu kerja itu akan menghasilkan kesan yang kurang baik malah tidak sempurna...
semalam aku telah pergi 1 sesi interview yang di rangka oleh seorang kawan rumah di sebuah syarikat...sementara menunggu panggilan kerja di shangrila pada 9 februari depan adalah baiknya aku cuba cari tempat2 lain untuk mencari kerja..tidak bermakna aku mengetepikan shangrila namun aku tidak mahu terlalu fokus kepada 1 tempat sahaja..interview semalam cukup menarik bagi aku..di interview oleh seorang director department yang hebat..seorang perempuan...bersungguh aku semalam cuba menonjolkan kebolehan diri semata untuk mendapat kerja sekaligus mencari pengalaman baru dalam hidup...meskipun nanti keputusan hari isnin ini tidak menyebelahi aku di syarikat tersebut namun aku akan berpuas hati dengan penampilan aku dalam mencari kerja termasuk juga cara penyampaian di dalam sesi temuduga..tambahan pula director banyak memuji kebolehan komunikasi aku...hehehe..katanya ada 2 kekosongan yang perlu diisi..aku akan bersaing dengan 3 orang lagi bagi menempatkan diri untuk jawatan itu..harap2 aku berjaya nanti...insyaallah.
No comments:
Post a Comment