Sunday, April 10, 2011

GELAGAT MANUSIA MALAM MINGGU

Saat aku tulis entry nie mata aku masih belum mengantuk. baru saje balik dari kuar berjalan dengan erien. membe rapat dari zaman kanak2 sehingga sekarang. malam ni amy tak ikot coz dia ke negeri sembilan siang tadi ada hal katanya. aizat pula entah kemana menghilang tak angkat phone. jadi aku dan erien sajelah yang menghidupkan suasana malam di johor nie..hahahaha. memandangkan malam nie malam terakhir kat sini sebab esok pagi dah nak gerak balik KL semula. jadi aku amek kesempatan ajak erien jalan2 bandar dan cari apa jua barang2 yang ingin dibeli untuk dibawa balik ke KL esok pagi. 
dalam jam 8 lebih aku jumpa Ayu dulu. kawan zaman keje kat kfc dulu. tahun 2004 kami jumpa tapi sampai sekarang masih berhubung. tiap kali aku balik JB mesti aku akan jumpa dengan dia. tempat dating kami of course lah kfc. then balik dari jumpa ayu jam 10 erien datang rumah dan kami mula gerak melilau malam hari. sebelum ke Pasar Karat kat bandar kami singgah tesco. aku beli seluar untuk digunakan waktu keje minggu depan dan beli sweater untuk pakai masa bawa motor. sebab yang ada tu dah lama sangat. dah tiba masanya aku tukar yang baru. selesai bershopping2 kat tesco aku dan erien nak gerak ke pasar karat yang dijanjikan. pasar karat ni macam gak uptown dan downdotn kat area KL tu. buka dalam jam 10pm dan tutup dalam jam 4am cam tu. 
dalam perjalanan ke sana kawan erien call suruh dia singgah kat utm sekejap. dorang nak jumpa untuk berbincang pasal presentation. nak ke utm erien amek laluan lebuhraya. sampai2 je kat toll skudai aku nampak sekumpulan budak2 motor didepan. jangkaan aku tepat sebab dorang mesti nak merempit. macam2 skill aku tengok budak2 nie sume. siap ada yang buat macam ultraman lagi. meniarap atas motor. erien pon apa lagi bawa kete kejar selaju budak2 rempit tu bawa motor dorang. aku membebel tak berbayar pulak kat erien. yelah kalau2 lah budak2 nie jatuh motor sah2 boleh mati katak on the spot.
selesai hal budak2 rempit kami pun sampai utm. aku tunggu jap kat tepi jalan sambil makan ais krim sementara tunggu erien bincang2 hal dengan group dia. dalam 20 minit erien settle. perjalanan diteruskan ke pasar karat. laluan bandar johor tak lah terlalu sesak macam kat KL. walaupun malam tapi kt KL tetap sesak dengan kenderaan2. banyak sangat kereta menuju ke pasar karat. parking pun susah nak jumpa. erien lalu satu jalan. rupa2nya jalan situ tempat golongan TETTT berniaga maruah. hahahaha. erien slowkan kete jadi aku sempat tengok2 keadaan sekeliling. amboi kemain seksi lagi dorang. tapi tak nafikan ada juga yang betul2 cantik dan menawan. apa yang aku nampak tadi tu ramai golongan TETTT nie yang berbangsa india. tak bermakna bangsa lain tak ada buat aktiviti macam ni. so usai selesai tontonan percuma kami pun jumpa 1 parking. ada pulak pak cik sorang ni kononnya penjaga area parking kat situ. dia terus meluru kat aku dan erien sejurus kami keluar dari kete. minta rm1 sebab kononnya akan jaga kete kami. aku hulurlah duit sebab malas nak cakap banyak. kalau tak bagi kan habis pula kete dicalarkan @ diapa2kan..
pasar karat agak ramai orang yang datang. maklumlah malam minggu. tambahan pula tempat tu di tengah2 bandar jadi kemungkinan sekali pengunjung2 dari singapura juga datang untuk meninjau2 barang yang dijual. aku cuma beli tali pinggang warna hijau coklat. berkenan so apa lagi belilah. 
pagi nanti nak bangun awal siket sebab nak kemas2 barang. tadi aku ada beli nugget nak suruh mak masakan. aku nak makan  sebelum gerak naik bas. biasanya aku akan sampai KL dalam jam 3pm cam tu. nak balik rumah ampang dulu. berkemas2 dan basuh baju siket baru gerak ke sunway jumpa kawan2. cuti 6 hari kat johor nie rasanya sangat sekejap. aku plan nak balik JB lagi hujung bulan nie sebab ada sorang kawan nak kawen. insyaallah kalau dapat cuti aku balik lagi..

No comments:

Post a Comment