Saturday, April 2, 2011

NAK BALIK JOHOR

Hari isnin nie aku balik johor. sebetulnya plan awal memang nak balik hari nie tapi memandangkan ada perkara yang nak kene buat dan sahabat2 pun ajak berlibur sama buat beberapa hari lagi jadi aku tetapkan hari isnin baru gerak balik. 
sebelum mula kerja di tempat baru pada 12 april nanti, jadi aku ada peluang nak bercuti2 bersama keluarga sambil dapat jumpa kawan2 di johor. lepas je habis khidmat kat shangrila beberapa hari lepas aku mula sediakan dokumen2 yang diperlukan kat tempat keje baru. buat itu ini tak lah rumit sangat. dah namanye nak dapatkan keje jadi kenelah buat yang mereka mahukan. bukannye tak biasa.
sebelum balik johor nie aku juga agak sibuk mencari barang2 yang ingin dibeli untuk mak abah, mamat n aidil. x lupa juga buat nenek sekali. ani sekarang kat kuala selangor sedang berpraktikal di sebuah sekolah. jadi aku beli barang2 buat yang mana je ada kat kampung. 
semakin hari rindu pada keluarga semakin menebal dalam jiwa nie. tak sabar rasanya untuk bertemu dengan mereka semua. memandangkan aku tak ada buat apa2 keje sekarang nie aku dok melepak dengan sahabat2. merayap lah kemana2 yang kami suka. memenuhkan masa dengan berborak bersama2 sahabat kerana setelah sekian lama aku sibuk bekerja di hotel. nanti kang kalau dah keje semula susah nak jumpa lagi. masing2 ada komitmen hal sendiri. jadi inilah masa yang tepat untuk bersama2 buat sementara waktu dalam beberapa hari nie.
aku akan balik KL semula hari ahad depan. cuti sepuas2nya kat johor nanti. mungkin balik dari  johor aku dah mula sibuk untuk sedia berpindah ke rumah sewa baru. semua kene buat persediaan awal. jangan nanti ada masalah last2 minit lagi susah..

2 comments: