Sejak dari tahun 2005 lagi aku dah jejakkan kaki di shangrila hotel kl. kat situ jugalah banyak pengalaman dan kenangan samada manis mahupun pahit yang tak akan pernah aku lupakan dalam lipatan sejarah hidup.
Shangri-La hotel Kuala Lumpur
Bermula sebagai partime staf kat bahagian banquet selama beberapa bulan. cukup indah tatkala aku mula mempelajari banda baru dalam hidup. tambahan pula di hotel bertaraf 5 bintang. berjumpa kawan2 baru memang menyeronokan. banyak benda yang aku belajar kat sana. cara bekerja, belajar menyerap tekanan, mengeratkan hubungan dan macam2 lagi pengalaman yang ditimba.
selepas beberapa waktu aku diterima sebagai full time staf dalam syarikat. sangat seronok saat tue. bermula pula di department baru. cabaran dan tekanan aku sudah boleh terima ketika itu. sehinggalah pada tahun 2008 aku berhenti shangrila pada bulan mei kerana aku akan sambung diploma di unirazak dalam jurusan pengurusan hotel bermula pada julai 2008.
ketika aku masih bergelar graduan pun aku masih juga bertandang ke hotel untuk buat kerja sambilan. english cakap partime job. disamping mencari duit poket aku datang kerja disebabkan untuk tambah pengalaman dan sekaligus shangrila adalah tempat untuk aku buat rujukan bagi assignment dan tugasan matapelajarn.
aku juga tetap pilih shangrila untuk aku jalani latihan industri selama 3 bulan. bukan aku tak mahu cuba hotel lain tapi mungkin aku dah terbiasa dengan persekitaran dan juga aku punya ramai kawan2 kat sana. tambahan pula shangrila akan bagi duit elaun ketika latihan industri. sebenarnya tak banyak hotel bertaraf 5 star yang menyediakan elaun kepada student practikal.
sebelum tamat diploma aku sudah mula mencari pekerjaan. banyak surat permohonan yang aku hantar ke beberapa syarikat bertujuan untuk dapat kerja sejurus tamat belajar. aku mohon kerja bukan saja di hotel2 malah ke beberapa syarikat yang bukan bersifat hospitaliti. hanya sekadar ingin mencuba nasib mahupun mencari pengalaman baru.
setelah tamat diploma disember 2010 aku masih menunggu panggilan kerja dan akhirnya shangrila diantara beberapa syarikat yang mula2 menawarkan aku kerja. aku terima kerja sana walaupun hanya sebagai room service waiter. masa kerja kat shangrila aku juga masih menunggu panggilan2 kerja lain sekiranya ada yang sudi menawarkan aku berkhidmat di syarikat mereka.
pada mac 2011 setelah 3 bulan kembali di shangrila, akhirnya aku mengambil keputusan untuk berpindah kerja dan terima tawaran di tempat lain. demi ingin luaskan pengalaman dan mencari yang lebih baik dari sumber gaji mahupun bentuk kerja aku sanggup mengambil risiko tatkala melepaskan sebuat hotel yang cukup hebat iaitu shangrila kl.
buat sahabat2 di shangrila aku tak akan lupakan mereka. jika ada masa terluang pasti aku akan singgah bertemu kalian. doakan aku berjaya di tempat kerja baru..
No comments:
Post a Comment