Bila keje berjalan selama 8 ke 9 jam tanpa rehat yang cukup menyebabkan kaki aku sakit2 dan lenguh2 dibuatnya. maklum sajalah bentuk keje macam aku nie tak ada duduk pun. kehulu kehilir. jadi fungsi kekuatan kaki amatlah penting. fakta menyatakan bahawa kaki adalah bahagian terpenting yang menghubungkan salur darah ke bahagian2 anggota tubuh yang lain. jadi kalau kaki sakit2 maka anggota badan lain pun secara tidak langsung akan sakit juga walaupun bukan sakit dalam waktu yang sama dan kesannya akan terasa dimasa hadapan. begitulah cakap pak cik yang pernah meng'refleksologi' kaki aku bulan lepas.
sememangnya aku baru sekali jer pernah buat refleksologi nie. dulu2 tak pernah. memang selalu pasang niat tapi memandangkan harga urut kaki pun agak mahal jadi aku kuburkan jelah angan2 nk buat refleksologi tu dulu. al maklumlah tak ada duit sangat sebab belum keje.
pertama kali aku buat bulan lepas. waktu tu jalan2 dengan sorang member nak g digital mall kt PJ. sebelum masuk tu kitaorang nampak ada 2 orang pak cik buta buat business nie. dengan harga rm20 so aku n membe pun try lah. teruja sangat time tu sebab first time. hahaha. time urut kaki tu pak cik buta pun banyak bagitahu kelebihan2 refleksologi nie. tak kurang juga dia bagitahu masalah yang ada kat dalam tubuh badan aku. setiap kali dia picit bahagian tertentu mesti dia nyatakan masalah dalaman aku. tekaan pak cik urut tu boleh dikira semuanya betul tapi ada gak tak tepat tekaan dia.
kalau tempat lain boleh dikira agak mahal. tengok tempat jugalah. pak cik buta ada letak papan tanda harga rm20 untuk 30 minit urut tapi dia urut kaki kitaorang hampir 45 minit tapi bayaran yang dikenakan masih lagi rm20. selesai jer berrefleksologi aku dapat rasa kesan pada tubuh badan. kaki berjalan terasa ringan berbanding biasa. sakit gusi dan tangan terseliuh pun ok lepas urut tu. pak cik sarankan kitaorang buat refleksologi nie sebulan sekali. dia pesan kalau nk buat g cari tempat yang betul2 boleh percaya. bukan yang ada setengah2 tempat tue buat business refleksolgi tapi urut hantam keromo. entah betol entah tidak dipicitnya kaki kita nanti.
ada masa cuti nanti aku nak g lagi berrefleksologi untuk rehatkan kaki nie yang dah terlalu penat berjalan terutama lepas penat berkeje.
No comments:
Post a Comment