termasuklah dalam persahabatan dan dunia pekerjaan. bukan setiap masa aku berada dalam suasana yang menyenangkan. kebosanan adalah salah satu keadaan yang akan dialami oleh semua manusia normal. inilah namanya kehidupan. tatkala kelmarin aku terlalu sibuk bekerja tapi semalam aku bosan duduk dirumah dan hari nie juga bosan entah tak tahu kenapa. barangkali aku nie jenis insan yang telah terbiasa melakukan aktiviti mahupun kerja. tapi bila sesekali tak ada buat apa2 itulah yang menyebabkan aku bosan.
selama 8 jam ditempat kerja saling bertegur sapa dengan rakan2. ada juga suasana ceria yang hadir. riuh rendah mulut boss sudah jadi asam garam aku lalui bila kerja. tapi bila 8 jam tue tamat. kebosanan bertandang kembali. ingin bertemu sahabat2 buat masa sekarang mungkin sekali tidak sebab mereka pun ada perkara dan hal masing2. baik yang masih bekerja dan ada juga yang belum pulang dari kuliah.
mahu tidak mahu aku mesti lalui keadaan nie dengan redha. rakan2 rumah pula balik kerja jam 11 malam. untuk terus melepak adalah tidak mungkin sebab masing2 sudah penat. nasib baik aku masih punya broadband sebagai teman sepanjang masa. tv? jarang2 sekali aku tonton tv. aku lebih suka keluar berjumpa dengan kawan2. aku harap2 sangat supaya jiwa kebosanan aku nie akan cepat terubat..
No comments:
Post a Comment