Tuesday, March 8, 2011

AL- KISAH 2 HARI DI POOLSIDE

semalam dan hari nie aku keje di poolside terrace. masuk keje jam 10am tapi balik keje bukan 6pm. sebab selagi boss kata tak boleh balik so memang tak balik lah. sekarang hotel busy nak mampos...


inilah dia seorang pekerja hotel yang cukup berdedikasi walaupun bermacam2 cabaran yang terpaksa aku depani. walau macamana tak bagusnya pun keadaan dan mood hari tu tapi tetap memberi senyuman bila dikelilingi atau berjumpa dengan guest. semalam hari yang cukup memenatkan. ramai lah pulak guest duduk melepak kat poolside. cuci mata? tak ada maknanya cuci mata sebab majoriti yang datang bersantai kat situ semua pelancong warga2 emas. kalau yang muda2 yang mandi tak apa lah jugak. berbikini lah, yang hanya berseluar dalam sahaja lah. dah puas aku tatap. sampai 1 tahap aku dah muak pandang dorang semua.



keadaan bila tengahari cukup lah terik dek bahang panas matahari. kehulu kehilir aku hantar order. rasa nak melecur kulit aku. peliknya orang asing nie suka sangat berjemur time2 panas. dorang cakap cuaca kat Malaysia nie best. what ever lah dorang tu. tapi bila waktu dah menjelang jam 4 petang langit mula gelap. semalam hujan lebat diselangi pancaran kilat. naik takot aku dibuatnya. time2 kilat berdentam dentum ada 3 ekor mat saleh yang tak tahu takut. minum arak bertin2. mabuk tak payah cakap lagi dah. tinggal nak tunggu balasan tuhan je tu. aku pulak menggigil ketakutan sebab kilat kuat sangat. janganlah kilat sambar kat  kaunter aku yang ada 3 ekor 'lanun' tengah minum arak tu. berdoa panjang2. aku memang tak boleh kemana2 selagi dorang belum bayar bill. terpaksa tunggu dengan penuh kesabaran. dasar tua tak sedar diri. sabar jelah aku.


nasib baik keje dengan sorang lagi staff. kalau keje sorang2 kat poolside memang pancit. nak buat itu ini banyak keje. tak dan nak siap semua. hari nie memang hari rezeki aku. sorang guest datang dalam jam 11 lebih macam tu. dia nak lepak sambil hisap curut. tapi dia tak ada mancis so aku bagilah dia sekotak mancis. tak semena2 dia hulur rm100 kat aku. katanya dia hargai pertolongan aku tue. sah2 lah aku tak percaya so aku tanya dia lagi sekali samada tips tu betul2 serius. dia kata ya. mahunya aku tak terkejot dengan hanya sekotak mancis aku dapat rm100 dengan mudah. rezeki sangat2. orang kata dengan adanya masalah tersimpan juga hikmah disebaliknya. cuma cepat atau lambat je yang membezakan waktu tue. 

2 comments: