Wednesday, March 2, 2011

TAHNIAH UNTUK CHELSEA

gembiranya aku pagi tadi dapat berita dari kawan yang chelsea menang match vs Manchester united awal pagi tadi. seawalnya memang aku nak tengok melalui internet. tapi memandangkan aku keje jam 7am jadi terpaksalah padamkan impian nak tonton game tue. kang tak pasal2 semata nak follow match aku tido tak cukup. nanti lain pula jadinya waktu keje dengan keadaan yang mengantuk.
maklum sajalah aku nie memang peminat setia kelab chelsea. nak kata minat takda lah lama sangat. start dari aku masuk universiti lagi. apa2 perkembangan aku amek tahu. walaupun kadang2 aku tak sempat tonton untuk setiap game. lebih2 lagi perlawanan hangat n terpenting berlangsung awal pagi tadi chelsea vs m.u kat laman sendiri. kalau kalah malu lagi. nasib baik menang. so rekod 14 perlawanan m.u masih belum dapat kalahkan chelsea kat stamford bridge. tapi jangan berbangga sangat sebab chelsea masih ditangga ke 4 berbanding m.u ditangga pertama untuk EPL musim nie. ada 11 lagi match berbaki. dengan semangat tak putus asa barangkali untuk jadi juara tak mustahil jika setiap match chelsea menang. 
match lepas nie akan lawan manchester city pulak. masih lagi main kat tempat sendiri. harap2 sangat boleh menang. boleh pintas kedudukan dan sekaligus jadi juara untuk musim nie. 

No comments:

Post a Comment