Monday, March 28, 2011

BOWLING & KARAOKE

Lebih seminggu aku tak update blog. agak sibuk dengan urusan harian. tambahan pula aku tak ada idea nak buka cerita dalam entry blog ni. sehinggalah hari nie aku berminat nak kongsi cerita pasal hari semalam bersama sahabat2..
abang jefri seorang staf unirazak ajak aku masuk pertandingan bowling semalam kat sunway piramid. kene cari 4 orang dalam 1 team. memandangkan aku belum lagi konvo jadi aku masih berpeluang menyertai apa jua aktiviti di universiti. so aku ajak fendi, jushua dan hasman masuk team aku. nak jadikan cerita hari sabtu kelmarin hasman bagitahu yang dia ada rehearsal final unirazak idol pada jam yang sama waktu pertandingan semalam. jadi aku kene cari pengganti hasman. aku call aizuddin nak ajak dia masuk team. akhirnya haddie yang jadi pengganti. aizuddin jadi pengiring, penyokong dan sekaligus jurulatih emosi buat team kami. 
masuk pertandingan nie untuk suka2 jer. dapat juga jumpa kawan2 semula masa study di U dulu. team kami tak ada pun buat latihan intensif. baju biru adalah pilihan untuk team. masa pertandingan kami diletakkan dalam group 9 di line 37. kategori lelaki ada 10 team. tengok gaya memang kami nampak semua yang bertanding hebat2. habislah team kami akan dapat nombor corot.
selesai game pertama kami boleh dikatakan sangat cemerlang. sebabnya kami ditangga no 2. dalam pertandingan semua team mesti main 3 game untuk setiap orang. rase macam nak tercabut jari jemari lempar bola. maklum sajelah kami jarang2 sekali main bowling. lagipun tak ada latihan untuk pertandingan. haddie, jushua dan fendi menunjukkan skill dan kehebatan masing2. aizuddin tak putus2 bagi sokongan moral pada kami.
usai pertandingan tibalah masa2 yang ditunggu2 semua team. keputusan akan diumumkan dengan team yang paling banyak dapat jatuhan pin untuk ketiga2 game akan diumumkan sebagai team juara. hadiah yang disediakan pihak u hanya untuk juara, ke-2 dan ke-3 je. tak ada saguhati bagi team yang tak menang. bila keputusan diumumkan. team kami hanya ditangga ke-4 keseluruhan daripada 10 team yang join. dengar2 team kami hanya ketinggalan 9 mata jatuhan pin berbanding team no 3. tak mengapalah mungkin bukan hari rezeki untuk team kami. lagipun matlamat adalah sekadar suka2 dan paling penting dapat mengeratkan hubungan aku dan sahabat2.
pertandingan tamat jam 4 lebih. kami makan kejap kat giant sunway then pergi ke subang airport. jushua nak beli tiket balik sarawak bulan 5 nti. waktu nak balik singgah di Big Apple beli donut. melepak pula di tasik kelana jaya. makan donut sambil menikmati pemandangan kawasan tasik. borak2 dan gelak ketawa dengan sahabat adalah saat2 yang memang best. dah nak maghrib kami pergi giant besar kelana jaya. jalan2 cuci mata kat sana. mulanya nak g karaoke dalam tu. tapi bila tengok harga karaoke agak mahal so kami tukar destinasi. last2 pergi karaoke 'jamban' kat helikopter. dengan bayar 10 lagu dapat extra 4 lagi lagu sebab ada promosi. kami pilih vip room. amek 28 lagu. so nyanyi lah sampai hilang suara, terkeluar anak tekak pun tak pe. start dalam jam 9 dan habis lagu terakhir jam 11 lebih. balik rumah jer mandi2 dan tido.
pagi nie aku nak pergi U nak tengok hasman nyanyi. dia masuk final unirazak idol. sokongan untuk sahabat2 juga penting. mesti dapat jumpa lagi kawan2 kuliah dan lecturer di sana nanti. buat hasman semoga berjaya. kalau menang duit tu simpan then kita ramai2 pergi lepak kat sungai congkak hari sabtu nanti...

No comments:

Post a Comment