Wednesday, April 6, 2011

KINI BERADA DI KAMPUNG

Semalam petang aku sampai kt kampung. naik bas jam 2pm di terminal bersepadu selatan. TBS memang gempak. sistem dan pengurusan kt sana dah macam airport. hebat. aku amek tiket turun larkin. kebetulan erien pergi keje naik kete jadi aku boleh tumpang dia balik sekali. dalam jam 7 lebih sampailah rumah..
jumpa ahli keluarga memang best sangat2. bercerita itu dan ini sambil makan malam. maklumlah perut dah lapar sangat. aku tambah nasi beberapa kali sehinggakan licin pinggan aku keje kan. tambah2 lagi masakan air tangan emak dan nenek. fuuhhhh memang menyelerakan.
mlm erien n amy datang bertandang ke rumah aku. sambil berborak2 makan murtabak yang erien bawak. nak meletop perut rasanyer. macam biasa aku buka laptop dan keluarkan broadband digi. walaupun aku sedia maklum kat kampung aku tak ada dapat line digi tapi entah kenapa malam tadi aku terniat nak pasang boradband. akhirnya aku terkejut bila dapat line. bersorak gembira lah aku sebab dapat online. banyak buku yang aku bawa balik semata untuk mengisi masa kat sini. yelah ingatkan memang tak boleh online kan sebab tu aku jadikan buku sebagai pengganti masa lapang. tup2 line dapat jadi hari2 siang aku kat rumah tak lah terlalu bosan. buku yang dibawa tetap baca.
kawan2 keje siang. adik mamat pun keje, aidil ke sekolah. yang ada kat rumah mak abah nenek n nenek abak. dapatlah juga aku berbual2 dengan dorang. banyak sangat2 cerita yang dikongsi. biasanyer lah aku akan keluar hanya pada waktu malam dengan kawan2. tunggu dorang balik keje dulu. kalau rajin setiap petang aku akan bertandang ke rumah saudara mara sekampung yang berdekatan. 
aku akan balik KL hari ahad nanti. sebelum balik pelbagai program dirangka bersama kawan2 sepanjang 6 hari aku bercuti kat sini. pergi sana pergi sini. alamatnya makin surut lah ' harta pusaka' aku dalam bank. hahaha. tak mengapa demi kepuasan hati aku tak kesah dengan semua tu..

No comments:

Post a Comment