Monday, April 25, 2011

BLUR & BLANK TIBA-TIBA

Hari nie aku ada exam yang dipanggil skill evaluation bagi menilai prestasi setiap pekerja baru di oldtown. aku termasuk dalam group yang pertama akan menjalani ujian. terdapat 3 seksyen yang perlu buat. bar, toast dan kitchen. dengar memang senang tapi sebenarnya bukan sesenang yang disangka. tambahan pula bagi pekerja baru yang belum ada basic s.o.p oldtown macam aku nie. cukup seksa. bukan tak boleh pengalaman keje hotel dibawa ke oldtown tapi dah disebabkan cara dan menu penyediaan totally berlainan jadi memang menuntut aku supaya belajar serta faham s.o.p dengan lebih cepat.
jujur aku bagitahu yang aku cuma buat persediaan untuk exam hari ini dalam anggaran peratusan 70% sahaja. bar dan toast boleh dikatakan sudah mahir tapi belum boleh dikategorikan expert. siket2 boleh lah. untuk kitchen pula aku cuma ada 2 hari jer untuk trainning. jadi kesannya cukup ketara dalam pemahaman dan pengetahuan s.o.p kitchen. memang banyak yang kurang faham. walau macamana pun aku kene juga amek exam hari nie. 2 hari yang ada untuk tarinning aku cuba belajar selok belok apa yang mampu. 
seawalnya aku jangkakan yang aku akan amek exam di kitchen dulu. jadi sampai2 ke outlet jam 6.30 am aku terus study lebih pasal kitchen. maklumlah pengetahuan tentang menu masih kurang. tapi bila sir cheong datang jam 9 disuruhnya aku mula di sekysen bar. bukan aku tak buat ulangkaji dan hafal tapi disebabkan arahan mengejut daripada sir cheong membuatkan aku blur & blank secara tiba2. ketika tu aku dah dapat rasakan aku mula menggigil. entah kenapa agaknya. bukan pertama kali exam dan berdepan dengan orang tapi aku blur pasal s.o.p bar. kesannya aku banyak buat salah sedangkan menu yang aku patut buat adalah sesenang buat air kosong. waktu tu aku agak stress tambah2 pula ramai trainnee lain berkerumun didepan nak tengok group pertama buat exam.
selepas bar aku bertukar pula ke toast. nasib baik kat seksyen nie aku boleh kawal prestasi. perasaan gemuruh dan menggigil pun dah x ada. tapi blur n blank masih terngiang2 dalam kepala otak. akhirnya aku berjaya buat yang terbaik kat sekysen toast. then aku rehat kejap makan nasi lemak special dan white coffee cold. sambil2 lunch aku duduk selak nota menghafal s.o.p bahagian kitchen pula. 
lepas lunch dalam jam 2pm aku dah mula exam kitchen. abang nepal senior kitchen staff yang menilai prestasi aku. dia dah lama keje oldtown jadi komunikasi agak mudah berbanding dengan staf2 warga asing yang lain. sebab mereka masih tak boleh berbahasa melayu mahupun inggeris dengan baik. walaupun aku tahu part2 kitchen masih banyak yang blur2 tapi aku terus nekad untuk lakukan yang termampu. ada 5 jenis hidangan yang perlu aku buat mengikut procedure yang betul tanpa melakukan kesalahan. jika salah aku terpaksa buat balik sekali lagi. jika masih salah berkemungkinan aku kene repeat untuk ujian akan datang. x mahunyer repeat2 nie. letih. dalam kitchen aku habiskan masa selama hampir 2 jam. buat ini buat itu dan menyampaikan setiap langkah2 yang tepat dalam setiap penyediakan hidangan. agak rumit bagi sesetngah menu yang aku tak pernah dengar akan namanya sebelum nie seperti dry egg noodle. memang konfius..
harap2 sangat aku lulus ujian hari nie. aku tak nak repeat2 lagi dah. penat nak menghafal. tapi memang ada baiknya exam seperti nie dibuat untuk setiap staf baru yang join oldtown. pengetahuan dalam kesemua seksyen adalah wajib terutamanya bagi staf yang berjawatan management seperti aku dan kawan2 yang lain. exam untuk kebaikan diri sendiri mahupun syarikat...

2 comments: