Saturday, April 23, 2011

SAHABAT KU PULANG KE SABAH

keputusan aizuddin dan haddie untuk pulang ke sabah memang tak boleh ditahan2 lagi. itu hak mereka untuk kembali ke negeri sabah dibawah bayu. sedih diri ini kerana terpaksa berpisah dengan sahabat2 rapat dan  sukar diungkap dengan kata2. hanya tuhan saja yang tahu perasaan aku sekarang nie. 



di ikea damansara..makan meatball sambil berborak2..

tatkala aku sedang menaip entry kali ini sebenarnya aku baru saja pulang dari KLIA hantar mereka pulang ke sabah. jam tepat menunjukkan jam 1.30 petang mereka terpaksa masuk di balai pelepasan kerana waktu bertolak jam 2pm. 


kenangan bersama di genting highland

aku kenal aizuddin dan haddie pada tahun 2009. masa tu aku jadi pengganti aizuddin untuk masuk pertandingan debat wakil unirazak ke utp. sehinggalah sampai ke hari ini kami masih menggunakan gelaran YB untuk setiap wakil debat unirazak.


merayau ke bukit jalil

masa study aku duduk di hostel manakala aizuddin dan haddie menyewa di perumahan pkns. jika ada masa terluang aku pasti akan bertandang ke rumah mereka untuk berborak2 bersama. selalu juga aku tumpang tido di rumah mereka. kenangan manis tak akan aku lupakan. berborak, berjalan2, bersindir2an, berkaraoke, berdebat, berbowling, makan2, masak memasak, belajar dan banyak lagi memori indah aku bersama mereka.


1 pasukan ke unimap perlis..

kepulangan mereka bukan untuk sementara tapi mungkin sekali buat selama2nya. boleh jadi mereka akan terus menetap dan bekerja dinegeri sendiri. sepanjang 2 tahun perkenalan antara aku dengan mereka berdua terlalu banyak pengalaman manis daripada sebaliknya. alhamdulillah aku jumpa individu2 seperti mereka berdua yang banyak membantu aku tatkala aku dalam kesusahan, memahami isi hati, menghiburkan dan macam2 lagi kenangan manis bersama.


aku, yb fendi, yb haddie dan yb jj di icity shah alam

memang aku tak sangka mereka akan pulang jua akhirnya ke negeri kelahiran. haddie baru saja menamatkan sesi latihan industri di standard charted bank di bukit jalil. aizuddin juga akan mencari kerja di sabah katanya. semoga kalian berdua akan memperolehi pekerjaan yang betul2 kalian minati. cerita hindustan berjudul 3 idiot banyak memberi aspirasi kepada kami untuk terus melangkah dengan penuh bergaya dalam dunia kerjaya. aku doakan mereka berjaya. 



jaga diri kalian dan paling pasti hubungan persahabatan antara kita tak akan pernah hilang walaupun jarak negeri yang kita dipisahkan oleh laut cina selatan. ada masa aku akan bertandang ke negeri sabah pula. aku akan pasti merindukan mereka selalu. ='( 



1 comment: