Tadi petang aku tertidur. tersedar sebab dengar bunyi siren jabatan kesihatan dari bawah. rupa2nya dorang buat pengumuman nak buat semburan nyamuk di blok sebelah. blok aku tak kene pulak. biarlah dengan urusan dorang.
dah bangun perut lapar pulak. tak mahu tak memang kene beli makanan. kat luar hujan renyai2. sekarang petang2 jer hujan. mulanya aku plan nak g jusco taman maluri tapi tak jadi. nak g jauh2 masih tak berani sebab baru jer baik demam. so baru teringat hari nie ada pasar malam kat bahagian seberang jalan sana tu. lama tak g pasar malam. kebetulan 1st time aku g sana. start motor n gerak arr. aku g sorang je. membe2 rumah lain sume balik keje jam 11mlm.
kire panjang gak pasar malam kt situ. peniaga dia memang 1 Malaysia lah aku cakap. 3 bangsa utama dalam negara iaitu melayu, cina dan india. tapi faham2 jelah kalau dah namanya berniaga kaum cina lah yang mendominasi n jadi majoriti peniaga dalam negara. tapi untuk makanan aku cari lah kedai melayu. tadi aku g pasar malam belum lagi sesak dengan pembeli. mungkin hari masih renyai2 ataupun dowang belum semua yang balik kerja.
nie senarai barang2 yang aku beli kat pasar malam tadi : 2 seluar pendek RM11.00 , sesikat pisang RM3.50 , mee ayam RM3.50 , ayam rangka RM3.50 , tahu panas RM1.00 , putu piring RM2.00 JUMLAH RM24.50 ..
No comments:
Post a Comment