hari ahad balik keje jam 4 pagi tapi aku g lepak kt mcd dengan sowang lagi membe hotel. borak2 sambil beli makan sarapan. gerak balik rumah jam 7 pagi. sampai rumah mandi n online sekejap sampai jam 8 lebih. then aku tido. tido siang beza dengan tido malam. memang kerap terjaga2. walaupun aku dah mula batuk menandakan aku tak sihat tapi tetap juga nak pergi jumpa2 kawan2 kat area sunway n kelana jaya. dari ampang ke sana kalau naik motor cuma amek masa dalam 30 minit je nak sampai. jam 5 petang aku gerak. dalam pertengahan perjalanan hujan turun kat federal highway. aku berhenti kejap dan pakai baju hujan. sampai2 kelana jaya aku terus g makan kt giant dengan keadaan baju dan seluar basah. tak kesahlah basah janji perut yang lapar perlu diisi dengan makanan. nama jer aku pakai baju hujan tapi kalau dah lebat sangat2 air masuk juga dalam baju.
dah kene hujan aku tak terus mandi. g melepak pula kat rumah membe di mentari court sampai jam 11 malam. memanh cari naas jawapanya. time kt sunway rumah membe aku dah mula menggigil. pada awal paginya cuma batuk tapi badan dah tak sedap sangat2. aizudin bagi 2 biji active fast dan aku telan. masa perjalanan balik rumah ampang aku singgah kedai beli penadol solubel pula. sampai rumah makan sebijik. then online sekejap dan terus tido awal sebab aku ada training pagi nie jam 9am. time malam badan makin sakit2. kerap kali terbangun. aku g buang air dan makan ubat. dengan harapan demam aku pulih bila aku bangun tido pagi nie..
disebabkan aku selalu terbangun malam jadi aku tak cukup tido. tak mahu tak walaupun demam makin teruk kenelah juga aku g training. kat bilik training aircond bukan main kuat. tambah2 lah demam aku makin teruk. waktu rehat pun aku tak ada selera nak makan. aku g tido kat restroom. nasib baik trainer ada yang seronok. tapi bila tang menerangkan informasi terlalu slow membuatkan mata aku betol2 nak tertutup sebab membosankan dan aku mengantuk sangat sebab tak cukup tido. akhirnya masa yang ditunggu2 untuk balik jam 5 pun tiba. aku singgah shell beli ubat dan 100 plus. makan sebijik n terus tido. masa aku taip entri ni baru je bangun tido. singgah jap tengok facebook n blog. saat ni badan masih lenguh2. kejap lagi sambung tido balik sebab esok masih lagi ada training sampailah hari khamis nanti. harap2 dengan makan ubat n tido yang cukup aku aku kembali ok pagi esok...
smoge cepat sembuh rashid.....
ReplyDeletetq wan..
ReplyDelete