Alhamdulillah aku bersyukur kepada allah kerana telah memberi kesempatan aku hidup selama 25 tahun. usia semakin meningkat. hidup juga penuh cabaran dan dugaan. inilah namanya kehidupan. yang perlu aku lalui selagi nadi masih berdenyut.
terima kasih tuhan kerana beri aku kesihatan yang baik. aku juga berbangga punya ahli keluarga yang cukup memahami diri ini. mak , abah dan adik2 tidak putus2 bagi sokongan dalam pelbagai bentuk agar aku berjaya dalam hidup. insyaallah aku akan buktikan kepada mereka semua yang aku seorang anak yang mengenal budi.
aku tak perlukan pertolongan dari sumber kebendaan daripada ahli keluarga. yang aku cuma mahukan supaya mereka faham situasi dan kehendak diri ni. alhamdulillah mereka mengerti apa yang aku inginkan. sahabat2 pula, mereka banyak membantu memberi sokongan moral. mungkin juga terdapat segelintir daripada mereka yang mahu tentukan arah hidup aku. yang itu aku memang tak suka. aku ada hak untuk pilih jalan aku sendiri.
dalam hidup aku selalu tetapkan apa yang aku nak jadi. aku pilih jalan aku walaupun ada beberapa perkara yang mungkin sekali aku tak tahu apa keputusan dipenghujungnya. apabila aku tak suka melakukan sesuatu perkara tu aku tak akan buat. tapi kalau benar aku suka perkara tu aku akan buat bersungguh2 sehingga aku berpuas hati.
orang akan berkata macam2. itu hak mereka. tapi aku tak ambil kesah. sebabnya aku hidup untuk diri aku. mereka boleh cakap itu dan ini. akan tetapi suatu hari apabila perkara yang sama menimpa diri mereka barulah mereka sedar akan kebenaran pepatah langit tidak selalu cerah. perkara yang kita tidak suka buat memang tidak boleh dipaksa2.
sempena ulang tahun 25 tahun. aku berjanji akan menghadiahkan sesuatu yang cukup bermakna kepada diri ini. sesuatu yang aku berusaha keras untuk mendapatkannya. jika itu rezeki aku, aku cukup bersyukur. jika tidak, mungkin itu sudah takdir dari tuhan. aku tidak menganggap peluang rezeki aku sudah tertutup. aku bukan gagal tapi mungkin aku masih belum berjaya.
andaikata selama aku hidup 24 tahun lalu ada menyakiti hati sesiapa. aku ingin meminta maaf. aku juga mengharapkan semua orang faham situasi setiap orang. jangan memaksa kalau diri kita juga tidak suka dipaksa. setiap orang punya perasaan berbeza. maka bawalah diri sendiri kearah yang betul2 berjaya sebelum nak mencorak gaya hidup orang lain. kawal emosi jika kita ingin terus disenangi orang ramai. aku juga tidak suka bertelagah. masakan isu hangat bersih kini pun aku tak suka nak dengar.
tak ada sambutan apa2 untuk birthday aku. dapat panggilan percuma daripada maxis sudah cukup beruntung. aku call kawan2 yang jarang2 aku dapat berhubung. aku, aizuddin, ojib dan yungz pergi sunway.makan besar kat sana. terima kasih aku ucapkan kepada mereka bertiga. tak lupa kepada sesiapa yang wish birthday aku semalam. sedihnya haddie tak ada sama. haddie dah balik sabah pagi semalam. semoga kita semua mendapat hidayah allah dalam kehidupan..amin
No comments:
Post a Comment